Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 12, 2009

PETUA

Arwah nenek bukan sahaja mempunyai banyak pantang larang tetapi mempunyai banyak petua juga. Ada petua yang diajar nenek masih aku ingat tapi kebanyakannya sudah lebur dimakan masa.

Nenek cakap untuk kekal nampak muda, pagi-pagi ambil air embun di hujung hujung daun dan sapukan ke seluruh muka sambil membaca selawat. Ada juga kadang-kadang aku ternampak nenek melakukan seperti itu. Kadang-kadang. Sebab selalunya bila aku buka mata embun di hujung daun itu sudah kering dipanah matahari. Nenek aku nampak muda? Entah. Masa itu aku tidak pandai menilai.

Nenek juga cakap, bila bangun tidur terus minum air segelas sambil membaca selawat. Lepas tu barulah nak ke bilik air ke, nak gosok gigi ke. Itu juga petua untuk nampak awet muda. Petua yang ini pernah keluar dari mulut sarimah. Seniwati Sarimah tuuu... Bila orang tanya apa petua dia nampak muda tak dimakan zaman, antara jawapannya itulah.. bangun-bangun tidur je minum air. Jangan lupa baca bismillah dan selawat. Cubalah. Aku? Dari lelap mata sampai bangun subuh bergelas-gelas aku minum air. Dah memang habit macam tu. Tambahan pula dengan cuaca panas macam sekarang.



Memasak pun banyak petuanya juga. Kita selalu bertanya macamana nak bagi daging cepat empuk ataupun daging ayam kampung cepat empuk. Banyak petua yang dapat aku pungut. Antaraya:
masukkan sudu dalam masakan
( yang ini aku tak berapa pekenan. Kang tak pasal-pasal segala bahan sudu tu berpindah dalam gulai)
masukkan nenas dalam masakan. Bila dah empuk, keluarkan
(kira okay gaklah)
masukkan betik
( tak lembik ke dia nanti?)
masukkan beberapa biji kurma
(yang ini bagus ni)
masukkan panadol
(Weh.. nak bagi lagi pening ke apa)

Petua aku pula senang je. Masuk daging dalam periuk lepas tu rebuslah lama-lama sampai empuk. Kalau ada pressure cooker lagi bagus.


Kadang-kadang bila kita menggoreng ikan atau ayam, ia melekat-lekat kat kuali. Korang tahu petua tak bagi dia melekat? Senang je. Panaskan minyak dalam kuali. Bila panas, masukkan asam keping dua tiga keping. Lepas tu masukkan ikan atau ayam. Gerenti tak melekat.

Lain-lain petua:
-Nak hilangkan bau nasi hangit - masukkan dua tiga keping roti
-Nak kurangkan rasa masin masakan - masukkan ubi kentang
-Mengatasi nasi lembik - masukkan dua biji telur ayam dalam periuk. Biarkan seketika. Pastikan telur dibasuh dulu.
-Ulam kekal ragup. Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat.


Yang ini petua untuk mendapatkan badan yang langsing tanpa perlu berbelanja besar. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Kalau ada juicer tak payah parut. Gunakan juicer saja. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.


Sekian dan salam jumaat. Kalau ada petua tu, kongsi-kongsi ler..

14 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

SATU PETUA BESAU. LEPAS MASAK, MAKAN!JANGAN TAK MAKAN. INI DAH BELI, DAH DISIANG, DITUMIS, DIKARI, DIHIDANG, TAK DIMAKAN. PASTU BUANG TONG SAMPAH!

Tijah said...

hahahahaa. atok marahhh wooo! tatotttt!

kakpah...petua tanak kasi ayam/ikan lekat kat kuali kan???

gunalah TEFAL.

hahhaaa...

ashley said...

Tijah,
berani ko duduk lama lama?
aku balik dulu Jah..

Kirim salam sama tuan ghumah
ekk..
aku hantar petua ni kat pintu pagor je..

Petua supaya tak kena berleter ngan atuk Faris.

1).errrr
2)..hmmm
3)..ahaks..

hilang aaa petua aku..

julietchun said...

embun kat kl ni dah tercemar, kang sapu kat muka berkurap plak,hehehe.

kakpah said...

atuk, hehe.. itu tanya bibik tu haha...

tijah, atuk tu slalu cam tu. paling tak suka kalau masak tak makan. kalau tengok ada dalam tong sampah tak pasal pasal aku lak kena marah wakaka...

ashley, apa ko takut. Aku berdehem sekali je gugur luruh janggut HAHAHA...

juliet, err.. ko sempat ke tengok embun pagi...

Nizam.Ariff said...

Orang kata, kalau nak daging cepat empuk, beli daging batang pinang...

iina said...

kak pah.. tokojut den tgk ado amaran paling bosa kek ateh tuh.. wakakakah..

kak ado org ponah khaba kek den.. kalau taknak raso pinau cili api tuh.. elok masukkan genap bilangan dio.. jgn ganjil nnti berpino nahan podeh yo..den ikut gak kdg2 tuh ;)

peh tuh dedulu kakak angkat den ponah gak khaba kalau nak buek sambal belacan eloklah cilinya ganjil.. camno tuh kak heheheh ;)

lupekanje said...

kpah,
petua minum air lopeh bangun tdo tu ado acik donga maso kusus motvasi aritu...kato motivator tu, tk yah kumur2...dongan air liur basi tu skali tolan yo air masak tuh... botul ko kak?? hehhe...

kak...pesal atok hot temper tuh??? hehehe..

ku tak sempurna said...

kakpah.. petua langsing tu mujarab ke tak??
yang senang lagi takde ke... ekekeke..
.
.
.
.
.
.
.
.

memandangkan aku masih muda .. tak TUA.. makanya takde la peTUA.. peMUDA adala.. hikkksss

Monkey D Luffy said...

petua untuk lelaki ada?

kueh bakar said...

kalo nasik hangit letak cili keringgg...

arsaili said...

salam..org kata jangan beli daging dari india..memang liat susah nak empuk

Insyirah said...

Wahhh...petua melangsingkan badan tu berkesan ke? Haha. Kalau betul, rasanya masih sempat nak cuba. Muehehe...

kakpah said...

nizam, nak bagi daging empuk ni cara potong pun penting gak. kalau tak kena cara, batang pinang ke batang kelapa ke, keras berdentung gak

ina, tu yang den maleh kaalau dio masuk nak mengomen tu. Hehe.. potuo kau ni buleh dipakai ko. macam tak releven jo hehe

acik, nak tau botul ko tak, kau cubolah dulu.
abaikan jo lah komen yanng kek ateh tu. Tak pasal-pasal lak nak bocokak kang hikhik..

kts, tu petua yang paling okay la tu. Minuman berkhasiat per. nak buat pun tak susah. Sedap lagi.

kapten, petua untuk lelaki kena tanya orang lelaki hehe..

kueh bakar, ye ke. Ni kira okay gak nak cuba ni.

arsaili, haah.. kena rebus berjam-jam

insyirah, akak rasa kau dah selim melim dah. tapi untuk kesihatan bolehlah amalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...