Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 11, 2009

Dah Nak Sampai

Selalunya bila balik dari perjalanan jauh bibik Siti akan menelefon atau sms.

"Buk, ibuk makan rumah?"

Aku jawab. "Tak"

"Habis tak payah masak lah"

"Eh, masaklah"

"Tadi ibu cakap tak makan rumah"

"Betullah tu. Aku makan nasi. Kalau makan rumah mahu berderai semua gigi aku" Hik..hik..

Bila terkena berkali-kali bibik Siti sudah pandai berhati-hati bertanya. Tadi baru dapat sms darinya.

"Ibuk makan kat rumah?"

"Ya, makan"



Perut masih kenyang. Lunch tadi singgah di Kemunting rumah mertua kaklong. Kami dijamu dengan sambal udang petai, kari pisang muda, ikan goreng, ulam-ulam dan sambal belacan. Anak-anak makan tak ingat itu rumah orang. Termasuklah aku dan atuk.

Semalam untuk lunch kami dijamu juga. Kami ke rumah bakal mertua kakngah. Agaknya kalau makan kat rumah orang ni selera sedap je. Padahal kalau di rumah sendiri makan benda yang sama, selera tidaklah terbuka begitu. Kenapa ya?

16 comments:

iina said...

wakakakakah.. makan rumah?? uihh kak bertahun kenyang tuh.. napo mkn kek umah org sedap yo.. yolah sebab airtgn dia masak manokan samo ngan air tangan sendiri.. kdg2 sendiri masak pun sendiri boring nk makan heheheh ;)

den laei ler kak.. masak lauk ari nie.. esok baru den makan lauk tuh.. takdo selero nk makan lopeh masak.. esok baru ada mood nak makan ;)

lupekanje said...

kpah ni goma aniayer bibik2 tu kan... nnt acik repot teledera..

makan kat umah org memang best...org masak apa pun sodap...tpi klu masak sindri....tk baper nak selera..
,lagi best makan klu besan ato bakal besan yg masak...laju je masukk...heheh..
dah balik eekk...hehe...bagusss...baguss..Faris dan windu uwan eeh..

ashley said...

SEBAB PERIII!!
tibai cukup cukup la nuuu..

dak aihh..
sebab kakpah nak bagi pahala kat Tuan GHUMAH!!

AZANI said...

kalau tak makan sungguh sungguh, kecik hati tuan rumah..

Tijah said...

apolak stetment "aku dan atok"" kenapa tak uwan dan atok? sian atok tu..

hahhaa..tetibo lak beking atok...

ku tak sempurna said...

makan kat umah org mmg selera... nak2 klu dr jauh.. tgh penat... lagi la selera... tggu tadah mulut je :D

Ms.Lilies said...

welcome back....makan konyang2 ghumah tu ehhh...aishh silap...makan konyang2 kek ghumah hehehe...

Nizam.Ariff said...

Orang masak kita selera makan.
Kita masak orang selera makan.

Kita masak tak selera nak makan...

Monkey D Luffy said...

hahaha

kesian itu bibik

kakngah said...

kakpah... mano koli..??? sy buek rodblok kek km407.5 arah selatan... tak lopeh blk bangi. ponek bibik ani msk... hhahah...

zai said...

dulu saya ada bibik tapi sekarang saya la bibik bila ada kat umah..hukhukhuk..fenat, fening n fuyoo...letih giler kak pah ooiii !!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

dah sampai kemunting?..awat tak roger roger...ceh, memang la..tak hinggin nak jumpak aku la tu.....

julietchun said...

bkn senang nak makan kat umah orang, tu yg selera len macam.tuan umah pun hepi masakan dia abis.

kakpah said...

ina, betul la tu. akak kang kalau beriyo-iyo masak lopeh tu tak solero nak makan. baik makan megi haha..

acik, ekau jangan cik wakaka. dah la haritu masuk sokaba amah indon kono jirus mo air paneh. Gilo botul.
cik, cubo kau masak untuk kpah cik. lopeh tu kito makan kek masjid putrajaya. mosti kpah makan tak hengat dunio.

ashley, betul.. ni nak kena selalu pi makan kat rumah orang nih.. Ko ajaklah kpah datang makan. nak bagi pahala kat ko hehe..

kakpah said...

azani, haah kan. Dahlah penat masak, orang tak sudi nak makan pulak.

tijah, aku tu perasan dio mudo banyak daripado atuk wakaka

kts, tunggu tadah mulut dan basuh tangan je. nak basuh pinggan pun tuan rumah tak bagi.

ms lilies, hahaha... ko pun dah pickup joke tu eh

nizam, tak selera nak makan kita pi tapau kat kedai jelah.

kapten, aku pun kesian gak. Asek terkena je.

kakngah, orang dah cakap koli out of stock. Satu perlis melilau mencarik tak jumpo.

zai, ada bibik ni kadang-kadang fening gak hehe..

cikgooden, aku dah roger dah, hang belum bangun tidoq

juliet, cuba bayang kita masak untuk orang makan tapi orang tak makan. mesti rasa semacam ek.

tasikmerah said...

tu sbb la aku rajin makan kat kedai kak. hahahaha....



:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...