Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 12, 2009

BROSYER ITU...BROSYER INI... YANG MANA SATU

Pagi tadi aku ke Amcorp Mall. Semasa menyusuri gerai demi gerai sambil mata meliar memerhatikan di mana letaknya villa pengantin , aku didatangi seorang gadis genit yang menghulurkan brosyer AuraLife. Aku menyambutnya tanpa lupa juga melemparkan senyum sambil berkata sekadar mengambil hati, 'terima kasih. Nanti kalau apa-apa saya call ye'.

Kami berhenti di Hasry photo. Memang hajat kami datang ke situ mencari photographer untuk majlis perkahwinan kakngah nanti. Kami dipersilakan duduk, diberi air minuman seorang sekotak dan disuakan dengan album-album contoh. Sungguh cantik. Dan kami jatuh hati. Sambil sambil membelek album satu demi satu aku sempat menjeling ke booth di hadapannya, Ada di tulis di situ villa pengantin. Mataku mencari seseorang yang aku kenal di alam maya. Tapi tidak menemuinya.

Setelah selesai berurusan di Hasry photo, aku berjalan ke arah wanita yang memegang banyak brosyer di tangannya. Dia menghulurkan satu. Aku mengambilnya dan bertanya, 'ini kakak insyirah?'. Seakan kehairanan dia berkata 'haah, iya... Ni siapa ya!'
Aku memperkenalkan diri sebagai seorang blogger yang sering keluar masuk ke rumah insyirah di alam maya dan dia seakan-akan mengetahui kewujudan aku. Sayang sekali aku tidak menemui anak itu kerana dia sibuk di kenduri kahwin.

Semasa menikmati ceasar salad dan sup di Kenny Rogers (yang dua orang lagi makan ayam) aku membelek-belek kembali segala brosyer yang telah kami pungut. AuraLife menarik perhatianku. Ia merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol. Bukan itu yang buat aku tertarik. Aku tertarik dengan pelan pemasaran yang ada di dalam brosyer itu. Aku rasa pelan pemasaran dalam semua MLM sama sahaja. Ada modal, ada untung runcit, ada bonus. Satu ahli cari tiga atau lima atau berapa-berapa saja. Setiap ahli di bawah cari lagi ahli. Semua itu tersusun cantik dan bonus-bonus yang dipaparkan memang membuat terliur mata yang memandang. Teorinya begitulah. Dan itulah yang selalu dicanangkan oleh mereka yang terlibat dalam MLM ini.

Pernah kawan kepada kawan datang ke rumahku dengan membawa fail tebal lengkap tersusun produk dan pelan pemasaran. Dia bertanya 'what is your dream house'. Aku terbayangkan rumah Sosilawati Lawiya tetapi aku gelihati dalam hati sahaja sambil mengucap syukur juga di dalam hati akan apa yang ada pada aku sekarang. Cukuplah. Dan aku bayangkan juga tentulah orang yang bercakap itu sudah mempunyai rumah idamannya sekurang-kurangnya seperti yang aku bayangkan itu tetapi aku lihat keretanya juga sama seperti kereta aku, bukannya mercedes yang menjalar.

Semasa aku menghirup sup di Kenny Rogers itu, satu idea MLM datang menerjah fikiran. Aku membayangkan seseorang datang menemuiku dengan satu pelan pemasaran yang hebat. Produknya juga hebat dan yuran kemasukan gratis. Tidak payah bayar satu sen pun. Caranya, satu ahli mencari tiga orang yang perangainya kurang baik dan menukarkan perangainya menjadi baik. Setiap orang yang sudah menjadi baik ini mencari pula tiga orang lain yang berperangai kurang baik untuk ditukarkan menjadi baik. (korang paham ke tak ni). Upline akan sentiasa membantu memberi ceramah, motivasi dan sebagainya. Dalam jangka bertahun-tahun, berbelas tahun dan mungkin berpuluh tahun, jumlah akan terus meningkat. Bonus kita? Kita kutip semasa di akhirat nanti. Mungkin rumah idaman lebih daripada rumah Sosilawati lawiya menunggu kita di sana.

Aku tertidur di dalam kereta semasa perjalanan balik. Aku bermimpi Hasry photo sedang mengambil gambar aku dan atuk di atas pelamin yang berdekorasi ala minangkabau.

20 comments:

DaliaLiyana said...

yeah...dlaia 1st...kak pah meround ek arini...? tak ajak pun ek...hehehe...

Kapten Luffy said...

MLM mcm tu lg baik

hehe

kakngah said...

dh mentegheng... mano tak membuto.. hihihi!!

Ms.Lilies said...

plan kakpah yg ni sangat bagus....saya join!!

KTS said...

err.. skrg ni yg duk ligat kat tv tu, iklan aura life ke??

sekeluarga jadi mewah..

.
.
.

tak minat ngan MLM ni.. tapi klu jadi kaya mcm Sosilawati kembar Mikel Jekson tu, minat la..

hihihi.. nak kaya.. tapi malas usaha :D

lupekanje said...

acik masuk jadik downline kpah...

iina said...

bagus idea tuh kak.. tapi den raso cukuplah kojo den ngajar student.. itu pun dah kira tukar diorg jadik lebih baik dalam hidup gak hehehehe.. bukan takat 3 org dah kak.. kdg2 sampai 200 300 sekali ngajar ahaks.. hhehhehe..

pesal den tgk komen den selalu yo tertinggal kena reply.. pesal ekk.. nama den tak cukup glemer kot hehhehee

ibundo said...

dalia, ko first ye. tahniah la. lain kali kapah ajak ko pegi ye.

kapten, yes. ada orang sokong.

kakngah, ponek borondam lam air malan komarin ado lai. tu sobablah tido.

lilies, wokey..kau jadi agen akak kat belah situ.

kts, kalau naak kaya tapi malas keje, sonang yo. Kau kawin je dengan datuk ke anak raja ke hehe..

acik, wokey.. set. acik jadi ageb kakpah bolah putrajaya plak.

ina, weh.. iyo ko. ya ampoooon. Mintak maap yo lah kalau terskip. kau paham2 yo lah akak yang dah nak habih tarikh luput ni hehe...
ina, tulah yang elok e kojo cikgu ni. mongaja ilmu pado orang lain tu banyak pahalo e. akak solalu cakap ngan cikgu2 akak. Kito ajar bebudak kocik ni sombahyang. Dio pandai sombahyang sobab kito aja dio. Kalau budak tu sombahyang seumur hidup, imagin pahalo yang kito dapek. Kalau kito ajar berpuluh2 orang malah beratus2 orang!!!! wui.. tak cukup tangan nak kutip pahalo kan?

Anonymous said...

Uwaaa......idea bagus tu KakPah!!

Cuma, tak tahu samada kita ni larat buat begitu. Kena perbaiki diri sendiri dulu, boleh jadi contoh yang baik. Tie mulakan dengan anak2, tiga orang jugak! Hehe...

ibundo said...

tie, wokey... dah ramai dah kakpah dapat ahli ni haha...

Nizam.Ariff said...

Brosyer tu boleh buat kipas dikala panas nanti kak, baik ambil... hehehe

ASH said...

kat booth kakak INSYIRAH tu, dia promote apa?

Mak Su said...

cemana rumah dia iteww? sosilawati?

ibundo said...

nizam, kipas? haha.. (garu2 kepala)

ashley, dia promote pekej perkahwinan lengkap. kau goyang kaki je.

ibundo said...

maksu, gede banget maksu oi...

sakurasa 2 said...

sakura nak jadi downline

ibundo said...

sakura, jom..

Insyirah said...

KakPahhhh, saya minta maaf sgt-sgt sebab hari ahad saya tak ada kat booth. Hari ahad saya ada wedding kat putrajaya. Waduhhh...terharu saya sebab kakpah datang ke ekspo wedding. Sayangnya kita tak ada jodoh utk ketemu. Tak apa, insyaALLAH akan ada peluang nanti.

Apapun, terima kasih sgt-sgt sebab kakpah sudi singgah ke booth Villa Pengantin. Thank you kakpah, and sorry sebab tak ada rezeki utk berjumpa.

Guru said...

setuju...

ibundo said...

syirah, hehe... ingat nak belanja syirah makan hehe.. next time ye..

cikgu, yes...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...