Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 30, 2009

BUKAN SENANG RUPANYA

Sejak dua tiga bulan lalu beberapa photographer telah datang ke aulad. Tujuan mereka untuk mengambil foto murid-murid enam tahun yang akan menamatkan zaman tadika mereka pada tahun ini. Aku memberitahu mereka tahun ini aku sendiri yang akan mengambil alih sesi fotografi.
(Macamlah aku pandai sangat tapi kalau tak cuba takkan tahu, bukan begitu?)

Majlis konvokesyen tadika pada tahun ini akan diadakan di Dewan ESSET KWSP, berhampiran stesen komuter UKM. Tahun lepas kami mengadakan majlis konvokesyen di sana juga. Tahun-tahun sebelumnya kami gunakan dewan Anwar Mahmud UKM tetapi kerana dewan itu masih di bawah penyelenggaraan maka terpaksalah mencari alternatif lain. Dewan ESSET agak besar juga tetapi sewanya mahal. Untuk penggunaan separuh hari sahaja sewanya hampir 4 ribu ringgit. Tersekat air liur di kerongkong sebaik saja pegawai bertugas menyebut harga tersebut.

Pagi tadi aku ke tadika membawa Nikon D60 ku. Aku snap beberapa foto anak-anak kelas Jannatul Aad sebagai mencuba-cuba. Aku rasa background tidak kena. Perlu mencari yang lain.








Aku cuma download beberapa foto saja di sini. Entah kenapa pulak petang ni line lembab. Penat menunggu gambar masuk.


Cerita pagi tadi? Semua anak-anak jannatul Aad excited sebab nak ambil gambar. Lepas ambil gambar, aku duduk sekejap dalam kelas yang telah lama aku alihkan tugasku pada cikgu lain. Sebelum loceng balik berbunyi, mereka minta aku bercerita. Aku memberi tajuk 'jangan pandang belakang' kepada cerita rekaanku. Semua menjerit suruh aku buat cerita lain.

Tapi aku ceritakan juga. Kisah si Amir yang balik mengaji sengsorang pada waktu malam. Langit gelap tanpa bintang dan bulan. Angin bertiup kuat. Amir meredah gelap berbekalkan lampu suluh. Semasa Amir mengorak langkah, ada sesuatu mengikutnya dari belakang. Amir berjalan terus dengan pantas tetapi terjatuh kerana terlanggar batu. Cahaya lampu suluhnya menyorot ke arah benda yang mengikutnya sejak tadi. Dan benda itu berbunyi
'mbbekkkkkk!!!! '
Semua murid di kelas itu riuh ketawa.

Sekian.

23 comments:

Tijah said...

buh backdrop hitam la kak. klasik kit...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cuba letak backdrop dia rak buku...nampak kelas sikit

iina said...

nilai moralnya.. sila pandang belakang bila jalan balik umah lepas ngaji.. mana tau ada kambing ayam lembu itik angsa kucing lipas cicak burung mengekori anda.. wakakakah..

xlamo laei leh jadik photographer majlis kenduri lak kak ;)

ashley said...

itu anak aku ke tu.tudung sapa la pulak dia sapu.background biru laut untuk gambar pasport tu baru naik..tudung kan putih....

Ungku Nor said...

salam kak, nak mintak alamat emel kak pah buleh tak gak eh?

nak menjomput ni haa..
antar kek ungku_nor@yahoo.com.
sudi-sudikan yo kak..

lupekanje said...

wah kak...camni blh kalahkan Nabil wat citer kakar....hehehe
nnt klu taim kiter brenang, kak Pah citer kat acik lak ye....
yeay yeayy...nk dengar citer cikguuu...

xiiinam said...

Pandai budak-budak tu posing...



Eh silap...


pandai cikgu budak-budak tu bermain dengan kamera....

umi_e said...

wah... kalau camni, boleh tutup kedailah tokeh gambar :P

Nizam.Ariff said...

Ada sambung lagi...

Maka Amir punmengurut-ngurut dadanya kerana terkejut. ' Astaghfirullah...' ucap Amir perlahan.

Amir bangun, pergi mengambil lampu suluhnya yang terjatuh.

'Mmmbeeeekkkk.....!'
"mmmkkg%$#98*&^...zzz zzz'

Amir terkejut. Amir suluh pada mata kambing itu, nampak merah. Terlalu merah, lain dari biasa. Dia juga terlihat satu lambang yang agak biasa dia lihat tetapi lupa, pada dahi kambing itu.

Zup-zap-zup-zap-zup-zap..

Tetiba, satu persatu tubuh kambing itu bergerak-gerak, bercerai tetapi bersambunbg semula...

Zup-zap-zup-zap...!

Oh tidak! Itu anak buah Decepticon! Musuh Optimus Prime...

pB said...

senyum manjang jerrrrrr

secangkir madu merah said...

pandai kak pah amek gamba, nanti dah pro buleh bukak kedai gamba pulak, tadika tu biar daku yg take ober..ek..

Webmaster@Echam said...

Kak Pah.. Kak Pah....

Ada benda nak minta ni.... Ambik gamba saya barang sekeping dua... hehheheh

a kl citizen said...

wah ...nak masuk kelas k.pah...nak dengar citer

Insyirah said...

KakPah, bleh join sekaki? Nak juga diambil gambar mcm budak-budak tu. Kehkehkeh.

julietchun said...

tukar bekdrop je, yg lain dah ok. Kalo kat sini balik mengaji memalam harus jumpa anjing lah,hehehe.

nurdaniella said...

salam kak pah.. huhu, dah jimat dah dari sudut fotografi tu, kann.. pasal cerita jangan pandang belakang tu, betapa anak2 mudah terpengaruh dengan filem, kann.. tapi kak pah berjaya menukar persepsi mereka dengan tajuk tu..

kakpah said...

klasik yo. mano den nak carik kain itam ni.... kek nilai ado gak e.

ezza, yang tu nak kono pinjam kek studio pulak. mau ko di sewo agak e.

ina, kahkah.. diorang siap cakap lagi tu, kat rumah kitorang mana ada kambing. kono explain yang amir tu duk kek kampung.
err.. kok ado sodaro buek konduri kawen, pangge kpah jadi fotografer yo..

kakpah said...

ashley, err.. tudung sape ntah. eh, bukan tudung dia ke tu.. aku pun dah konpius ni.

ungku, dah anta email dah. ko nak jomput buek konduri ko.

acik, nak donga citer. Bole.. no problem. pilih jo lah, nak citer klaka ko, nak cito seram. somo ado.

cklah, haha.. pandai cklah.

umie, ehm..ehm.. tersedak kakpah ni. tersedak air liur.

Nizam, akak taulah kau memang terer buat citer merapu ni. janganlah kau nak peningkan kepala anak murid akak plak. ish..ish..

pB, senyum tu kan sedekah hehe..

SMM, wakaka... pandai pandang ke depan ko ni ye.

kakpah said...

echam, no problemo. sepuluh keping bole.

cikgu, dengar cerita budak2 boleh le...

insyirah, kenduri kawin nanti jemput kakpah. mesti kakpah datang bawa kamera.

juliet, wokey.. anjing? kalau anjing menyalak panjang2 tu tanda dia nampak hantuuuuuuuuuuuuuuu...

nur, hehe..cuba-cuba. Budak2 ni tahu je kalau ada cerita seram. Sebenarnya cerita seram boleh ditukar jadi cerita kelakar untuk hilangkan rasa takut.

Kak Nora said...

Saya boleh bayangkan u bercerita, agak-agaknya budak tersengeh dengar ending story you tak? Pah, berilah chance profesional tangkap gambar 'Look, I'm an Aulad grad!"

ashley said...

Pssssttt..
tengok kiri kanan sat..( cakap slow slow)

nak tengok Q-Didi punya style photo sessi tak?

....he he he..

tasikmerah said...

kak pah ko jgn buat senyap. pi amik award kt blog aku kak. he he.

:)


.

kakpah said...

Nora, bukan tersengeh lagi.. gelak melambak sambil berkata, ala...ummu ni. saja je tau!!!

ashley, pstt.. kat mana hehe..

Tasek, ada award tuk aku ke hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...