Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 2, 2009

Cangkul Belakang Rumah Jumpa Emas Seketul

Kita selalu impikan perkerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan. Lagi tinggi seseorang itu belajar, lagi banyaklah gaji yang dia dapat. Betul kah begitu? Tidak juga. Aku tengok ramai orang cina yang kaya raya tetapi pelajaran tak setinggi mana pun.

Maknanya pelajaran bukan jaminan untuk kaya. Kemahiran juga penting. Contohnya orang cina menggalakkan anak-anak mereka berkerja mencari kemahiran seawal umur belasan tahun. Aku pernah tengok budak remaja bergelumang dengan minyak hitam di kedai basikal. Tahun demi tahun berlalu tahu-tahu dia sudah mempunyai kedai basikal sendiri. Anak bangsa kita tentu tidak ramai yang mahu bermain dengan kotoran seperti itu.

Agaknya anak-anak melayu kalau nak gaji baik, kenalah belajar tinggi-tinggi sampai masuk universiti. Nak cuba-cuba jadi macam bangsa diorang agaknya sampai ke tua tak menjadi apa.

Tapi sekarang ni belajar tinggi pun susah nak dapat kerja. Keluar univ kena menganggur dulu. Ada yang bertahun-tahun. Bila aku buat iklan untuk mencari guru tadika, yang ramai memohon adalah graduan. Kalau tidak ada pilihan aku ambil juga. Bukan tidak simpati. Kerja di tadika selalu dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat kerja yang lebih baik. Aku juga yang susah sekiranya bekerja sekejap-sekejap sahaja. Tapi ada juga di antara mereka ini yang berkerja sampai satu tahun. Kadang-kadang lebih.

Gaji di tadika memanglah tidak setimpal dengan kelulusan mereka. Pokok pangkalnya mereka mahu menimba pengalaman. Kalau pengalaman itu tidak dapat digunakan dalam pekerjaan akan datang, sekurangnya digunakan semasa dalam alam rumahtangga kelak. Tapi ada juga ibu yang tidak berapa gemar anaknya bekerja di tadika atau di taska. Katanya anak itu terlebih layak dan terus menerus meracuni pikiran si anak supaya berhenti sahaja. Bila berhenti, melangok sajalah di rumah. Kalau bekerja walaupun gaji tak banyak, dapat juga beli baju, prepaid, barangan peribadi, makan-makan dan sebagainya.

Ada sesiapa yang tak mahu jadi senang lenang? Tambahan lagi dalam keadaan gawat macam ni. Aku tengok ikan siakap sekilo 23 ringgit. Tiga minggu dulu kat tesco harganya 9 ringgit lebih. Sekarang dah naik 18 ringgit. Dulu orang yang tak banyak duit, makan ikan kembung je. Sekarang ikan kembung pun dah tak mampu nak beli.



17 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Kak Pah
Anak cina depan rumah saya ni bangun seawal 5 pagi untuk menolong ibubapa nya memotong buah yang akan di jual dengan lori oleh mak bapak nya, anak saya pukul 7 pagi pun liat nak bangun untuk ke tempat kerja. Anak sulung cina tu tak pandai belajar, sekolah cuma sampai darjah 6 saja tapi mak bapak dia tak marah tapi dia hantar anak dia tu keja dengan abang dia di kedai aircond. Mula mula kena cuci barang barang kat situ...sekarang ni.dia dah ada kedai dia sendiri untuk memasang dan merepair ekon ni...
Anak saya, masa tunggu result spm, saya suruh dia kerja kat kedai dobi kawan saya...suruh dia ambil pengalaman tapi bila kena tegur sikit,merajuk dan tak mo kerja lagi....macam mana ni kak...tak faham saya ni ngan anak anak melayu sekarang ni...semua kerja nak yang senang jer...jadi kuli batak sepanjang hidup tak pa...langsung tak pandang ke depan...
macam mana nak jumpa emas belakang rumah tu kalau pegang cangkul pun tak mau....

MrsMama said...

Anak orang Melayu sume memilih keje...nak carik keje yang setimpal kelulusan. Bagi saya kalu nak demand macam2 pastikan diri tu speaking berabuk kalu takde jangan mimpi nak jawat jawatan tinggi baik dalam gomen mahupun swasta.Kakpah tau nape orang Cina antar anak dia belajar piano dan berenang? Supaya kalu sekolah tak pandai esok besar kurang2 bole jadi cikgu piano dan jurulatih berenang.Anak cina tauke kilang yang adik saya keje bitau, anak cina tu dah datang kilang tu sejak dia kecik2 lagi untuk belajar segala hal berkaitan ubat-ubatan dan sekarang anak cina tu p further study dalam bidang farmasi untuk kembangkan lagi bisnes ayah dia.Anak melayu? Tiap ari tadah tangan mintak duit kat mak bapak belanja boyfren gelfren. Duit PTPTN belanja beli makeup dan juga henfon terkini.

Ifa said...

Setuju tu kak.. zaman sekarang kemahiran kadang2 lebih boleh buat duitkan...
Cuma tu la kadang mind org kita kita masih tak berubah.. contohnya kalau budak tu kurang menyerlah dalam pelajarannya terus dicop sebagai b***h. sedangkan sebenarnya budak tu mungkin lebih berminat pada kemahiran lain yang pasti boleh diasah..

aza ni said...

kakpah:sedih,tapi saya terima hakikat itu,betullah apa yang di tegur tu,bukan tak biasa main geris, bukak pump,bagai...tapi tak berani nak cebur perniagaan.kurang yakin.

Insyirah said...

Errr...kakpah, ada juga anak-anak Melayu yg bagus-bagus. Maybe tak ramai. Nak kata semua anak Cina bagus-bagus pun tak juga. Ermm, it's depend on mcmmana didikan ibubapa dari kecil kut.

Errr...saya tak berani nak komen lebih-lebih sebab melibatkan kaum yg berbeza. Saya tak puji orang Cina bagus, dan saya tak kata orang Melayu itu layu! Mungkin anak-anak skrg kena muhasabah diri apa yg mereka mahu utk masa depan mereka sebab dlm dunia ni tak ada kejayaan yg datang bergolek sendiri tanpa sebarang usaha.

julietchun said...

zaman skang ni tak buleh memilih keje walaupun kita ni lepasan uni luar negara. apa yg ada depan mata kita cuba dulu, timba pengalaman.

KTS said...

saya pernah jadi usahawan anggur gak sekejap... hikkksssss
.
.
.
.
.

orang kita manja sikit... errr.. nak duk dalam ekon je.. :D

Nizam.Ariff said...

err... aku ikut macam Insyirah kata. Tak tahu nak kata apa-apa. Kami berdua ni sebenarnya se'kaum'... (ececee...heheh)

Guru said...

saya pernah bersembang dgn drebar teksi cina...

katanya... org melayu, anak tak pandai pun, masih suruh duduk kat sekolah lagi,konon nak masuk uni...itulah sebab banyak masalah d sekolah, sbb anak2 ni memang dah tak boleh belajar...

tapi anak dia, dia kata, form one dah tak boleh belajar, tak minat, so..dia carikan kerja utk anak dia kat kedai kawan dia, dan...dia tak beri duit dah pada anak dia, cari sendiri... so kurang kes melepak ni... kan.

org kita takut...kalau2 tak habis belajar takde spm, tak bole dapat kerja...

tapi...kalaulah yg tak pandai tu ialah anak kita sendiri camana? sebab bukan semua orang pandai bab akademik ni kan...

ibundo said...

salam. Kepada semua di atas terima kasih kerana memberi pendapat anda. sangat menghargainya. Kpah tak larat nak balas komen satu-satu. dah ngantuk dah ni. eden nak tido. TQ and selamat malam. Salam.

zai said...

Salam Kak Pah..
Hai ntahlah tak tau nak komen camne dalam keadaan dunia sekarang nie...saya pun ada anak 5 orang..tak nampak lagi masa depan diaorang camne..tapi sbg ibu ttp harap anak2 jadi orang2 soleh dan solehah, tak belajar tinggi tak mengapa tapi biarlah berakhlak mulia..kerja bagus tapi tak berakhlak pun susah juga..

aNIe said...

Kak Pah...memang anak bangsa cina lebih mementingkan kemahiran...memang ramai yang kita lihat anak2 bangsa mereka ni lebih berjaya dalam bidang perniagaan kerana pengalaman yang ditimba.

Selalunya menjadi guru ditadika itu dijadikan batu loncatan kerana mereka ke sana sekadar untuk meluangkan masa dan mendapatkan pekerjaan...tapi jika mereka mendapat kerja yang lebih baik untuk masa depan mereka pun kita tak boleh nak halang kan...

Tapi memang menyukarkan pihak lain kalau kejap2 kena cari pekerja lain...

DaliaLiyana said...

InsyaAllah...dgn didikan yg sempurna...pasti anak2 kite akn jd anak yg berguna...soleh & solehah....aminn...

ibundo said...

zai, anie, dalila, apa-apapun kita memang sebolehnya biarlah anak-anak belajar tinggi kerana itu merupakan satu jaminan untuk masa depan. Kemahiran boleh datang kemudian. mungkin orang kita belum berani mengambil risiko seprti orang cina selalu buat. mereka berani. orang kita tak berapa berani. tapi ada juga orang kita yang tak berpelajaran tetapi berjaya dalam hidup. kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

ibundo said...

zai, anie, dalila, apa-apapun kita memang sebolehnya biarlah anak-anak belajar tinggi kerana itu merupakan satu jaminan untuk masa depan. Kemahiran boleh datang kemudian. mungkin orang kita belum berani mengambil risiko seprti orang cina selalu buat. mereka berani. orang kita tak berapa berani. tapi ada juga orang kita yang tak berpelajaran tetapi berjaya dalam hidup. kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

ASH said...

Terkenang anakku sendiri la kakpah..
mujur anak sulung aku tu usaha isi masa kosong nunggu SPM ari tu kerja kat restoren..boleh gak la timba pengalaman..

ASH said...

Mula bila tengok tajuk tu, saya ingat kut kakPAH jumpa TAIK KUCHINGG kat belakang rumah!!!
wakaka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...