Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 3, 2009

I Am Mr. Stone

Apa ada pada nama. Ramai orang suka cakap macam tu. Tapi betul ke nama tak penting. Tentu penting. Tentu kita taknak nama kita yang tak elok disebut dan tak elok didengar. Tentu kita taknak orang panggi kita "woi..woi.." Jadi, kenapa kata apa ada pada nama.

Orang sekarang dah tak susah lagi nak cari nama untuk anak-anak. Buku panduan banyak. Pilih saja mana yang sedap dan makna yang sedap. Orang dulu mana ada buku panduan. Semua main sedap mulut. Dah tu pula zaman dulu yang tulis nama dalam surat beranak, Polis. Polis pun mungkin belajar darjah tiga pun tak lulus. Bapak sebut lain, ditulisnya lain. Melekatlah nama tu seumur hidup.

Ada kawan suami aku namanya Kassim bin Lepek. Dia ni cukup sensitif dengan nama bapak dia. Kalau dia pergi klinik, nanti kan bila tiba masa doktor nak jumpa, pembantu doktor tu akan panggil nama. Selalunya pembantu itu akan terkial-kial menyebut nama bapak dia.
"Kassim bin Lepak..lepuk........"
Sebelum budak tu merapu, si Kassim ni cepat-cepat bangun,
"Saya...saya..."


Masa aku dapat anak pertama dulu nama Farah tengah famous. Ada kumpulan penari bernama Farah dancers. Masa tu juga cerita charlies angels tengah popular kat tv. Farra fawcet kan salah seorang daripada angels tu. Permaisuri Farah Diba pun tengah glemer gak. Aku pun nak menumpang keglemeran nama itu maka aku namakanlah kaklong dengan nama Farah. Budak yang bernama Farah memang melambak masa tu. Farah Adiba, Farah Izzati dan sebagainya. Aku masih ingat lagi masa hari pertama kaklong naik darjah dua cikgu dia panggil nama murid-murid yang terdapat di dalam senarai. Maka ramailah nama Farah itu Farah ini yang disebut. Tiba masa cikgu panggil nama kaklong, cikgu itu menyebut
"Farah saja... binti dot dot". Memang nama kaklong Farah. Tapi bukan Farah saja.


Apa ada pada nama? Pinjam kata Nabil: lu pike la sendiri wakaka....


10 comments:

ckLah @xiiinam said...

Bapa Arshad- Ambil 'Ar'
Mak Zainab- Ambil 'Nab'

Demi bukti cinta...
Satukan nama ibu dan ayah

Ar+ Nab = Rabbit a.k.a kelinci...he..he..

Ms.Lilies said...

Bila ada nama baru blh "hai,blh berkenalan?apa nama ye?" Hehhehe...apa pun nama yg baik seperti 1 doa pd anak2

lupekanje said...

nama acik adalah nama yang sempurna. Alhamdulillah... cuma orangnya yg tk baper nak sempurna....huhu..

Nizam.Ariff said...

Nama ayah mertua aku: .... bin Bujang.

Jadi, sampai ke tua le dia ngaku anak bujang.... hahaha

aza ni said...

terngat lagu bukan kerana nama...

ASH said...

Aku dinamakan dengan nama yang panjang berjela ini oleh sorang To' guru..
Ustaz Bakar Al-bakir: pengasas Pondok 'Maahad Ehya' Al Shariff' kat tempat kelahiran aku.

Sepatutnya aku kena jadi baik la kan?

Errr..tapi apasal aku tak baik?

he he he...

ASH said...

pstt..nama aku ada jugak persamaan phonic ngan 'stone' tuuu..ha ha ha
buat nama bagi serupa terus lah..

ashley stone!..amacam best tak?

ibundo said...

haha.. kadang-kadang bunyi sedap tapi takde makna pulak.

lilies, panggil dengan nama yaang baik kan?

acik, namo senor acik sapa eh.

nizam, Kalau nama Muda? muda je lah sepanjang hayat.

azani, oops.. tak tau lagu tu.

ashley stone.. hehe.. sodap gak.

fazemy said...

Lawakla part lepak lepuk tu kaK PAH..nama tu 1 doa kn..kenalh ada makna yg baik.

busymum100 said...

xiiinam,

I ada x-student, nama dia Sylvester bin Arnab (org sabah).

Kak Pah,
Kawan I (ala, AHA yg tulis dlm "Anjung Seri" tu). Bapa dia dulu polis, kat Terengganu rasanya. Bapa dia kata, hari2 org dtg balai nk daftar anak. Ada tu anak yg nombor dah byk seperti no.6, no.7, dah tak tau nk letak nama apa. Depa cakap kat polis bertugas tu, letak lah apa2 nama yg elok. Mula polis seronok dok baig nama kat anak org, tp lepas tu penat jugak nk fikir. Akhirnya, depa set kan nama budak lelaki & perempuan "for the day". Kalau hari tu dah set nama "Hashim", maka by default, sapa2 yg tak de nama, depa letak je nama tu.. Can you imagine, kalau ada budak sebaya nama yg sama kat situ, besar kemungkinan lahir pada hari yg sama!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...