Semasa ke jakarta haritu aku belajar satu resepi daripada kak Mis. Waktu itu kami bersarapan pagi. Mereka memang dah biasa agaknya makan nasi tiga kali sehari, sarapan, tengahari dan makan malam. (Kami pun terpaksalah makan nasi juga. Aku cuma jamah-jamah saja). Satu pagi kami dihidangkan dengan ayam goreng. Sedap. Dagingnya lembut dan rempahnya meresap ke dalam daging. Aku bertanyakan resepinya dan di sini aku mahu berkongsi dengan anda. Yang lelaki ambil resepi ini dan suruh isteri mencubanya.
Ayam goreng ungkep.
Bahan :
1 ekor ayam, potong 8
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ruas kunyit
1 sdm ketumbar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh jintan manis
sedikit lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
(Kisar halus kesemua bahan di atas)
segenggam kelapa parut (lebih pun tak apa)
2 batang serai yang diketuk
garam secukup rasa
air kelapa untuk merebus ayam
cara:
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Leburkan kesemua bahan di atas termasuk air kelapa ke dalam periuk berisi ayam tadi. Air kelapa mestilah sama paras dengan ayam. Rebus sehingga air kering. Tutup periuk dengan penutupnya. Api jangan besar sangat, nanti air cepat kering dan ayam belum empuk lagi. Biar perlahan.
Bila ayam sudah empuk dan air kering, keluarkan ayam. Goreng ayam itu. Sekejap saja, jangan goreng sampai hagus. Apabila kesemua ayam selesai digoreng, goreng pula bumbu yang ada dalam periuk itu sehigga garing Kemudian taburkan di atas ayam goreng tadi.
Petang tadi aku buat ayam goreng ungkep ini. Bukan aku yang buat hehe.. Aku tanya ros, kau pandai buat ayam goreng ungkep tak. Dia jawab, bisak. Wah..beres. Semua dia buat dari awal hingga ke akhir. Aku tinggal makan saja. Sampaikan terlupa nak ambil foto. Gambar di atas tu aku pinjam dari pakcik gugel. Orang indon puNya blog. Mintak-mintak dia tak datanglah sini.
19 comments:
nampak sedap tu...blh try ni..
errr mmg kena guna kelapa parut ke?kelapa mesin x bleh?
banyak dah saya kumpul resipi.. bila nak masak tak taula..
tapi yang ini cam senang je.. cuma nak cari air kelapa tu....
den dah kopipes. kelapo parut tu goreng skali ko?
osah sonang eh ko skrg kan kak?? ni yg den jeles nih...
aa...ros tu ado adik beradik lain laie tak?
Kak Pah...tgk bahan2 yang diguna pun dah tau mesti sedap...!
Mesti semerbak harum bau dia punya rempah-ratus. Itu pun dah cukup membangkitkan rasa lapar.
kak pah...dalia dah la tgh lapo ni...nmpak ayam goreng lak...adoi,....seksa...huhu...tp dah lewat ni...nak makan ke tak ek...cptla pagi....
nak g makan ah umaah akak!!
kakpah:terimakasih,tak tahu lah bila dapat buat,tapi nantilah saya pujuk wife.
wah kak ayam ungkep nie cam best yo.. tapi air kelapo takdo lah kak.. pokok kelapo pun takdo camna nak buek.. den buek ayam goreng kfc yolah ;)
lilies, hehe kelapa parut @ kelapa mesen sama la tu.
cikgu, kalau takde air kelapa, pakai air biasa pun boleh gak tapi rasa ada kureng sikit ar.
tijah. kelapa parut tak yah goreng. masuk terus dengan bahan yang lain.
tak ado yang avelabel lagi dah adik beradik ros tu.
anie, terai la.
nizam, cubo buek
dalia, selalu tak dinner ke. diet kot.
mamasal, dah balik ye. bila sampai. mesti penat lagi tu. welcome home.
azani, apa kata ko je yang buat. sekali sekala orang lelaki ni kena masuk dapur gak.
ina, takdo air kolapo kau guno je lah air teh ko, air kopi ko wakaka..
Alamak... terliur pulak pagi2 ni... Mesti nak cuba buat.. kak tie suka ni, hehe....
Macam senang je. Bleh try la nanti. Kopipes resepi dulu. Thanks for sharing the recipe :)
akak masak, pehtu antar kat acik yo...jgn lupo..
acik somput ni....nak study..tpi tk study...jap gi nk poi exam..
tie, cuba jangan tak cuba.
insyirah, eloklah tu simpan resepi banyak-banyak. nanti senang bila dah berdua hehe..
acik, asek nak masak utuk acik yo. datang e tak. Heh ado exam ko. gud lak.
Salam,
terima kasih kerana sudi kongsi resepi..... cam best jer .....chekdee nak cubalah.
Anak bongsu chekdee ni asyik nak makan ayam jer...ikan...hmm..dia tak lalu..... mungkin sebab ikan kat kl ni tak segar kout......
air kelapa muda ke kelapa tua? seriyes sedap ni.
kak...courier sini sket..huhuhu
Kak Pah,
Bolehlah nampaknya goyang kaki bulan puasa ni, ada chef pandai masak.
chekdee, cubalah. rebus lama sikit biar empuk. goreng kejap je.
juliet. kelapa tua. kelapa muda pun boleh gak kalau yang tua takde.
faryn, meh sini makan.
Nora, haha.. kena masuk port jugak.
Post a Comment