Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 26, 2009

Mari Ketawa Ramai Ramai



Kisah ni dah lama. Kisah zaman tok kadok. Anak-anak semua belum ada dan aku pun belum kawin lagi. Tapi aku ni nak cerita perihal kereta pertama 'atuk'.

Atuk masa tu baru kerja. Baru balik obersi. Gaji pun masih seciput dan bila ditolak sana sini lagilah tinggal seciput. Namun hasrat nak berkereta tu sentiasa berkobar-kobar. Nak beli yang baru, paham-paham sajalah. Down payment je dah makan ribu-ribu. Duit gaji yang tinggal pun tak cukup nak buat bayar bulanan.

Kebetulan ada kawan nak jual kereta. Dah lama berpikir teleng kepala sana teleng kepala sini atuk buat keputusan muktamad membeli kereta second hand itu. Tapi aku syak kereta tu dah fourth, fifth hand dah. Atuk beli dengan harga dua ribu ringgit. Bila dah ada kereta mestilah tayang dengan girlfriend. Aku tengok kereta tu betul-betul macam kodok tua. Tapi untuk menjaga hati atuk, aku buat-buat puji walaupun dalam hati kuingg...kuingg.. ketawa tak cukup napas.

Atuk ajak aku ronda keliling KL. Kereta tu jalan semput semput. Aku cukup cuak kalau-kalau dia terhenti tengah-tengah jalan. Bila berhenti kat trafik light aku risau kereta tu berhenti terus tak begerak-gerak lagi. Memang aku saspen tapi atuk gelak-gelak dan steady saja.

Bila hari hujan kereta ni lagilah bermasalah. Dalam kereta banjir sampai paras buku lali. Macamana tak banjir, lantai kereta berlubang sana sini. Habis alas kaki basah. Kaki lagilah basah. Dah tu pula, wiper dia jalan separuh-separuh. Wiper tu jalan shretttt 90 darjah, shrettt 90 darjah, shretttt 90 darjah, shrettt.... baru terlajak sampai ke bawah. Itu wiper kat tempat driver. Kat tempat penumpang mampus terus tak bergerak-gerak.

Kat dalam kereta, atuk memang sentiasa sediakan kain buruk. Sebab kadang-kadang wiper kat sebelah driver tu pun sewel tak bergerak langsung. Mati. Innalillah. Sebagai pengganti wiper ni, atuk kena turunkan cermin kereta dan mengeluarkan tangannya untuk mengelap cermin yang dinodai titik-titik hujan. Korang imajin lengan atuk kuyup sebab mengelap cermin kereta sebelah luar tu. Tu kalau hujan tak berapa lebat lah. Kalau lebat, atuk terpaksalah berhenti kat tepi jalan menunggu hujan teduh. (kah..kah..kah.. aku tetap akan ketawa terbahak-bahak setiap kali aku membayangkan tangan atuk mengelap cermin kereta ini)

Atuk pakai kereta tu tak sampai setahun. Selalu sangat keluar masuk workshop. Lama-lama atuk biarkan saja kereta tu tersadai depan rumah sewa dia. Sampai tepi-tepi kereta tu ditumbuhi lalang. Nasib baik kawan dia Kenny nak beli sebagai besi buruk. Dapatlah 600 ringgit.

Sekian kesah volkswagen atuk..



Moral of the story : jom guling-guling gelak!!!!!



22 comments:

xiiinam said...

......ckLah sedang berguling-guling....







errr...mana bantal guling aku nih?

AdeLaide NinaSe.. said...

ooo... sweet memory...

Tijah said...

kehkehkehhhhhhh!!!

tang menggolakkan org ni mmg tijah cukop goma....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kocik hati atuk tu kang kak pah oiii,apo lah akak ni....kang dia mogok baru haru biru akak oii....

ku tak sempurna said...

keh keh keh...

berguling2 dr bukit...


keh keh keh..

aku dpt bygkan atuk mengelap cermin kereta smbl memandu..

keh keh keh...




moralnya : kereta tua manyak ong!!! :D

Ms.Lilies said...

sentimental value tuuuuuuu wakakakaka

ashley said...

"Oh kau golakkan aku ye Tipah.." Majuk atuk bawa diri...
capai dompet terus beli Porshe..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Porshe mainan untuk Faris!

Tirana said...

Al kisahnya...tapi dapat juga atuk merasa pandu kereta sendiri walaupun tak lama..hehehehe..

iina said...

ahaks kak.. kenangan lamo tuh kak.. harus diingat buek ingatan.. skrg nie senang.. tak abis belajar pun dah leh ado keto.. duit pinjaman yg dapek tuh leh guno laei buek boli keto kencill nak2 lak tambah leh boli hp canggih..

keto lamo abah den ado laei kak kg.. abah syg nar nak jual.. tapi elok laei.. nostalgia kak

Insyirah said...

Kehkehkeh... (Saya hanya mampu gelak je)

pssst:Atuk, jangan marah ya. Hehehe.

Kak Nora said...

Steady ye datuk bawa cucu ronda-ronda KL. Tak nak gelak lah, esok-esok, cucu kita gelak kan kita pulak.

kuIna LadyInRed said...

time lap keta cermin dgn tangan sy prnh buat sbb aircon rosak... cermin kelabu...

ima said...

alaa kak pah...ima tak nak gelaklah takut atuk marah!!!hehehe

secangkir madu merah said...

tak mo gelak..kesian kat atok..
-
-
-
atok ku dah tak der...
-
-
nostalgia..

zai said...

Teringat gak zai masa abah mula2 beli keta tahun 1980 an dulu mmg mcm keta mr bean jer..mmg kelakar giler naik keta tu, jalan pun tersemput semput..asyik kentut jer memanjang..sebijik mcm cite kak pah..Bila Viper rosak abah terpaksa lap cermin guna kain tapi banyak berjasa keta tu kat kami sempat lak kami ronda abis satu semenanjung nie kak pah....hehehe..bila dikonang2 mmg boleh pecah perut nie.

kakpah said...

cklah, bantal guling ko dah terguling bawah katil

Adelaide, one of those...

tijah, tak po, mmemang suruh golak pun.

ezza, tauk tu mano borani mogok hik..hik..

kts, gelak.. jangan tak gelak..

kakpah said...

lilies, wakaka.. memang sentimentol.

ashley, hehe.. dia pun nompang tegelak sama. camno tu..

Tirana, memang masa tu atuk baru dapat lesen kah kah..

ina, memang botul tu. budak sekarang ni sonang2 yo dapek keto. tak dapek keto sondiri disapu e keto mak ayah .

insyirah, atuk tak marah. dia gelak tu.

Nora, atuk tu bukan 'atuk' kakpah haha.. tapi atuk kepada cucu kakpah haha..

kuina, hanya dikaulah yang dapat membayangkannya keh..keh..

ima, kau gelak je lah. gelak free ni haha

SMM, hehe.. atok kpah pun dah takde gak.

zai, wa.. ropa2nya ada juga orang yang same stori ye.

Nizam.Ariff said...

Bukan ke VW tu terkenal dengan kegagahannya... mungkin pemilik sebelumnya tak jaga dengan elok kut.

kakngah said...

atuk dapek gepren tak lopeh menayang keto eh tu??

a kl citizen said...

kesian gak kat atuk...

kakpah said...

nizam, kalau dah banyak tangan, camtu lah jadik yer.

kakngah, atuk kawin dongan gepren e tu wakaka..

cikgu, kpah pun kesian gak. tapi lepas atuk jual kreta tu atuk kawin dengan gefren dia dan pegi obersi lagi.

nurdaniella said...

salam kak pah.. hehe.. lawak gak tapi tetiba teringat masa pakai kancil dulu.. kete tu aircond dia ada problem sikit.. tak sejuk langsung.. bila ujan, dah berkabus jer cermin tu.. kena la bukak cermin tu sikit.. tu semua nostalgia yang menyedihkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...