Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 25, 2009

Jom Pokono Joseh Fried Chicken

Dulu aku selalu buat menu masakan untuk dua minggu. Bila habis pusingan, rotate balik atau pun aku buat menu baru. Menu tu aku tampal di dapur biar senang nampak. Bibik pun tak payah nak tanya-tanya harini nak masak apa. Memang praktikal. Kita tak payah terpikir-pikir lagi breakfast nak buat apa, lunch nak buat apa, dinner nak buat apa.

Lama-lama aku dah malas nak buat menu. Bila dah tak ada menu harian, mulalah termenung di depan peti ais. Bila tak ada perancangan, tu yang main lebur dan campak-campak. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang orang yang makan kena telan ajelah apa yang terhidang haha..

Lunch tadi aku buat fried chicken. Aku namakan Joseh fried chicken, ciptaan sendiri. Di bawah ni aku turunkan resepi. Bukan nak tunjuk tapi untuk peringatan diri sendiri yang mudah lupa ini. Anak-anak pun senang nak rujuk nanti. Kalau ada sesiapa perkenan dan nak cuba, buatlah. Gerenti sedap.



Bahan:
Beberapa ketul ayam. ( tadi aku ke tesco. Mula-mula nak beli drumstick tapi tengok macam dah lebam je. Aku beli wings. Adalah dalam 12 ketul)
2 sudu besar dried parsley
1 biji lemon. ( parut kulitnya. Separuh lemon itu diambil airnya)
olive oil dalam dua sudu
chicken stock dalam dua sudu gak. Beli je yang dah siap.
1 sudu kecil lada hitam. Kalau suka pedas, tambahlah sikit lagi.
Sedikit garam. Rasa dulu kemasinan sebab stock tu kadang-kadang dah masin.

Bersihkan ayam, tos kering. Gaulkan kesemua bahan di atas. Seelok-eloknya marinate semalaman. Tapi masak ni kan satu eksperimen. Kita yang buat dia, kan. Oleh sebab tak ada masa nak marinate sampai satu malam (weh.. besok pagi pulak baru boleh makan!!!), aku masukkan dalam periuk kesemua bahan di atas dan masak atas api sehingga bahan meresap dalam daging. Jangan tambah air tau. Ayam tu sendiri dah berair. Api tu pun kenalah perlahan je.

Bila dah empuk, angkat ayam. INGAT air dalam periuk tu jangan dibuang. Kang ada tangan yang kena ketuk kang. Sementara menunggu ayam tu agak sejuk, sediakan tepung penyalut ayam. Sonang yo. Ambil tepung gandum, campur black pepper, garam dan dua tiga sudu tepung goreng ayam rangup. Gaul. Ambil ayam tadi, golek-golekkan dalam tepung, ketuk-ketuk sikit excess tepung tu sebelum dimasukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Goreng sehingga sedap mata memandang.

Bila ada ayam goreng mesti ada sos pulak. Untuk sos, panaskan butter agak-agak dalam 4 sudu besar lah. Bila panas, masukkan tepung gandum dalam 4 sudu gak. Agak-agaklah. Kacau hingga nampak berbuih-buih sikit. Lepas tu masukkan air ayam tadi. Kacau terus sebab kalau tak kacau nanti sos tu bergentel-gentel. Kalau air tak cukup dan nampak sos tu masih pekat, tambahlah air. Siap.

Joseh fried chicken tu aku judukan dengan mash potato, garlic bread, sayur sikit dan mushroom soup. Sodap tau. Buleh bukak restoren ni.


Tak lama lagi masuk ramadhan. Aku dah nak kena sediakan menu sebulan untuk ramadhan. Nanti senang tak payah pening-pening kepala apa nak masak untuk berbuka. Untuk sahur, goreng-goreng je cukup.

Yati Sarip. Kau jadi silent reader aku kan. Kau buatlah ayam goreng ni.

21 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

pulak datang nya joseh tu kak oii..

kalau tak ado yang bising bising tanyo nasik tak de ker, rasa nya hari hari masak cam ni..sonang kan..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

camno boleh tertinggal ayat 'mano'ni..aiseymen....

xiiinam said...

Kenduri kahwin anak kakPah sok, aku nak cari lauk ni. Tak kira. Nak jugakkk!!!

secangkir madu merah said...

kakpah..., sedap nampak, mcam senang jer.. bebudak suka ni tapi macam tak kenyang jer..klu ku buat mau sorang 3-4 ketol ni..

senang eh kakpah buat jadual menu tu, hari ni masak apa, esok masak apa, teringin gak nak buat cam tu tapi takot last2 jadual yg ada tak diikut main bedal jer apa yg ada kat dalam fridge..

a kl citizen said...

best kalau pandai dan rajin memasak...

saya ni bab ni sangat lah kurangnya

Nizam.Ariff said...

Wuiyoooo....Ada asparagus...!!!

Camne nak kasi serbuk rempah-ratus elok melekat kat daging ayam, kak?
ni asyik tertinggal dalam minyak je...

kakpah said...

ezza, Joseh tu namo kampung akak kek pilah nun. Kampung Juasseh tapi pelat nogori jadi Joseh .

cklah, hehe.. mintak maap yo. tak tomasuk lam menu.

SMM, bebudak suka makan ni. Nampak je tak cukup. tapi bila ada roti, mash potato dan sup tu.. kenyang je. Kalau nak, taruk le nasi semangkuk kecik. Buat nasi butter.

cikgu, suka memang suka. rajin tu ehm... tengok angin gak.

nizam, yang akak buat tu takde plak tertinggal lam minyak. Serpih sikit-sikit ada la.
Kalau tak pun, kau celup dalam telur yang dah dipukul, pastu gelek dalam tepung. baru goreng.

idyavie said...

ayam oh ayam

ku tak sempurna said...

sompek laie promot tesco tu... mmg kak pah ni duta tesco la... patut dpt komisyen... hihihihi
.
.
.
.
.
.

alahaaaiiii ayam... hurrmmmmmm.. ambik bau je la

ashley said...

macam aku biasa dongar nama Yatie Sarip tu..adik beradik Ramli Sarip kan?

ha ha ha..

DaliaLiyana said...

kak pah ni mmg suka post makanan kan??
dalia ni dah la suka makan..wat terliur je...huhuhu..

Insyirah said...

Jadual menu masakan...haha, idea yg bagus ni. Nanti saya mmg kena buat jadual. Kalau tak, jenuh la saya nak duk termenung depan peti ais memikirkan nak masak apa.

Resepi kakpah ni saya dah kopipes, siap print dan compile semua resepi yg saya kumpul. Preparation. Muehehe.

lupekanje said...

garang eeeii cikgu yg ngajar masak ni...
kpah.. lenkali klu masak JFC ni, tipon acik ajak makan sama okeh...!!

Yunus Badawi said...

Bila sebut makan pun ada menu teringat masa emak Adam masuk hospital masa bersalin dulu. Tiap2 hari kena tandakan apa nak makan utk keesokaan harinya.

Kalau kakpah JFC ni kat pasar malam mesti org berbaris nak beli.

chekdenoor said...

Wah ...satu habit yang baik...sipa buat menu dan tampal kat dapur ...... chekdee kena ikut contoh baik ni...... thanks ya

kakpah said...

idyavie, nanti buat ikan pulak hehe..

kts, tu la pasal. penat promot tapi tak gak dapat spesel diskaun.

ayam lari tengok kau ke, kau lari tengok ayam...

ashley, aku rasa mak lain bapak lain kot..

dalia, seminggu sekali mesti cerita pasal makan hehe..

kakpah said...

insyirah, bagus kalau dari sekarang dah buat persiapan. Buat lah menu tu. bagus. penuhkan peti ais untuk seminggu mengikut menu yang ada. insayaAllah mudah..

acik, jadi cikgu masak kono garang sobab ramai bona anak murid yang memain. JFC? haha.. nantilah kito piknik kakpah buek untuk acik. Mano nak piknik cik. kek topi tasek putrajaya ko.

YB, kakpah tengah pikir ni kat mana nak bukak gerai keh..keh.

chekdee, cubalah. Kalau dipikir baik, tak rugi mencuba kan?

yati shariff said...

fuhh! sodap gilo Joseh FC....kalah KFC.mau sampai menjilat jari kaki nie.resepi sotong sumbat x do ko?

AZANI said...

kakpah:minggu depan saya singgah BBB, cari kakpah berdasarkan lamat tadika,tak tahan telan air lior aje.bolekan kakpah?sms no tel kak pada saya 0127329560

kakpah said...

Yati, wah.. kau dah bukak blog. pandai pun. tak payah aku ajo lagi.
aku dah masuk blog ekau tapi aku tak leh tinggal komen lah pakai kotak komen ekau tu. Tuka ar yang macam aku punya ni.

Azani, ko nak masukkan anak ke aulad ke wakaka..

haslina said...

ibundo - nampak sedap. mesti rasanya sedap.
caya copy resepi nie.
terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...