Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 6, 2009

REZKI JANGAN DITOLAK

Salam.

Siang tadi balik kampung sebab ada urusan. Sambil-sambil tu sempat juga mengemas rumah kampung yang dah tak macam rumah yang ada penghuni. Ada sepupu aku, seorang duda, yang sanggup menjadi penunggu rumah itu. Alhamdulillah. Tetapi paham-paham saja lah kalau seorang yang bernama lelaki mendiami sebuah rumah. Ingat boleh kemas macam orang perempuan boleh kemas ke.

Sebelum balik dah roger dulu dengan Aman sepupu aku ni. Suruh dia pungut durian dan kait rambutan. Bila balik tengok ada buah kundang tengah masak. Mintak tolong dia kaitkan jugak. Dapatlah sikit sebab buahnya dah tinggi.


Buah kundang ni yang muda sedap dimakan begitu saja ataupun dibuat sambal gesek ikan bilis. Emak aku dulu suka buat jeruk kundang muda. Lepastu jeruk ni buat air asam. Caranya hiris bawang merah dan cili api, campurkan dengan jeruk. Makan dengan nasi dan tentulah ada lauk lain. Takkan makan nasi dengan jeruk je.


Masa kecil dulu aku dan kengkawan duduk bawah pokok kundang siap dengan satu bekas kicap campur gula pasir dan cili api. Sedap wo makan kundang cecah dengan kicap tu.



Balik tadi aku tengok di dapur ada satu balang tempoyak. Ros cakap cikgu hidayah bagi. Aku sms hidayah ucap terima kasih sebab bagi aku tempoyak. Dia cakap tempoyak tu dari cekgooden. Terima kasih la cekgooden. Kakpah memain je haritu kata nak tempoyak. Terima kasih daun keladi ye. Acik!! kau jangan jeles ha. Tempoyak memang feveret aku.


Errrr.... tempoyak boleh buat masker tak. Kalau tak pun buat lulur.

27 comments:

secangkir madu merah said...

adoi! kak pah terliur ku tengok buah kundang mu itu, dijerukkan lagi pergh..mak mentua lalu kat belakng sure tak nampak punyerlah..
ooiiii ada tempoyok lagi.. sedap gilers.. kat ner nak dapat tempoyak ek? tadi beli lagi doreyan, rumah ku memang hantu.. hantu doreyan hehehe.. sebiji ku cuba peram utk jadikan tempoyok, jadi ke tak? tunggu...

AZANI said...

kakpah:sebenarnya tempoyak ni pun my favourite.

Tijah said...

fuyooo sebalang tuuu kak oiii...sey semlm dapat seplastik kecik jer kat pasar tani paroi. 2 hengget

DaliaLiyana said...

tempoyak?? dalia tak makan..tp durian makan...hehhe..mama dalia kalau makan tempoyak dah berpinggan tak pasan lagi ..wakakaka..

Ms.Lilies said...

Kundang itu buat kecur liurla.....si tempoyak jua sama...errrr kak,kita sedara kan

kakpah said...

SMM, buah kundang dapat sikit je. kalau tak boleh pos ke PJ. Eh. duduk pj ye.

azani, kalau kena gaya, sedap. Kakpah selalu gaul dengan cili api je.

tijah, humangai mahal e. Baik kau bolei duyan selonggok sepuluh hingget. Peh tu buek tempoyak. Bobalang-balang ko dapek.

Dalia, rugilah ko tak makan tempoyak dalia oi..

Lilies, ko memang sedara kpah. meh sini aku bagi ko sikit.

kayteeze said...

Ooo...sekarang ni memang musim buah kundang. Selalu nampak dijual di gerai2 tu. Cuma Tie kurang gemar, hi hi..

Kat sini dah 2 bekas Tie buat tempoyak. Suami dan anak2 suka makan.. Buat lulur ?? Err...kak Pah cuba dulu, ya...hi hi...

Insyirah said...

Tempoyak!! Gulpppp...

Dulu saya tak pandai makan tempoyak, skrg dah pandai dah. Kehkehkeh..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Auntie terjumpa tempoyak kat pasar malam belakang rumah. Selalunya si penjual tu jual berbagai kueh talam, tapi last week terselit pulak tempoyak, so, Auntie beli le...dua RM je, sekotak plastik kecil tu....Penjual tu kata ada kastemer dia cakap, goreng ikan bilis garing-garing, kemudian boh tempoyak...sedap katanya...he!...he! idak le pernah Auntie try lagi...

lupekanje said...

akak terai dulu pakai masker / lulur tempoyak. Pehtu hasilnya kakpah habaq kat kami kat blog ni yek...lembut kah kulit nanti??

umi_e said...

kakpah... kecur saya dibuatnya tau... nak buah kundang tu sikit :P

kakngah said...

osah boto la kakpah ni.. pepagi buek kocor liur yo.. kundang mudo gulai mo ikan parang.. mak ai sodap tak ingek... ado lak ikan masin. mai sepiok...

julietchun said...

kundang jeruk mmg sedap.amboi cikgooden takkan kat kakpah je, kami pun nak jugak,huhu.

Mas said...

Kakpah......tempoyak tu favourite saya taww. Saya suka masak dengan pucuk ubi dan segala daun2 herba serta santan, sambil tu letakkan sedikit petai.Heheh tingat lagi kawan serumah masa belajar dulu gelakkan saya cam org kampung masak daun2 tu...sekali tu bila taim makan...dia yang bersila dulu siap ratah2 lagi.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah,

sedap nya kak pah......tang buah kundang dan derian tu...tapi saya ni dah ada lesen kat sepital..makan banyak banyak kang kena lesen kena gantung kat wad!

Mak Su said...

whoaa.... terbayang2 masamnya, kecur liur. fuhhh, cicah kicap campo lado api kan

chekdenoor said...

Buah kundang ......bestnyer....lama takmakan buah tu.....cam terasa masam dah air liur chekdee

Kak Nora said...

Pah,
Ada jiran akak, makan nasi dengan cencaluk semata....buka selera. Tapi saya suka warna biji buah kundang, purple.

kakpah said...

tie, kena cuba dulu. cicah kicap+gula+cili api. berdengung telinga.
nak buat lulur gak tapi takut lain plak yang jadik hehe..

syirah, kena belajar tu. budu ngan cencaluk gak mesti cuba.

yan,boleh buat eksperimen masak tempoyak ni. Sume sedap.

acik, takuuuttt... kono hurung kek somut.

umi, dah habis...

kakngah, ekau yang buek akak kocur air liur ni ha..

juliet, haha.. jangan kutuk cikgooden tu dah kebetulan ukm tu duduk sebelah dengan bbbangi. tapi kalau nak sikit, meh sini.. sikit je tau.

Mas, tu masakan kegemaran kpah tu. kitorang panggil sambal daun kayu. memang tak nampak orang dah kalau makan lauk tu. ratah pun sodappp.

ezza, tapi makan sikit sikit takpe kan za.

maksu, pergh... sodap maksu.

chekdee, kat pasar malam ada jual. tapi tak sume orang suka buah ni.

kakpah said...

tie, kena cuba dulu. cicah kicap+gula+cili api. berdengung telinga.
nak buat lulur gak tapi takut lain plak yang jadik hehe..

syirah, kena belajar tu. budu ngan cencaluk gak mesti cuba.

yan,boleh buat eksperimen masak tempoyak ni. Sume sedap.

acik, takuuuttt... kono hurung kek somut.

umi, dah habis...

kakngah, ekau yang buek akak kocur air liur ni ha..

juliet, haha.. jangan kutuk cikgooden tu dah kebetulan ukm tu duduk sebelah dengan bbbangi. tapi kalau nak sikit, meh sini.. sikit je tau.

Mas, tu masakan kegemaran kpah tu. kitorang panggil sambal daun kayu. memang tak nampak orang dah kalau makan lauk tu. ratah pun sodappp.

ezza, tapi makan sikit sikit takpe kan za.

maksu, pergh... sodap maksu.

chekdee, kat pasar malam ada jual. tapi tak sume orang suka buah ni.

a kl citizen said...

k.pah... betul la rezeki bagus nih...
masker tempoyak? ...mmm, takut melekat baunya seminggu tak hilang..

xiiinam said...

"Kak Pahhhhhhhhhhh..."
Kataku sambil mengelap air liur yang meleleh....

kakpah said...

cikgu, memang rezki bagus. bau seminggu memang tak hilang hehe.

cklahhhhhhhhhhhhhhhhh... kataku sambil meneguk air liur yang nak meleleh.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

memain jer....?

zai said...

Alahai kakpah, nasib saya tak mengandung, terliur gila dah nie..dah ler zai mmg hantu asam..susahla nak dapatkan buah kundang sekarang ni..

Webmaster said...

Kak Pah,
Nak tempoyak sekilo. Nak wat masker =))

kakpah said...

cikgooden, memain tu maknanya kalau tak bagi pun kpah tak menangis. kalau bagi alhamdulillah, cukup stok untuk dua bulan tu ngeh..ngeh.. Tenkiu. tahun depan boleh le kpah mintak memain lagi kan? Errr... free ke tu nak kena bayor.

zai, kalau kat pasar malam kat tempat kpah ni selalu je ada. tambah lagi dalam musim buahan ni.

webmaster, hahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...