Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 10, 2009

Semut Terpijak Tidak Mati, Gajah Diarung Bergelimpangan



Semut adalah haiwan kecil yang nampak lemah jika dibandingkan kita manusia. Ia akan mati penyek sekiranya kita pijak. Dan dia juga boleh mati sehingga mengeluarkan isi perut sekiranya kita memicitnya dengan dua jari sahaja.


Namun semut mampu memberi pengajaran kepada kita manusia. Hanya kita sahaja tidak nampak akan kelebihan yang ada pada semut ini.


Semut, akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan. Ia mungkin merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh. Namun dia akan bangun lagi dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pohon itu. Walaupun jatuh berkali-kali dan berulang-ulang, ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari.


Jika seekor semut menemui sepotong daging atau kaki belalang, namun ia tidak kuat membawanya sendiri, maka ia akan pulang ke sarang dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemui tersebut. Semut memiliki sifat kesungguhan dan kesabaran luar biasa. Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk laluan oleh sekumpulan semut, maka mereka akan berhenti, namun tidak akan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha melalui celah-celah yang ada di kanan kiri batu atau mencari jalan alternatif lain yang menuju ke arah destinasi mereka. Mereka tidak mengenal kata mundur dan kembali.

Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan, ia tidak pernah memiliki rasa bosan dan putus asa. Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pelajaran dan tauladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah dan bosan.


p/s Sesiapa yang tidak tahu makna perumpamaan di atas, silalah cari maknanya ye...


23 comments:

Tijah said...

saya semut merah. nampak tidak merbahaya tapi kuat menggigit. hikhik

Tijah said...

ehhh! kita fes la...

lalalaa...

Tijah said...

3rd juger...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

masa kecik suka tengok semut ni,,macam you cakap lah dia tak pernah kenal erti putus asa...tapi kalau dah kena gigit...ambil spray sombur kat dia....
Tijah...weii...ekau ni sampai no tigo kau ngecop..tak aci lah macam ni......cikguuuu tengok la budak tijah ni....

kakngah said...

kaki sesomut, apo ubek eh???

ASH said...

Semut terpijak tak mati..sebab nya dia kecik dan banyak pulak tu. kalau mati sekor pun ,ada lagi dan lagi dan lagi dan lagi..kira cam tahan lasak aaaaa..

kalau gajah..tergolek sekor, riuh seMALAYSIA..ha ha ha maknanya orang besor besor atau yang berbadan besor mudah terpeleot!
ha ha ha..
amacam aku punya explanation

Mak Su said...

bagi insan yang hendak mengenal penciptanya sebenar-benarnya, semut pun boleh dijadikan perumpamaan, tq kakpah

julietchun said...

kalo semut yg bau busuk masuk dlm balang gula sgtlah susah nak halau. Kalo semut yg itam tu senang plak yer.

aza ni said...

lawanya gaya kakpah berjalan, teratur,sopan,berseni,rapat dan kemas,tak berbunyi,kemas, mantap,penuh kewanitaan.

betul ka?

secangkir madu merah said...

kakpah, semut pijak memang tak mati, sebab tu lah muka dia sardin jer bila kita pijak2 dia...hehehehe...

iina said...

setuju tuh kak.. banyk binatang sekelilig kita kalau kita perhatikan ada maksud yg tersirat.. seperti lebah.. labah-labah.. kucing.. ayam itik.. hehhehe.. tetibo yo den tingat ayam kg kek umah omak kek jelebu.. dulu kalau agak2 nak poei berjln yo.. dah org tua tuh bising takdo sapo nak bg ayam dio makan ;)

arsaili said...

salam...yea saya memang kagum akan semut..masa kecik..semua ada serangga idola saya ..ahahah

Nizam.Ariff said...

ada sekali tu aku beli air dari vending machine, campur sekali semut 2-3 ekor. Aku dah teragak-agak nak buang tapi ada brader sorang tu kata ' semut bukannya najis...' aku pun minum je.

umi_e said...

salam kak pah...

* ada orang kata saya ni cam semut tapi bukan sebab gigih cam semut tu TAPI sebab kalau jalan2 mesti berhenti jap (kalau perhatikan semut kan camtu... jalan2 pastu bertembung dgn kawan akan berhenti jap pastu sambung jalan dan berhenti lagi)hehehehe saya cam semut :P

KTS said...

alamak.. klu baca entri kakpah awal2, tentu aku dah cilok, buat tambah kat entri aku.. hehehe..

.
.
.
.
.

semut ipoh.. semut api.. semut merah.. semut mayat.. semut apa lagi ek .. :D

ibundo said...

tijah, ada semut yang memang kuat menggigit. jago-jago kau

tijah, ek ele....

ezza, semut ni memang suka cari makan. kat dapur selalu berkeliaran. mana tahan beb.. kena sembur jugaklah dengan sheltox jawabnya.

kakngah, kaki sosomut ubek e poi shoping. hilanglah de.

ashley, hahaha... togolak bosa den. Sipi sipi pun takdak.

maksu, sebenarnya benda di kelilling kita ni banyak yang boleh kita jadikan panduan dan iktibar. Kita je yang tak nampak.

juliet, aku sungguh tak suka kalau semut masuk dalam gula. Pegilah cari makan kat luar nun, kan? Takde sapa yang nak kacau. Ni kang, dalam air kosong pun dia nak masuk.

ibundo said...

azani, bolehlah dapat markah 7/10. Kpah ni kedekut sikit bagi markah hehe..

SMM Kalau pijak tak mati, cuba guna penyembur. Gerenti mati punya hehe

Kpah cito pasal somut apasal takdo hangin ribut kau ingat kek ayam.

arsaili, dah habis cuti? kecik2 dulu ada bela kerengga tak.

nizam, kenapa buang. Telan je. Boleh buang toksik dalam badan kau tu.

umie, gaya jalan macam umi tu macam gaya orang menyoping je. Jalan2 berenti haha...

KTS, kau pun cerita pasal semut ke. Ada lagi semut: semut rambutan, semut durian, semut manggis hehe..

lupekanje said...

moral of the story;
hati2 jgn minum air yg ado bangkai somut..
nnt pelupoo...

tpi minum air dalam simingpul tk po..lobih dri 2 kolah...hehhe..

ibundo said...

acik, bangun pagi ni tak larat nak buek breakfast. Sakit anggota seluruh badan. Poi boli roti canai yo wakaka...

Hjh Noralenna Abbas said...

Teringat lagu ini, Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas....

zai said...

salam kak pah,
Semut ni adalah contoh terbaik utk umat manusia terutama umat Islam..kalau seekor yg nak menyerang mmg boleh dilawan, tapi kalau semuanya bersatu..seekor gajahpun boleh tumbang hanya kerana seekor semut ni..itulah perumpamaannya utk umat islam zaman sekarang ni

Guru said...

kalau terpijak memang tak mati... tapi sengaja pijak memang akan mati lah sang semut

ibundo said...

zai, memang baik untuk dibuat contoh. tapi kalau semut ni banyak sangat mengganggu kita kat dapur, kita naik hangen gak hehe..

cikgu, hehe kalau kat luar tu biarlah dia nak hidup. kita pun taknak kacau dia kan. tapi kalau dia kacau kita? keh..keh..keluar gak tanduk kita ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...