Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, August 12, 2009

BAJU RAYA DAH BELI KE BELUM!!!!


Bila dengar ada Mega Sale, maka berbondonglah orang pergi. Barisan depan semestinya perempuan. Dan perempuan. Dan perempuan. Dan perempuan perempuan perempuan lagi. Baru lelaki. Itupun sebab menemankan isteri atau menemankan makwe.

Memang orang perempuan ini suka membeli belah. Sebab orang perempuan ini sudah diajar sejak azali lagi supaya pergi membeli belah. Okay, lauk pauk yang nak dimasak siapa yang beli? Perempuan. Barang-barang dapur yang lain seangkatan dengan masak memasak siapa yang beli? Perempuan. Kebanyakan orang lelaki tak masuk campur dengan hal-hal membeli barang dapur. Kalau masuk campur pun, hanya sekali sekala.

Oleh kerana sudah terbiasa dengan membeli belah, bila ada sale apatah lagi yang mega-mega maka dengan sendirinya tanpa paksaan perempuan-perempuan akan berbondong-bondong menuju ke tempat itu. Yang masih bujang, mahu belajar-belajar. Nanti bila sudah kahwin, senang. Dah ada pengalaman. Tidaklah kekok bila suami menyuruh membeli barang dapur. Yang sudah bergelar isteri juga, memanglah dituntut berhias-hias untuk suami. Takkanlah nak pakai baju itu itu dan itu juga. Nanti kalau orang lain perasan, suami juga yang malu. (kik..kik..)
Malulah bila orang cakap, bini kau takde baju lain ke nak pakai.

Bukan baju saja yang nak dibeli. Henbeg pun murah-murah bila ada sale. Dah beli baju mesti kena beli henbeg pula. Dah beli henbeg, kena beli kasut yang matching pula. Baru nampak cantik.

Tapi aku kesian jugaklah tengok si suami yang menemankan isteri membeli belah ni. Tau-tau je lah perempuan ni kalau menyoping. Belek belek, letak. Belek belek, letak. Habis satu lantai dia pusing. Kemudian dia balik semula di tempat mula-mula dia belek tadi. Suami kejap kejap tengok jam. Kejap kejap tengok jam. Ada yang dah tersandar tepi tiang ataupun terduduk atas kerusi (itupun kalau bernasib baik ada kerusi) sambil kepala dah terlentok-lentok mengantuk sebab menunggu isteri membelek tak sudah-sudah.



Kadang-kadang yang dibeli tu sampai tak cukup tangan nak pegang sebab terlalu banyak. Masa itulah tangan extra yang lagi dua tu sangat berguna.
'Bang pegang yang ini bang. Yang ringan ni biar ayang yang bawak"

Ada pula yang dah keliling satu kompleks tapi satu pun tak perkenan.
'Mana barang yang ayang beli?'
'Tak de yang pekenan'
'Ek ele.. berejam-rejam belek sana sini satu pun tak de? '
'Kita pegi kat seberang tu pulak bang!!'

Nasib baiklah suami tu penyabar orangnya. Kalau tak gerenti kena sedas dua.


.
.
.
.


Moral of the story:
Tak payahlah berbondong-bondong pergi mega sale ke apa sale ke. Takde mana nya sale. Dia naikkan harga 60 persen, lepas tu dia potong 50persen. Percayalah. Mana ada kedai nak rugi.
Lagipun, elakkan tempat orang ramai. Kuman berkeliaran tu.....
Raya ni apa kata pakai je baju yang dah sedia ada tu hik...hik...hik...


25 comments:

Insyirah said...

Owh....selamat saya dah shopping semua. Malas nak bersesak dgn orang ramai masa bulan puasa nanti. Better prepare awal.

mama kiter said...

ooo kakpah oii..kito dah tak buek laie dah shoping shoping ghayo ni ha..anak anak kito dah bosar panjang..kito suruh poie sendiri yoo..tak koso kito nak ngeko anak anak kito shoping.

Dah sonjo sonjo ni ha..maleh dah buek kojo tuu..maso mudo dulu, iyolah, satu bangunan kito pusing, dari pagi sampai malam pun kito sanggup..nijam dah tak koso dah..baik kita rehat kek umah..buleh yo siapkan tompahan orang. Masuk gak poket kito sengget duo..

Tijah said...

takott eh nak keluar tem musim penyakit nih. pakai yo la baju taun lopeh...kok muek laie la. hehe

lupekanje said...

acik da siap da baju rayer...
ye lerr...tawon lepasnya lom pakei habih lagik....hehhe..

kpah...balik smlm teruih acik tombanggg...uwaaaaaaaaaaaaaa...konyannnnnnng.
mekasih kak... acik berutang lagiiikk!!

ashley said...

Kakpah,
hmmm....
apasal aku tengok kat negara Arab diorang tak kecoh sangat sambut 1st SYAWAL ni?

Yang diorang meriahkan ialah sepanjang RAMADHAN..

kenapa ek?

ashley said...

Psstt.
anak sapa kakpah cekup jadi model HEADER kali ni?

kakpah said...

insyirah, selamatlah ko. Kpah ni sibuk sampai terlupa belum nyoping lagi hehe.. Pakai je la apa yang ada.

mamakiter, tu la, dulu dah pueh turun naik keluar masuk shoping kompleks ni cari baju raya bebudak. Bulan Rejab laie dah pogi. Osah ponek e. Skang ni macam ekau gaklah. Anak dah pandai carik sondiri. Bagi jo lah duit.

Tijah, kok longgar ado maap e lai jah. Kok morokah..... haha..

Acik, samo-samolah kito momakai balik baju rayo taun lopeh kehkeh

ashley, dorang tu lebih mengambil fadhilat ramadhan. Habis puasa sebulan dengan amal yang dibuat dah kira satu kemenangan besar. Tak payah sambut syawal ni besar2. Kita ni lebih nak kadha' balik tak makan sebulan tu kik..kik..

ashley, hehe.. budak centre.

xiiinam said...

kakPah...





Maafkan jika ku tak sempurna. Doakan daku -9 pagi 13 Ogos...

Hamirdin b Ithnin said...

hik hik hik tu apa puan?

kakngah said...

sy pun plan nk pakai yo bj yg sedio ado tu.. asek lemari yo yg pakai...

julietchun said...

beli yg ready made saje sepasang, malas nak bersesak. Kekdg barang yg sale tu macam barang lama,kekdg yg takde size,buat sakit hati je.

chekdenoor said...

Alahai kak pah ....masyarakat malaysia ni memang pelik banyak..... puasa belum lagi... kebanyakkan kita dah fikir raya .....waduuuuuh..... termasuklah chekdeee

Di indonesia...mereka kurang lagu raya...... yang banyaknya ialah lagu puasa .....

Ms.Lilies said...

sale...sale jugak...tapi poket takkan memanjang sale kan kak ahaha

tasikmerah said...

aku kan kak... tak de baju raya pun rilek2 je... ha ha.



.

Kak Nora said...

Pah,
Pergi pasar, cik abang saya, kalau beli lauk kat kedai (bila malas masak) ,pun abang saya...ikut selera dia...saya ikut. Saya pula time shopping. Tapi shopping orang pencen ni macam air lalu aje, touch n go. Raya nak juga pakai yang baru, yang lama pakai juga tapi design dah out of date!Don't trust sales!

Tirana said...

Saya paling tak suka pergi shopping time sale ni sbb ramai sangat orang..nak melangkah pun susah..

iina said...

den tak ponah shopping baju rayo kak.. den tempah terus ikut saiz den.. lagik sonang.. tau2 yo dah siap hehehehe.. shopping boleh kak.. tapi kenalah berhemah.. mesti dah target apo nak boli.. jumpo berkenan yo terus beli tak yah fikir2.. den shopping gitu.. berkenan yo n murah den trus beli takdo fikir2.. lgik pun den jenis survey awal2 lagik.. maso poei boli tuh dah ada rate harga dlm kepala.. agak2 harga tuh ok.. den boli yo.. sini ari2 org shopping kak.. sale manjang yo bertahun2.. tapii.. harga mmg murah giler.. kalau dah kata 70% tuh mmg betul ler 70%.. tak beli.. melepas ler..

Thn nie den pakai baju raya bertahun2 lepas.. heheheh..

kakpah said...

cklah, kakpah doakan cklah shat.

hamirdin, hik..hik..

kakngah, elok bona la tu.

juliet, ready made tak yah nak pike2 cari tukang jahit lak kan..

chekdee, tau tak per. Mula satu puasa je dah pasang melalak2 lagu raya. Alahai....

lilies, sesekali memang patut jugaklah terjah. kita ni kan memang suka menyoping. Cuma berpada-pada jelah kan?

tasik, ko bolehlah rilek. Anak nak pakai baju baru tu... hehe

kakpah said...

Kak Nora, untung dapat abang yang mahu pegi kedai beli barang dapur. Kpah ni kalau yang dekat2 sini kpah lah. Tapi dia rajin jugak hantar kpah pergi pasar borong dan ke tesco.

Tirana, betul tu. Kita shoping nak relek2. Bila berpusu2, kepala pening.

ina, shoping ni sodap cumo jangan lupo diri dahlah kan. kakpah ni dulu2 memang hantu shoping. Target nak boli satu barang tapi bilo sampai situ dah jadik tigo ompek barang plak. Skang ni dah jarang dah.
kek sanun corelle murah tak...

Nizam.Ariff said...

Aku pakai je baju tahun lepas... kalau dah kene geget lipas, aku pakai je baju T Pagoda...

Monkey D Luffy said...

malangnya sang suami

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Bila sebut pasal sale-sale ni, Auntie ni dah tak boleh nak diambil kira. Auntie ni langsung tak teruja dengan kempen-kempen ni.
Kalau ada duit, sale ke tak sale ke, Auntie beli saja apa yang berkenan dan sesuai pulak dengan bugget.
Baju Raya hanya untuk anak-anak saja, setiap kali raya, Auntie pakai saja apa yang ada, kalau kebetulan ada baju baru pakai le, kalau tidak...yang sedia ada tak jadi masalah.Tahun ni pun rasanya, pakai apa yang ada saja.Nak matching-matching?? hemmmm...kalau kebetulan matching, matching le...he!...he!...sempoi je Auntie ni... :-)

ku tak sempurna said...

aku gi shopping sehari nak raya... masa tu seronok... kl dah lengang... takyah nak berebut dgn org...

tapi masalah besarnya............ klu cari kasut, saiz dah tak ada.. klu cari baju, tinggal baju yg dah tak nmpk rupa... lunyai... tak muat plak tu.. very2 the...

hihihihi... moral of the story, aku suka mkn biskut raya..... sedaaaapppnya..
hihihi

kakpah said...

nizam, haha.. kelakau nye.

kapten, mintak2 ko tak jadi macam tu

Yan, time kita dah over. Ni time anak2 le nak pakai cantik2. Memang betul, takyah tunggu nak raya atau sale baru beli baju. Bila dah lunyai je beli.

kts, haha boleh bayangkan macamana ko pakai baju kurung saiz xxl. Hilang terus ko dalam baju tu.
Biskut raya murah2 kan time mlm raya. Ko bolehlah beli. Orang yang tinggal nun kat kampung nun, tak dapat le nak merasa kuih lelong....

iina said...

kak corelle dah naik harga.. tak byk design ler kak sebab us punya.. kalau uk punya cam royal2 albert doulton ahh lain ler ;) tapi harap tggu sale jelah kalau nak beli.. takde sale.. tak beli kak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...