Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, August 14, 2009

COLORING CONTEST

Beberapa minggu lepas seorang adik dari UKM menghubungi aku berkenaan peraduan mewarna antara tadika sempena pesta konvo. Aku memberi kata setuju tetapi menghadkan peserta seramai 30 orang sahaja kerana hati sebenarnya penuh kerisauan dengan H1N1. Aku memilih anak-anak dari Center sahaja. Senang nak urus.

Zarwati memilih beberapa murid dan menghubungi ibu bapa meminta persetujuan. Kami nyatakan syarat yang anak-anak mesti dipakaikan mask. Tak boleh tidak.

Semalam, Khamis 13 Ogos bas dari UKM datang menjemput kami tepat jam 8.15 pagi. Anak-anak memang sangat teruja. Maklumlah, kanak-kanak. Mereka tidak berapa tahu yang dunia sekarang sedang resah dengan serangan wabak yang tidak tahu dimana penghujungnya. Di dalam bas mereka bising bertanya 'jauh ke ummu', 'bila nak sampai ummu', 'kenapa kita pakai tutup hidung'. Macam-macam.


Dipendekkan cerita, peraduan bermula jam 10.30 pagi. Anak-anak sudah mula resah sebab lama menunggu. Untuk menhilangkan boring, penganjur memberi belon dan membuat sedikit game.







Peraduan ini ditaja oleh A&W. Kertas lukisan untuk diwarnakan juga disediakan oleh mereka. Foto di bawah, anak-anak sudah bersiap sedia untuk mewarnakan lukisan. Ada beberapa ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.


Selesai melukis, anak-anak dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pihak penaja, A&W.
'Kata ada badut, ummu'

Aku nak cakap apa. Dia orang janji ada badut A&W. Tapi sampai sudah makan, hidung badut pun tak nampak. ( Tahun lalu A&W bagi burger. Tahun ni bagi nugget je?)



Keputusan peraduan:

Ada tiga hadiah utama, nombor satu, dua, tiga. Ada lapan hadiah saguhati.
Anak-anak Aulad mendapat empat hadiah saguhati dan dua hadiah utama.




Aisyah mendapat tempat kedua.

Anis mendapat tempat pertama.

Alhamdulillah. Perhatikan: anak-anak ini dah tak ada mask lagi. Haih... masing-masing mengeluh panas dan rimas. Macamana tak panas, aktiviti dibuat di dataran gemilang. Duduk di bawah kemah yang tak ada kipas. Cuma harapkan angin yang bertiup. Malangnya angin tak bertiup langsung.


11 comments:

Siti @ nurie said...

budak2 kak...sekejap je ikut kata pun...siti tak sabr nak tunggu si mia tu pnadai clor..mesti syok..dah plan nak laminate lg dia punye lukisan or cloring dia..he he he

chekdenoor said...

Tahniah untuk anak-anak tadika kak pah ...... wah semua anak-anak dah memakai topeng ...purdah puteh....heheheheheh

A&W tu nak jimat koslah tu.......uiksss...tak ada orang nak jadi badut kot.......

tasikmerah said...

tahniah.. tahniah..

:)

lupekanje said...

sian taw bebudak tuhh..nayer...panas2 ni bahaya duk tempat open cenggitu...

Insyirah said...

Tahniah kepada anak-anak aulad :)

Kesian budak-budak tu, sampai ada yg dah buka tudung. Panas sgt la tu.

Tijah said...

kok acik tijah yg kaler misti dapek bolot sumo hadiah tu. huhuhu

ku tak sempurna said...

ekonomi meleset kak pah...
sponsor nugget pun kira ok dah bg dorang..

hehehe...

badut tu takut H1N1 kot... tu yg tak dtg :D

iina said...

den pun teragak tadi musti tak lamo diorg pakai mask hehehe nama pun bebudak mano kiro kak.. jadiklah kak nugget.. agaknya diorg nak tukar2 menu kot ;)

kakpah said...

Siti, Haah.. nama pun budak. Mia tu tak lama lagi pandai la tu.

chekdee, pakai topeng tu kat muka kejap je. pastu heboh nak tanggal. nak wat camno.

tasik, tenkiu..tenkiu..

acik, cikgu yang bawak ni pun ha bopoluh kotiak.

Insyirah, mau tak nye...

acik tijah, abih lah moraung budak2..

kts, budak2 pun tak de yang komplen. Dorang tibai je...

ina, hehe.. dapat nuget pun alhamdulilah. apa lagi tengah panas dan lapar.

a kl citizen said...

tak lapar ke bebudak tu makan nugget je?

Monkey D Luffy said...

bijak2 budak2 aulad yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...