Sehari yang memenatkan. Pagi lagi aku sudah keluar rumah untuk melontar jamrah, tawaf dan sai. Tetapi hanya di masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.
Pagi ke tengahari mata masih lagi segar bugar. Tambahan pula bila di bawa berjalan keliling mesjid melakukan praktikal mengerjakan haji. Bila kursus disambung semula setelah selesai solat zohor, penyakit mengantuk mula menyerang. Tambahan pula perut sudah penuh diisi dengan sajian makan tengahari yang disediakan pihak mesjid. Kepala sudah terhoyong hayang.
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap ke depan, sekejap tersentap ke belakang.
"Nanti di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi setiap selepas solat fardhu selalunya ada solat jenazah.................. " Ustaz Solihin berkata nyaring melalui mikrofonnya. Terkejut aku. Hilang rasa mengantuk. Tapi hanya sebentar. Sayup sayup aku mendengar ustaz meneruskan ceramahnya tentang solat jenazah.
"Solat jenazah ada rukuk tak?" Katanya nyaring. Aku terkejut lagi.
Ramai menjawab "tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"Solat jenazah ada sujud tak?" Nyaring suaranya sama seperti tadi. Aku sudah betul-betul terjaga.
Ramai menjawab 'tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"Tapi tuan2 puan2, ya Allah.......... di Sabak Bernam ada imam sujud sembayangi jenazah" katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Kedengaran suara sok sek sok sek.
"La.. takkan imam pun tak tau..."
"Ikut ajaran apa pulak tu.."
"Mana boleh.."
"Guna mazhab lain ke.."
.
.
.
"Betul ke ustaz" Ada suara bertanya.
"Ya, betul" Jawab ustaz Solihin dalam telo jawanya.
Dia menyambung lagi, " Memang betullah. Dah imam itu namanya SUJUD hahaha..... " Ustaz ketawa. Kami pun ketawa berdekah-dekah juga. Aku ketawa sampai keluar air mata. Hilang terus rasa mengantuk.
Besok ada kursus satu hari lagi. Kalau tak sempat melawat ke rumah kawan dan meninggalkan komen, mintak maap le ye...
16 comments:
wooo..kusus aji ropernyer...
bukan kpah dan pogi naek aji ko seblm nih???
hehe.. kan buleh pogi lobeh drpd sokali..
alhamdulillah dpt menjadi tetamu Allah...
Salam Kak Pah,
Kursus Haji rupanya dia.Seronoknya...dah pergi, dapat pergi lagi, Auntie ni, asyik menabung..sayangnya tak penuh-penuh!
tenyeh mata ngan minyak cap kapak tu betul2 sok,hehehehe.
Salam Pah,
Kah,kah,kah baca lawak Ustaz Solihin. Good, effective teacher buat hilang ngantuk murid-muridnya!!
Salam, semoga beroleh haji mabrur - insyaAllah - sangat2 seronok kan dapat pegi ke sana! tak ingat keje2 kat sini....(
( saya ke sana tahun 1999 )
Uwaaaaa........
Kelakor betul lawak ustaz tu... buat suspen je...
tak lama lagi boleh la jd tetamu allh yer.. tentu tak sabar kan...
Adehh...ustaz tu buat lawak suspen je. Hehe.
Seronoknya dapat tunaikan haji. Moga dapat haji yang mabrur, insyaALLAH.
oh kursus haji rupanya.. alhamdulilah.. semoga mendapat haji yg mabrur ya kak pah
bahagianya jadi kak pah berpeluang beribadah kat Mekah banyak kali..
tolong doakan zai sama yer masa kat sana nanti..
bahagianya jadi kak pah berpeluang beribadah kat Mekah banyak kali..
tolong doakan zai sama yer masa kat sana nanti..
kakpah,
ustaz kat masjid Hasanah tu tak strict sangat dak?
sebab tengok yang pakai "ihram" tu masih boleh pakai kemeja walaupun dalam latihan ni..
setengah ustaz, dalam latihan pun dia suruh tanggal segala dah..PAKAI IHRAM dua keping jer.
buat cam real!
cerita ustaz tu...
ada yang still MEMAKAI UNDERWEAR bila dah dalam IHRAM waktu real sebab waktu latihan dia terbiasa tak lucutkan..
elok jer dia pakai seluor dalam masa DALAM IHRAM kat Mekah..
hah..wat to do?
Selamat menunaikan haji yo kak.. insyallah selamat pergi dan balik nanti..
salam. Kepada semua yang singgah dan meninggalkan jejak di sini terima kasih le bebanyak. Maap le tak balas komen satu-satu.
Kursus intensif dah habis. tapi ada lagi sampai hari ahad ni untuk group lain. kalau kami nak join lagi pun boleh.
Kursus perdana nanti akan menyusul bulan sepuluh.
Thanks u ols.
Post a Comment