Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, August 3, 2009

Penyakit Orang Tua

Tadi usai solat subuh aku lihat abah memegang lututnya sambil terkial-kial bangun.

'kenapa bah'

'sakit plak lutut abah ni ha bilo nak bangun"


Sakit lutut sering dikaitkan dengan penyakit orang tua. Badan sudah dipakai lama dan minyak pelincir sudah habis tempoh. Banyak kali aku melihat perempuan berbadan besar yang terpaksa meletakkan tapak tangan di atas sejadah, menonggekkan punggung dan perlahan-lahan menaikkan badan sambil tangan mencari-cari badan saudara mara di sebelah untuk dijadikan pautan. Pemandangan seperti itu meruntun rasa simpati.


Semalam aku menghadiri majlis qeqah anak cucu jiran sebelah. Perempuan yang hadir kebanyakannya makcik-makcik bloggers (sila abaikan) seperti aku. Duduk bersimpuh di atas karpet empuk belum menjanjikan duduk yang selesa. Sambil membaca yasin dan tahlil, aku jeling-jeling yang lain-lain juga sama seperti aku. Kejap-kejap bersimpuh ke kiri. Kejap-kejap bersimpuh ke kanan. Kejap-kejap bersila. Ada yang aku nampak dah berlunjur terus.

Janganlah aku kena sakit lutut ni. Susah aku nak naik tangga.

20 comments:

Anonymous said...

Tie pun ada juga sakit2 lutut tu, kira dah tua la ni....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya pun macam tu jugak Kak pah...kadang kadang terfikir jugak dalam kepala saya ni..apa kata kalau kita ubah cara marhaban atau bacaan Yassin atahlil ni..kita duduk atas kerusi dan meja..kesian tgk orang pompuan ni....

pB said...

syukur sebab setakat ni , mak kat umah tu tak pernah komplen lututnya sakit ....

sonata anak kancil said...

kenapa sakit? biasanya kita ni rasa kita boleh bekerja sepanjang masa...kita tak perasan umur kita dah makin meningkat...tapi keje kita macam umur muda2,kita kuat semangat, kita kuat keje, kadang2 tanpa rehat ( sama la jugak saya ni -kdg2 gitu lah,keje tak ingat awak dah tua!)....macam kete jugak - badan kita kena sentiasa di maintain servis....

lupekanje said...

lutut acik helok lagi kak...badan yo longuh2...

Insyirah said...

Bila umur dah meningkat, then sakit-sakit sendi, sakit tulang, sakit lutut dan bagai...adakah ia juga dipengaruhi oleh cara pemakanan dan kehidupan kita semasa muda-muda belia?

Anonymous said...

bila usia dah meningkat sakit lutut ni sering menyerang wanita...bila berat badan dah naik risau sgt...takut diserang penyakit lutut...

macam kak pah citer tulah,gi majlis yasin sekejap ke kiri sekejap kekanan...hehehe malu betul...tp sib baik ramai yg macam tu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Pah,
Cadangan Ezzah boleh dicuba, pecah tradisi. Ada juga kumpulan makcik2 ni (termasuk akak) cari dinding atau tiang, nak bersandar. Akak pada majlis tempoh hari, siap sandar dan kejap2 lunjur kaki (tapi tak duduk dalam kumpulan)

julietchun said...

skang ni org muda pun dah mengeluh kalo naik tangga & buat keje berat sikit. betul jugak cadangan supaya majlis tu kita bagi kerusi untuk duduk, rasanya masih sopan lagi sebab kesian tgk kat makcik2 yg terpaksa mengetuk2 lutut.

Nizam.Ariff said...

lutut tampung beban badan. Dia pun tau mogok agaknya...

zai said...

Salam Kak Pah..

Selalunya mak zai cakap org yg suka sakit lutut dan sendi2 nie sbb suka sangat amalkan makan dan minum benda2 yg sejuk dan suka mandi lepas maghrib..tak pasti sejauh mana tapi mmg ada kebenarannya tu..

ASH said...

kakpah,
paling tak tahan..kalau yang acik badan sedap sedap ni solat jemaah sebelah kita. waktu tahhiyyat akhir, dia duduk dan hempap jari kaki kita.
hadoooooiiii..rasa nak jerit kesakitan!!
dia tak leh nak ubah ubah dah kedudukan sebab lutut, badan dan bontot semuanya macam susah nak bertindakbalas!
kesian kan?

Tijah said...

tu pasal budak2 tesco ghoma kulu kilir pakai roller blade skang kak. nak elak'an sakit lutut la tu...

Ms.Lilies said...

sakit lutut??
sejak saya telan anlene tiada lg masalah huhu...

Mak dulu sakit lutut bagai nak rak juga...tapi lepas kami cdgkan minum anlene skrg sdh gagah sangat la pula ekekeke

ibundo said...

tie, ish.. tie muda lagi..

ezza, betullah. kena duduk atas kerusi. kalau tuan rumah tak sediakan, kita bawak kerusi dari rumah keh keh..

pB, alhamdulillah. Payayh nak jumpa orang berumur yang tak mengadu sakit lutut.

sonata, badan dah tua tapi hati masih lagi macam orang muda2. Kerja tak berhengat. Hmm.. betullah cakap sonata tu.

ibundo said...

acik, badan longoh-longoh tu nak kono pogi spa bia de longgar sogalo yang tension hehe.. Meh lah sini spa samo dak ros ko siti ko.

insyirah, pemakanan memainkan peranan gak. Orang duludulu kuat mungkin sebab makan pucuk PAKU, belimbing BESI dan segala macam sayuran yang takde bahan racun.

Ima, jaga-jaga makan dan berat badan. Mungkin ini boleh melambatkan sakit lutut. InsyaAllah kakpah belum lagi. cuma cepat lenguh2.
Ima dah buat piza telur ye. Sedap menjilat jari?

kakNora, haha.. tang cari dinding tu macam kena kat batang hidung kakpah je.

ibundo said...

juliet, ko muda-muda mana boleh tak tahan naik tangga. Tu eksesais tu hehe..

nizam, orang yang kurus cekeding pun ada gak yang mengeluh...

zai, mak kakpah pun ada cakap macam tu. dia selalu marah kalau minum ais selalu. Dia kata tak elok untuk badan. mandi malam2 pun tak dibaginya.

ashley, aiyooo... yang itu kalau kena kaki kita memang takleh nak wat apa dah.

tijah, budak2 tu kok tosungko bukan setakat sakit lutut lagi dah. Tak bolutut lagi ado...


lilies, weh, benarkah... nanti akan ku sajes pada makcik2 yang sakit lutut ni.

Tirana said...

Kakpah....dah tua tentulah sakit sana sini..takkan dapat mengelak cuma kita harap, sakit kita tu takkan sampai menyusahkan anak-anak nanti...

iina said...

Kak sakit lutut suh atok beuk lif lak kak.. sonang yo nnti tekan butang yo.. idak pun pakai kusi yang leh naik tangga tuh.. kek sini ado jual..

yolah kak.. den pun kalau duk lelamo kaki mulolah kebas.. nak2 laei kojo duk mmg ngadap komputer yo.. buek kojo buek software n system baru nie(bkn blog tau kak).. kono yo duduk bersilo mmg sakit kaki lah kak

lupekanje said...

spa ngan ros n siti?? uwaaaaaaaaaaaaahh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...