Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 18, 2009

BERULANG LAGI?



Masa anak-anak aku kecil dulu aku jarang bawa mereka berjalan ke rumah orang. Hari raya pun kami jarang bertandang ke rumah kawan, melainkan rumah saudara mara yang rapat. Maklumlah, anak ramai. Umur mereka ada yang jarak setahun, ada yang jarak setahun setengah, ada yang jarak dua tahun. Kalau disusun sebaris, mereka ni macam anak tangga. Lapan mata anak tangga.


Kalau ke rumah orang, anak aku tak tahu duduk diam. Sana cuit. Sini cuit. Sana angkat. Sini angkat. Tuan rumah nak berbual dengan kami pun tak senang hati sebab mata asek perhatikan gelagat anak aku. Kami pun nak berbual tak senang hati sebab mata asek perhatikan gelagat anak dan mulut asek cakap jangan usik itu, jangan usik ini. Kami ni dapat minum habis secawan, ajak anak-anak balik. Lama-lama nanti ada pulak perhiasan orang yang entah-dibeli-di luar-negara ke pecah.


Rumah aku tak pernah berhias. Macam tongkang pecah. Letak alas meja, kejap dah bersepah atas lantai. Letak vas bunga, sekejap berdentum pecah berderai. Letak meja separa bulat tepi dinding untuk letak telefon, bila ada yang mengamuk, prangg.. meja tu terbalik. Kerusi meja makan aku tak taulah entah berapa kali tukar. Kejap-kejap patah kaki.


Bila yang kecil-kecil dah bersekolah, barulah aku bernapas. Sedikit-sedikit aku mula aplikasikan minat aku yang memang suka menghias rumah. Meja aku sudah mula beralas dan alas itu tetap melekat di atas meja. Begitu juga dengan hiasan-hiasan lain. Tidak ada siapa lagi yang mahu mengusiknya. Kalau begitu aku letak, begitulah dia kalau aku tidak mengalihnya. Dan tidak ada juga lagi pasu pecah, kaki kerusi yang patah, meja yang terbalik.




Pagi tadi, kebetulan kakngah balik kerja awal sebab tidak sehat. Sekejap selepas kakngah balik, kawan dia datang dengan membawa anak kecil berumur lebih kurang dua tahun lebih. Semasa aku berada di ruang makan, aku kedengaran almari aku kelempeng kelempung dibuka ditutup. Siput-siput yang aku beli di jakarta kelengkang kelengkung dibuat main. Aku berdehem-dehem. Diam sekejap. Aku diam. Kelempang kelempung, kelengkang kelengkung lagi. Aku berdehem lagi.


Emak dia senyap saja. Sebab dia tak dengar. Emaknya sama macam kakngah, cacat pendengaran dan mereka berbual dalam senyap. Cuma tangan saja yang berjalan.


Lama-lama aku penat berdehem. Aku naik atas dan buat-buat tak tahu saja.
.
.
.
.
.
.
.


Otak aku menjangkau ke masa akan datang. Semasa Faris berumur satu tahun lebih........





27 comments:

Tijah said...

hahaha. lenkali ko layan la budak tu kak. bawak ke dapo konon2 nak bagi sumijeli. lopeh tu kau piat la sikit. hikhik

Ms.Lilies said...

ada yg pecah kak?? hihihi

ada budak dtg rumah begitula...ada sekali buat majlis..brg mainan anak2 saya sepah dr bilik bawak sampai ke depan pintu nak kuar umah...mak bapak tak kisah je...terus balik...nasib la saya jenis berat mulut nak menegur...

mimieloma said...

memang lah kak pah........sepatut nye ibu bapa die dh warning siap2 dari umah klu g umah orng jgn usik brng orng nti pecah kena ganti.........

ini tak derang diam wat bodoh je........saya tk bg can kak kekadang saya bersuare gak dpn mak bapak derang klu dh terlampau sngt.

mmng lah bdak2 tp klu dari kecik kite tak ajar nti sampai pergi umah orng nk selongkar......

betul tak kak pah......panjang lebau pulak ye......hehehe

ASH said...

he he he..
Dilema kan?

antara nak JAGA hubungan dengan MATERIAL...
atau
nak JAGA hubungan sesama MANUSIA..

Kadang kadang lebih senang menyelenggarakan rumah yang TIDAK ADA barang perhiasan..

Nak kemas pun senang..
Orang datang bawa anak satu batallion pun tak yah nak susah hati.

macamanoooo???

Kapten Luffy said...

sabar aja ler

lupekanje said...

hahaha...sib mak dia tk dengar..tpi misti dia dpt baca riak muka kpah..
acik tk baper nak ingat la masa bebudk ni kekecik...yg pastinya, diorg tk macam acik yg suka nyelongkar umah org masa kekecik..hehhe

Bahkan, acik boleh borak/sembang dgn tenang klu bawak diorg gi gathering ngan geng2 internet....baekkannn anak2 acik..... !! Sebab acik dah warning tahap tentera Rusia...kalo bising2...buat hal..., ummi belasah balik umah kang.!!hahah

ibundo said...

tijah, kalau akak buek camtu dah lamo dah tadika akak tutup kehkeh..

lilies, ada la benda yang dah tertanggal. hikhik... pasni nak kena gam balik dengan glue gun.

mimieloma, akak ni main hep..hep.. je. Teringat anak2 akak masa kecik dulu yang tak akan saman, takde la nak marah.

ashley, kau memang memahami sebab gerabak kau lebih kurang gerabak aku gak. Tapi nanti anak-anak dah besar, mesti kau ada perasaan gak nak rasa rumah kemas dan cantik.

kapten, memang le aku sabau. Kalau tak sabau dah kena piat dah..hehe

acik, tak. emak dia tak nampak riak muka akak sebab akak menyuruk balik tiang keh..keh..
Umpan anak dia ke meja makan bagi keropok tapi tak jalan gak.

Normi Hj Mat Yusof said...

gitulah ameen skrg...huhuhu. umminya yang dok berlari kejar ke sana ke mari....

tapi,yg saya pelik anak-anak ayah ma sy(adik beradik sy le tu)takde pulak mcm tu....anak-anak laki pun baik je kalu g rumah org.org lain pun pelik...tanya apa petua.

tapi,bila dpt cucu baru tekanan perasaan ayah saya.hehehe
ni nak raya siap le ayah sy 18 org cucu nak balik kampung.hero2 + heroin same je. ma saya cool je.

Insyirah said...

Nanti esok cucu-cucu kakpah dah bertambah, rumah kakpah dah kena kembali kepada asal macam dulu...dah tak boleh nak berhias-hias sgt. Nanti semua bersepah dan pecah berderai. Nak repair semula pakai glue gun pun dah tak jalan. Hehehe.

ibundo said...

nomi, alhamdulillah kalau anak2 jenis ikut kata. tapi kalau dapat yang hyperaktif (kakpah ada 3 orang), mak datuk ai.. semput..

insyirah, hehe... kena bagi warning awal2.

julietchun said...

mak cakap kitaorang adik beradik tem kecik2 dulu buleh dibawak bejalan ke rumah org sbb penakut, tapi cucu2 dia sangat lain,semua nak dipegang, agaknya kenapa ye,hehehe.

kuIna said...

mak dia buat bodo.. ceh..boleh menaikkan darah klu mcm nie... tak hormat tuan rmh.

Dida... said...

Salam Kak Pah..

Gitulah.. kalau anak orang.. nak tego mmg serba salah.. apa lagi nak cuit...

kalau kami di sini buat gathering makan2... mmg mcm taufan la kalau budak2 ni berkumpul.. berdegang sana.. berdegum sini... selagi belum ada yg cedera.. x senyap.. baru mggu lepas.. sorang anak kawan jatuh tangga pastu terhempap beskal yg dia naik.. abis lebam muka sebelah.. sib baik x kena mata.... kalau tgk mak bapa diaorang tego anak.. alahai.. lembut benar... anak pun apa lagi.. makin naik tocang la.. geraam je saya tengok.. pakkal je anak orang.. hihi..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak
bila akak cerita pasal anak ni..
sama lah dengan saya kak...anak ramai..susun paku kata arwah mak...macam macam perangai tapi anak saya ni pulak kalau ke rumah orang mereka diam saja..tak da lah aggresif tapi kalau kat rumah sendiri..ya rabbi..semua ganas ganas...rumah saya ni ada masa nya macam kapal karam..kemas depan dapor berserak...dalam bilik jangan cakap ler..ada jer projek mereka...dinding rumah tak payah la nak chat...macam2 kaler ada..sedara mara selalu ingat saya ni malas nak berkemas rumah..saya diam jer..kadang2 nangis jugak bila ada perli2 tapi nasib baik la suami saya kata tak apa, budak2 ni kreatif kata nya...tapi sekarang ni dah ok lah....cuma pintu bilik tengah ni saya tak tukar lagi..sebab banyak tulisan arwah masa dia kecik ada kat situ..sayang nak buang....

secangkir madu merah said...

kesian kakpah, anak2 kakpah mesti ikut perangai mcm kakpah masa kecik2 dulu...skrang anak2 dah besar, relax lah sikit eh kakpah tapi tunggu cucu2 pulak, lagi haru kot..

zai said...

Salam Kak Pah..

Bila kak pah bercerita tntg isu anak2 nie..mcm sebijik jer cerita zai...mmg penat sungguh nak melayan kerenah diaorang yg tak pernah duduk diam..

Dulu minat juga nak menghias rumah tapi bila beli bunga hiasan...last2 tinggal batang jer, daun dan bunga entah kemana...kerusi sofa habis berlubang kena toreh dan sebagainya..itu tak termasuk periuk belanga dan pinggan mangkuk yg pecah..

Yang terbaru laptop pulak jadi mangsa..alahai mmg kalau ikut rasa boleh binasa budak2 tu dikerjakan tapi terpaksa juga bersabarkan sbb ingat inilah proses pembelajaran buat diaorang..anak2 lelaki plak zai suka jadi foreman..semua keta mainan ke dan barang2 elektrik akan terburai dibuka oleh diaorang sbb nak tgk apa isi kat dalam, last2 lingkup semenya..adusssssss penat dan pening sementara jadi nak dewasa. agaknya mak2 kita dulu mcm tu jugak kan..?

ibundo said...

juliet, haha.. telobeh zat.

kuina, tu la pasal. takkan tak nampak.

dida, kakpah memang berat mulut kalau nak tegur anak orang bila mak bapak dia ada. kalau anak sendiri memang dah kena kutil.
Budak2 ni kalau dah dapat geng, memang le tak makan saman.

ezza, dah sehat ko.
Pasal dinding tu, haha sobijik lah pengalaman kito. Dari hujung ke pangkal, penuh dengan lukisan. Kadang-kadang macam dorang ni saja nak dengki kat kita plak. dipegangnya pensel, sambil dia berjalan tu, di shretttt... kat tepi dinding.
Dinding2 rumah kpah dah tak larat nak cat, kpah biar je macam tu. lantak lah.
skang dah tak de.

smm, ikut perangai bapak dia. kpah kecik2 dulu baik (hehe)

zai, anak zai kecik2 lagi ye. haha kena banyak besabar. koyak rabak, pecah, patah.. tu dah perkara biasa tu.
nanti lama-lama bila dorang dah besar, dah tak de lagi dah tu sume. Seronok kalau cerita balik perangai dorang masa kecik2.

Guru said...

susah... memang susah nak tegur anak orang

Anonymous said...

pejamkan mata, bayangkan rumah anda ... tanpa anak2 .. suami .... semua perhiasan dalam keadaan yang kemas dan cantik .... suasana sunyi tanpa sesiapa ....

bayangkan lagi kalau keadaan ini berlarutan selamanya....

manakah yang Puan akan pilih ...

salam singgah dr

relaxjom

Anonymous said...

tapi kalau dah dengan anak2 orang ...

payah lah jugak ....

ibundo said...

cikgu, hehe.. tau tak per

Relaxjom, yes.. akak relax. kok tak naik darah tinggi..

ckLah @xiiinam said...

kakPah...
Kalau anak-anak ckLah....
setakat berdehem je tak lut....

Takat mak depa kena menjalar sikit....senyap-senyap piat mana-mana yang tercapai....gehehehe

ckLah @xiiinam said...

Salah eja pagi-pagi ni kakPah

takat= tangan.....

Nizam.Ariff said...

Ikat almari tu pakai tali ropia... macam mak mertua aku buat.

hahaha

chekdenoor said...

Salam kak pah,

Chekdee ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seisi keluarga. Mudah-mudahan puasa kita tahun ini, adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

tasekM said...

patut ko rasuah la sikit budak tu dgn ais kerim ke hape kak... he he.



.

ibundo said...

cklah, tngan kakpah dah puas menjalar dah masa budak2 ni kecik2 dulu hehe

nizam, haha,, sebijik macam aruah mak akak jugak masa akak anak beranak balik kampung.

chekdee, serupa untuk chekdee dan keluarga juga.

tasik, oopps.. aku tersilap bagi rahsuah ke. aku bagi keropok je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...