Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, August 20, 2009

Datangnya Tak Dapat Ditahan



Seorang ibu menghantar sms pagi tadi.

Salam.
HF tak datang ke sekolah.
Kami sekeluarga kena quaratin coz abg long dia +ve H1N1.
Doakan kesihatan kami sekeluarga.
Tq.



Aku selalu berdoa penyakit ini tidak sampai ke sini. Tapi nak buat macamana lagi? Prevention is better than cure. Kami sudah cuba membuat pencegahan.


Anak-anak murid sudah diberitahu supaya memakai topeng tetapi mereka pakai ala-ala gitu saja. Kejap pakai, kejap buka.

Anak-anak murid juga sudah diberitahu supaya membasuh tangan dengan betul. Tiap kali basuh tangan, mereka main air pula.

Ibu bapa sudah diberitahu juga supaya tidak menghantar anak-anak yang demam ke sekolah. Ada yang mendengar kata. Ada yang tetap menghantarnya juga. Alasannya anak tak ada siapa nak jaga.



Kami berdoa HF tidak dijangkiti tetapi menurut cikgunya dalam minggu ni dia selalu tak datang sebab kadang-kadang demam kadang-kadang elok. Aku risau kerana:

HF naik van pergi dan balik.
Posibiliti kawan-kawan yang sama menaiki van dijangkiti memang ada.
Posibiliti pakcik Usop yang bawak van itu dijangkiti juga tetap ada.
Tindakan: Sudah memberitahu ibu bapa kepada anak-anak yang menaiki van ini.

HF mempunyai kawan sekelas seramai 15 orang.
Mereka duduk berdekatan.
Mereka belajar bersama selama 3 jam 15 minit.
Mereka makan bersama semasa rehat.
Tindakan: Sudah memberitahu semua ibu bapa kepada murid sekelas supaya tidak datang ke sekolah besok. Alert ibu bapa ini untuk sebarang kemungkinan.

HF mempunyai guru yang sarat mengandung. Guru ini hanya menunggu masa saja untuk melahirkan bayinya. Dan guru ini ada asma.


Minta-minta semua ini false alarm. Minta-minta HF belum dijangkiti dan tidak menyebarkan virus itu kepada yang lain-lain.


Alhamdulillah besok hari terakhir sekolah. Minggu depan cuti satu minggu. Kami berdoa untuk keluarga ini supaya tabah menghadapi musibah dan cepat sembuh.

.
.
.
.
.
.
.

Kepada semua diucapkan selamat menyambut Ramadhan.

24 comments:

kakngah said...

risau kan kak. virus ni.. bijak btl. senang jangkit & ssh dibendung.

bdk2 mmg payah nk disiplin pakai mask ni. ank sy, sehari jek pakai g sklh. lps tu togel dh. selebihnya dh bahan gaduh berebut adk beradk.

wos said...

isk..
tu yg susah kan kakpah? kalo parents jenis yg lepas tgn.. ambik mudah..
yer la.. kalo dah nk di takdirkan dijangkiti.. mmng la akan kena jugak.. tp kita pon kena ikhtiar gak utk mencegah..
ni la rakyat mesia.. *temasok saya la tu :)*

KTS said...

bahayanya...
semoga HF cepat sembuh dan tak ada yg berjangkit virus ni..

kak pah,
sebenarnya dah ramai yg meninggal sbb virus ni.. yg dilaporkan tu sikit je... takut rakyat panik...

marilah berdoa supaya ngr kita cepat2 aman dr virus ni...



selamat menyambut ramadhan...

Tijah said...

takut kan? tapi masih ado yg dogey tu. tadi sey pi jusco masih ramai yg xnak pakai mask esp budak2 mudo. jatuh saham kateh. poyo amek la...

lupekanje said...

payah nak elak..kuatkan antibodi / daya penahan penyakit dalam diri memasing jerkk...
Pehtu, pasrah...dalam doa.
Moga kita semua dijauhkan dari musibah penyakit ini. Take Care di bulan yang molia...segalanya ujian dari Allah...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya bsru saja baik dari demam ni. teruk kak oii...sakit satu badan...minum air banyak2 dan mkn ubat...doa lah byk2....

umi_e said...

semoga akan dapat dicegah dan akan pulih seperti sedia kala...

ckLah @xiiinam said...

kakPah....
Saya tertengok imej yang ke enam tu....
...terus lupa apa nak tulis...







Anak lelaki saya pun demam ni....bimbang juga. Dah bawa ke hospital tapi dr kata tak perlu jalani saringan sebab suhu tak tinggi. Dapat panadol saja....

mama kiter said...

ooo kak pah oii..rakyat mallaysia ni memang dogel..dapek2 org melayu..payah nak d ajar..osah dogel ehh..

Orang suruh duk umah..nak poie bojalan gak..nak boli gak baju ghayo, poso tak laie, baju ghayo yang di hebohkan.

orag kato kalau ank domam..kurung kek umah..di hanta gak poie skulah..maleh bona jago ank. kut bijak ank tu poie skulah tak po gak lah..kalau dah domam, camno dak tu nak bolaja. tak paham boto lah kito ni kak pah oii.

anak kita 10 hari kito kurung..tak bagi kluar rumah dan skulah. Cikgu pon tak do lak marah do..paham cikgu yang anak anak domam.

kalau poie gak skulah, nyusahkan semuo orang. Dah domam..ngelabah lak tu..sio sio boto lah..

Ms.Lilies said...

harap semuanya baik2 sahaja...

selamat menyambut ramadhan kak :)

ASH said...

SAlam..
hmmmm...ni yang tak sodap dongar nih..
Teringat VIRUS chicken pox hari tuu...
Berebak kat rumah ni..habis semua kena..tolak saya ngan abah dia jer!

Tu pasal abah Huda tak bagi dia pergi.
Biar berkurung jemu bagai nak ghak pun!

Normi Hj Mat Yusof said...

sayabdulu time belaja pakai purdah, rasanya saya perlu kembali berpurdah.ngeri bila ramai ibu2 hamil yang berada dlm risiko tinggi.

Dida... said...

Salam Kak Pah..

Moga HF dan keluarganya tabah menghadapi dugaan Allah ini dan temui jalan terang di penghujung musibah.. di doakan supaya cepat sembuh utk anak kecil itu.. sedih la pulak bila memikirkan ramai mangsa adalah di kalangan kanak2 yg tak berdosa..

Salam ramadhan buat akak sekeluarga...

iina said...

Selamat berpuasa kak.. harap2nya semuanya sihat walafiat dan dijauhi dari bencana ye kak ;)

Insyirah said...

InsyaALLAH semuanya selamat. Kena lebih berhati-hati. Risaunya.

Hjh Noralenna Abbas said...

kakpah,
Cuba ke www.darussyifa.org ada di poskan Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini.

Guru said...

didoakan semua warga aulad dijauhkan dari bala ini... dan semoga Allah melindungi kita semua dengan rahmatNya

ibundo said...

kakngah. Osah botul e. Budak2 tak tau nak risau2 ni. Dorang happy je. Sobab tu suruh pakai mask dibuek e mainan.

ka wos, sepatutnya macam tulah. Mencegah lebih mudah. tapi kalau dah nak selamber dek je.. payah lah.

KTS, aku dengar2 camtu gak. Ramai yang meninggal daripada yang diberitakan.

Tijah, termasuklah anak2 bujang akak ni. Pueh nyuruh pakai mask. Disimpan e dalam poket, ado.

ibundo said...

Acik, akak baco readers digest dia cakap nak kuek antibodi ni makan suplemen bawang putih sobijik sari. Sok nak poi boli lah.

Ezza, dah baik ko skang ni. Betul tu kena banyak doa.

Umi, kita berdoa supaya kembali pulih.

Cklah, hati mak mana yang tak risau. Moga tak apa-apa. Didoakan cepat sembuh.

Mamakiter, osah botul. nak buek camno tu. Skang ni kalau domam apo pun, biala duduk kek rumah sampai sombuh. Cikgu2 pun lagi suko kalau anak yang domam (walaupun tak tontu domam apo) tak datang ko sokolah. Kok bojangkit kan susah.

Lilies, dimintak begitulah. Selamat menyambut ramadhan gak.

Ashley, Biarlah huda duk kat rumah je dulu sementara benda ni reda. Anak ko ramai.

ibundo said...

Normi, hati2 dan jaga kesihatan. jangan lupa tutup hidung dan mulut.

Dida, ya, semuga mereka cepat sembuh.

ina, selamat menyambut ramadhan. Mudah2an.

Insyirah, hanya padaNya kita meminta pertolongan.

KakNora, insyaAllah nanti kia pergi tengok

cikgu, terima kasih atas doa.

secangkir madu merah said...

kakpah, semoga HF cepat sembuh dan harap2 tiada kejadian yg tidak diingin berlaku..
minta dijauhkan penyakit berjangkit itu menular terus...
-
-
salam ramadhan utk kakpah sefamili..

Azita Zain said...

moga anak2, guru2, kakitangan & wargakerja yg berkaitan dgn tadika kakpah akan dilindungi oelhNya...

Yunus Badawi said...

Semoga semuanya selamat.

Selamat menyambut ramadan.

ibundo said...

SMM, semuga dijauhkan daripada yang tidak dikehendaki

Azita, ameen.

YB, Ameen. Selamat menyambut ramadhan gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...