Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, August 23, 2009

SEHARI BERLALU

Masa berbuka adalah masa yang meriah di rumahku. Apa tidaknya, semua anak-anak ada. Yang duduk di asrama pun seboleh-bolehnya pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

Semalam, pada hari pertama puasa, semua anak-anakku yang empat lelaki empat perempuan, ada di rumah. Meja makan yang menempatkan lapan kerusi tidak mencukupi. Terpaksa pasang satu meja extra. Meja lipat je yang boleh dialih ubah.

"Mak masak apa harini"
"Tengok menu"
"Mak masak apa harini" datang lagi seorang bertanya.
"Tengok menu"
.
.
"Wah.. nasi ayam hainan"

Aku masak nasi ayam penuh satu periuk. Ayam dua ekor. Dua ekor? Banyak tu. Memanglah banyak sebab orang yang nak makan ramai. Anak-anak, termasuk mak bapak, termasuk abah, termasuk bibik dua orang, dah 13 orang. Menantu semalam tak ada. Kalau semua ada, 14 orang. Tu Faris belum besar lagi tu.

Masing-masing dah cop kerusi. Kerusi aku, kerusi atuk dan kerusi abah, diorang dah tahu kat mana. Tak siapa berani duduk. Dan tempat duduk ni akan kekallah sampai habis puasa nanti.

Nasi ayam habis. Ayam ada tinggal sikit. Puding yang aku buat juga habis. Begitulah. Masa berbuka puasa adalah masa untuk kami semua berkumpul makan. Pada hari-hari biasa, jarang kami dapat berkumpul di meja makan seperti itu. Sebab ada yang nak makan dulu. Ada yang nak makan kemudian. Ada yang tak ada di rumah. Sebab itu semasa berbuka aku akan pastikan aku menyediakan menu yang sedap.


Pernah tak anda 'termakan' pada bulan puasa. Masa kecil dulu kita bukan saja 'termakan' dan 'terminum' tetapi saja-saja makan dan minum.

Ada beberapa kali semasa puasa sunat (puasa ramadhan jarang orang 'termakan' sebab "semua" umat Islam berpuasa) aku terlupa yang aku sedang berpuasa. Banyak kali jugalah terminum dan termakan. Tapi cepat-cepat meluahkannya semula sebaik teringat.

Suami aku pernah keluar makan roti canai pada waktu rehatnya. Siap minum teh tarik lagi secawan. Tak sedar lagi tu yang dia sedang berpuasa sunat. Dah balik opis, kelepak kelepuk baru dia teringat yang dia puasa. Dah rezki nak makan. Maka berpuasalah dia pada hari itu dengan perut yang kenyang.

.
.
.
Menu aku hari ini: Sotong sumbat, salad mayo kentang-sosej, sambal telur puyuh. Kuih? nak buat kueh kolopung. Itu kata orang kampung aku. Orang kampung korang kata kueh buah melaka.

19 comments:

lupekanje said...

huwaaaaaaaaaaahh..arini nak gi buka poser kat umah kak pah laaaahh...
siler standby kan kosi sebijik lagi...heheh..

acik termakan tu tk ingat la kak pah..tpi klu paksa diri makan tu ada lah...hahaha..
pristiwa tu baru lagik berlaku. acik kenkononnya poser sunat. tapi tak makan sahur..telajak. Tk smpai tghari, ada org tayang2kan nasik lemak belen mesyuarat yg tk de saper nak makan...pehtu ada org ingatkan, petang nnt nak gi umah bos, menolong dia nak kenduri.. err..ada alasan kukuh ekk...
maka acik terima lah twrn nasik lomak tu dgn berat ati... *kenkonon
kehkehkeh...
sonot nya buka poser reramai..

Tirana said...

Meriahnya rumah kakpah..Rumah saya ada 6 orang aje...huhuhu... Bila ramai yang nak makan, seronok la nak masak yang special kan? Saya masak macam biasa aje..tak adelah beria sangat..kuih muih tak buat, kalau terasa nak makan beli aje tapi so far belum beli lagi. Suami dan anak-anak saya ni tak berapa suka kuih muih.

ckLah @xiiinam said...

Salam kakPah;
Gembira mendengar cerita keluarga kakPah, suami dan anak-anak.......
Alhamdulillah dan tahniah kepada kakPah dan suami kerana mempunyai keluarga yang besar dan aman damai.....semoga ikatan kebahagiaan ini akan berkekalan sampai bila-bila...

Hjh Noralenna Abbas said...

Seronoknya makan ramai-ramai. Gembira anak-anak dapat emak yang pandai masak. Suami pun sayang dapat isteri pandai masak. Bibik pun suka boleh belajar masak dari bos yang pakar masak.

ibundo said...

acik, mehlah sini datang berbuka. bulan poser ni memang slalu kawan2 anak datang buke. masing2 dah booking dulu hari apa, hari apa. Mehlah.
Cik, tak senonoh la kau cik membatalkan pose. dah tengahari plak tu. (he.. kapah ada gak buat camtu)

Tirana, macam tu lah. Time dekat-dekat nak buka tu lagi bising.

cklah, tenkiu. Semoga cklah pun begitu juga.

kaknora, dulu-dulu masa anak kecik memang kakpah main belasah je masak ni sebab tak pandai masak. Lama-lama timbul lak kesedaran nak belajar dan menerai. Alhamdulillah bibik pun dah boleh buat rendang kalau kakpah suruh.

cikMilah said...

Kita balik kampung nak buka posa kat umah MIL, tapi MIL ada kat umah kak ipar. So dua keluarga berkumpul, tolak meja makan ketepi, hidang kenduri-style.. makan bersila...

ibundo said...

cikmilah. tu lagi best. Mesti riuh rendah.

Anonymous said...

Seronoknya masak dan makan ramai2 ni...

Mesti meriah time berbuka dan bersahur...

kakngah said...

kak.. org kmpg sy pun pggl kuih kelopong. arwah mak dulu.. mmg menu wajip kueh ni bln poso.

thn dopan siap ar... faris yg dok mengecoh time buko.. hahhaha!!

eer.. menu salad mayo kontang sosej tu.. cam menarik yo munyik eh.. nant bg resepi yo.. buleh buek menu buko sok g lak..

secangkir madu merah said...

alhamdulillah, seronok ye kakpah berbuka ramai2 cam tu..
time berbuka ni lah dapat berkumpul sekluarga makan sama2.
first day semalam memang seronok dirumah mak, semua adik beradik anak2 buah ada, mcm kenduri, makan bersila kat bawah...

wah menu berbuka hari ni sedap, reserve 4 kerusi eh...

Insyirah said...

Bestnya family kakpah. Makan sedap-sedap pula tu. Yang paling bestnya berbuka ramai-ramai. Meriah. Suka dgn family yg happening dan meriah. Best...best.. :)

Yunus Badawi said...

seronok kalau masak habis dimakan ahli keluarga. Tambahan kakpah pandai masak.
Hari2 masak pun tak rasa penatkan?

cikmanggis said...

salam kakpah..selamat berpuasa...teringin nak makan buah melaka..esok nak kena buat ni

Nizam.Ariff said...

Aku rasa macam nak ambik Kakpah jadi kakak angkat la sepanjang bulan puasa ni... Nasib baik rumah kita jauh, kalau tak, hari hari nak lepak kat situ... hahaha

Guru said...

tiap-tiap hari, kendurilah rumah kak pah ni...best

chekdenoor said...

Salam kak pah,

Tugasan berat para issteri dan ibu dibulan ramadhan ini ialah menyediakan menu berbuka puasa dan menu bersahur ....tapi ganjarannya juga hebat....besar pahalanya jika kita ikhlas.

ibundo said...

tie, memang meriah tie oi.. hehe

kakngah, kek kampung ado gulo anau. kek sini ado gulo apo ntah. tak sodap boto buek kolopung ni.
Nak resepi? somalam lupo nak amek gambar. Sok sok lah yo.

SMM, dah reserve dah. apasal tak datang.

insyirah, nanti ko buat famili ramai-ramai cam kakpah ni.

YB, penat memang penat YB oi tapi buat-buat tak penat je hehe..

cik manggis, musim manggis dah habis ek.

nizam, haha nak tegelak aku. Seb baik rumah kau jauh. Kok tak hari-hari ngendeng.

cikgu, haah kenduri.

chekdee, itulah yang kita cari kan? Mudah2an...

ASH said...

Dah baik demam ke kakPah?
Baru 3 hari posa, takkan demam dah kuttt..
smile.

Unknown said...

huhu, cerita kak pah ni mengimbas kenangan tul, family saya pun macam tu, seronok bila dapat kumpul ramai2 dan makan bersama masakan mak yang urmm..sedap..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...