Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, August 16, 2009

SELERA KASIH

Masak-masak time.

Resepi kita hari ini Tahu Sumbat Selera Kasih (erkk... jangan ada yang tersedak air liur)

Akak ni suami isteri memang suka makan tahu. So, kenalah pelbagaikan rasa kan. Takkanlah nak goreng atau makan tahu tu tergolek-golek macam tu je. Mestilah dikreatifkan sikit supaya tekak sentiasa bersedia untuk menelannya.


Rupa memang tak cantik tapi rasa gerenti mengancam. Sapa-sapa yang rasa nak mencuba tu, ambillah resepi di bawah. Insyirah, kau kena kumpul resepi banyak-banyak. Yati S, kau pun suka kumpul resepi aku kan!

Bahan:
Tahu beberapa keping. Akak buat tiga keping je.
Seketul dada ayam. Kalau buat tahu banyak, lebihkanlah ayam ni. Daging dipotong halus.
Daun sup dan daun bawang sikit. Hiris halus.
Sedikit carrot. Potong halus.
Garam secukup rasa.
Bawang merah sebijik cukup.
Telur sebiji


Mula-mula keluarkan isi tahu seperti gambar di atas. Hancurkan isi tahu itu.

Campurkan isi tahu bersama dengan ayam cincang, carrot, daun sup dan garam. Kalau nak taruk lada hitam pun boleh. Kemudian panaskan sesudu minyak. Nak sedap guna minyak zaitun. Tumis bawang dan masukkan bahan tadi. Masak hingga agak-agak ayam tu dah masak . Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul rata.


Kemudian sumbatkan dalam tahu yang sudah terlopong tadi. Jadi macam ni.


Tahu ni boleh digoreng macam tu saja ataupun dicelup dalam bancuhan tepung. Akak celup sebab rasa dia lagi kow. Untuk bancuhan tepung ni, masukkan dua tiga sudu tepung gandum dalam mangkuk, sebiji telur dan sesudu kecil serbuk stok ayam. Gaul. Kemudian panaskanlah minyak dalam kuali tak melekat. Celupkan tahu yang sudah disumbat tadi kedalam tepung dan goreng.


Tahu sumbat selera kasih ini sedap dimakan panas-panas cicah sos cili. Boleh dimakan bersama nasi. Akak suka makan begitu saja bersama brown sos sambil gigit cili api. Pergh... sodap.




19 comments:

xiiinam said...

Salam...
Terima kasih atas kiriman doa kakPah...


CkLah sudah selamat menjalani operasi...sedang bersiap siaga menanti Ramadhan al Mubarak

kakpah said...

Cklah, alhamdulillah selamat dan sehat. Kita berselisih kot. kakpah baru balik dari rumah cklah.

xiiinam said...

Ha..ah. Patutlah tadi nampak macam seorang wanita anggun berselisih bahu dengan ckLah...nak tegur takut salah orang.





kakPah....
ckLah pernah merajuk dengan makcik kantin sebab tak tinggalkan tauhu sumbat ukt ckLah....naaaaaaaaaaaaaak!!!

Insyirah said...

Orait kakpah. Dah kopipes resepi ni kat word, then save kat laptop and thumbdrive. Thank you. Hehehe.

Nampak macam senang nak buat tahu sumbat ni.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Akak
saya pernah buat tahu sumbat camni, tapi tak pornah buek brown sos....napo tak tulis skali?

secangkir madu merah said...

sedapnya tauhu sumbat itu..
bukak puasa nanti boleh buat lah..
timakasih kakpah share resepi tauhu sumbat selera kasih supaya kita berkasih kasih selalu...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Cam sonang yo nak buek, tapi kalau k.pah buatkan siap2 pas tu hidangkan lak atas meja masa bukak puasa nanti, lagi.......sodap.

AZANI said...

ini yang buat kita geram ni...nanti kita calling kakpah...kembung perut telan air lior...

umi_e said...

saya suka tauhu! tapi anak2 dan suami tak suka...

tasikmerah said...

kakpah nampak sedap betol tu... harus ku cuba.



.

Kak Nora said...

Memang kreatif. Will give it a try. TQ.

mimie loma said...

hush kak pah..sodaaaaap nengok tahu sumbat tu.....eden rase tertelan air liur ni kot....hehehe

Dah lah sumbat dgn isi ayam pulok tu.......makan satu msti dh ghaso cam puas gitu kan.........

Nak wat ni ......sonang yo nengok resepi tu hah....

mama_sal said...

kecur airlior saya..k pah ni mmg betol2 menggoda tuk menggemokkan badan ku he3

kak wos said...

lagi sodap kalo kakpah hantar teros ke umah saya..
ahahaks!!

Nizam.Ariff said...

Kami tak ramai. Nak buat pun alang-alang. Aku beli je kat depan sana tu, kat makcik Bakso.

Tapi, memang sedap...

Yunus Badawi said...

Berapa kali dah saya sarankan kalau kakpah buat tu biarlah lebih sikit. Nanti saya boleh singgah nak tumpang makan hehehe

kakpah said...

cklah, tahu sumbat isi tauge dan timun pun sedap. cicah dengan kuah cili. Patutlah cklah merajuk ngan makcik tu hehe..

inyirah, hehe.. jgan copy je tapi tak buat.

ezza, sos? hah lupo plak. nanti bilo sonang kpah bagi resepi.

SMM memang digalakkan bekasih sayang hehe

kakpah said...

Yati S, Ooo.. sonang lah kojo kalau camtu kan? Takdo mano e. Kau buek sondiri.

Azani, erk.. banyak e air lio ko.

umi, kakpah jual kat umi sorang je hehe

tasek, makan dengan apam balik pun kira sodap gak.

kak nora, cuba.. jangan tak cuba.

mimi, makan sebijik je dah konyang. takyah makan nasi. elok utuk orang yang berdiet.

kakpah said...

mama sal, menggoda ke. He.. mana pegi lama tak muncul. Blog pun tak update lama. bizi ek.

kak wos, bole..bole.. mana rumah ko. kakpah datang dengan acik hehe..

nizam, mesti bakso makcik tu sedap kan..

YB, kakpah kena buat bloggers gathering tu. Bole la satu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...