سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ
Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)
Solat subuh pada setiap hari jumaat, suami akan membaca ayat sajadah dan membuat sujud sajadah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.
"
Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah.
Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.
Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar."
Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.
Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang ssudah tahu, kenalah buat.
21 comments:
KakPah, thanks for sharing :)
Terlalu banyak lagi yg perlu dibelajar. Tak kiralah samada sejak lahir Islam ataupun yang baru Islam. Yang penting semuanya kena belajar. InsyaALLAH...
Barakallah....
Barakallah....
tq kak... ilmu yg berguna tuk dikongsi besama...
terima kasih krn mengingatkan...
bagus nih kpahh....syukran...
alhamdulillah....tima kasih kak ingatkan saya...dh lama x buat...last buat masa bljr dulu je..
tq kakpah
Jarang dengar org baca surah ni kat tempat aku. Ada sekali tu, imam dah kasi warning awal-awal dia nak baca surah ni, jadi makmum dah sedia...
salam. kepada semua para pengomen di atas , semuga dijadikan amalan.
alhamdulillah, tima kasih kakpah kerna share ilmu yg berguna
Thanks kak ;)
SMM, ko belum tido eh.
Ina, kek sanun kul brapo skang nih
Sebagai info tambahan kakpah, selalunya tok imam baca ayat sejadah subuh subuh Jumaat.
Waktu hari lain jarang tetapi dalam bulan puasa ni bagi sesiapa yang dapat imam yang khatamkan satu alquran untuk solat terawih maka akan seringlah berjumpa dengan ayat sejadah dan sujud sejadah ini akan dilakukan.
Jangan tercongang congang pula kata imam tersilap!!
Kebanyakan surau di Bandar Baru Bangi cari Imam yang dapat baca bagus dalam bulan Ramadhan ni..dan khatamkan satu Al-quran.
psttt..kekadang aku terfikir..apasal surau aku ni tak cari IMAM yang punyai bacaan bagus time solat Fardhu hari hari lain...
tsk tsk tsk..
thanks kak pah..mengingatkan kita yg alpa ni
terima kasih kak pah kongsi bersama2...moga kak pah diberkati...
trima kasih kak pah..tahu kena sujud tapi bacaannya saya tak hafal, jadi cukupkah setakat bersujud sahaja...
:)ingin tahu..
salam ziarah...nak ucapkan ribuan terima kasih kerana info mengenai sujud sejadah..saya copy untuk sebarkan ilmu..harap halalkan..
terima kaseh kerana menerangkan tentang sujud sajadah.. ilmu yg anda sampaikan amat bermakna buat saya dan umat islam yg lain, hanya Allah saje yg dapat memberi ganjaran.. amin..
Setiap subuh jumaat buat cuma tak hafal bacaan sujudnya.Masjid Al Nur Ladang Sri Gading,Batu Pahat,JOHOR.
Minta Izin Menyalin Bacaan Sujud sejadah in bersama terjemahannya sekali demi untuk digunakan sebagai bahan rujukan pelajaran di Mesjid Lintang, 23200 Dungun, Terengganu.
Post a Comment