Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 1, 2009

Cakap tu biarlah betul. Nanti orang tak percaya.

Ada orang cakap tak serupa bikin. Dia cakap macam ni...




tapi.....



Barang-barang akak ada dua trolley ni. Lenguh dah kaki ni berdiri. Dah lah tadi satu jam meround setiap pelusuk tesco.

Cuba tengok akak yang sorang tu ha. Siap menupang dagu lagi...


Manager tesco ni cuti ke hape.

.
.
.
.




Kat tesco kalau nak beli gula ada limit. Cuma boleh beli dua kilo saja. Akak tak boleh beli dua kilo sebab akak ada sembilan premis nak kena agih-agihkan barang. Sekurang-kurangnya kena beli 9 kilo. Selalunya akak buat trick. Beli dua kilo, bayar. Lepas tu masuk balik tesco, beli dua kilo lagi. Bayar kat kaunter lain pulak. Lepas tu masuk lagi. Bayar lagi kat kaunter lain. Tapi bila kena kaunter tak bukak macam ni, macam tak jalan je trick akak ni. Beli dua kilo tapi kena beratur pulak panjang-panjang dan lama-lama. Malas aih...

23 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam Kak Pah,
Emmm.. saya dh banyak kali kena camtu. Cuma belum sampai tahap nak jumpa manager dia je.

julietchun said...

cam hampeh je letak signboard gitu kan tapi takde apa tindakan pun.

kat giant pun sama,nak beli gula 2 kilo tapi kena beratur panjang,nasib baik lah gula tu memang perlu, kalo barang lain harus dibeli dikedai runcit pak ali saja.

Anonymous said...

Saje jek dia nak sedapkan ati tu..padahal, beratur bagai nak rak jugak..

umi_e said...

kesiannya kak pah kena beratur banyak kali untuk beli gula.

Hjh Noralenna Abbas said...

Itu cara Pah beli gula, keluar, masuk. Ada juga saya tengok berderet suku sakat, sampai budak-budak pun ada, beratur bawa 2 kampit gula seorang. Patutlah saya tengok sebelum ada ruling ini, ada customer beli satu cartload gula. Saya pun hairan. Dia dah pandang ke depan rupanya.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kat sini pun macam tu gak...siap tulis satu family limited to 2 kg sugar....so tiap tiap hari saya beli gula ni...suami tanya..kenapa hari2 beli gula ni...sebab nak raya nanti asyik bancuh sirap dan air kordial oren tu...tu lah pasal saya beli hari2..simpan stok!

Insyirah said...

Raya puasa nanti, bila pi raya rumah siapa-siapa, kalau air yg dihidang tu tawar semacam aje...then kenalah faham-faham ya. Hehehe.

ASH said...

Saya hari tu pegi billion hari jumaat sebelum posa tu...
balik sekolah terus pergi..
Nasib baik gula ada..
ambik 3 kilo. Tanya adik kat counter, gula boleh ambik berapa kilo sorang? dia kata 5 KUT..tapi saya malas nak ambik dah sebab banyak barang lain lagi yang nak dibeli..nak menjijit 5 kilo gula pula..BERAT wehh.
saya beli 3 kilo je la...
cukup la tu..untuk sebulan bulan ramadhan nih.

pB said...

bawak assisten la kak pah ...

macam pB , 4 orang , dpt 4 kilo sekali beli ...

tapi kena bayor kaunter lain lain lah dan buat buat tak kenal ..

hi hi

kena jadi pelakon

tasekM said...

aku syak dh habis kaunter lah nk dibuka kak. he he.


.

Mak Su said...

alamak, tu yg malas nak supping ni

ibundo said...

echam, ko pegi la jumpa buat muka cam gengster sikit. Mesti sume kaunter dia bukak.

juliet, akak cam nak amek tangga je nak turunkan signboard tu wakaka

yan, tu la pasal. padahal kaunter banyak kosong, yang bukak tiga je.

umie, nak kena agih2kan kat premis2 tadika/taska. Cikgu2 ni kuat makan gula.

nora, kalau nak bawak sume orang kat rumah ni kang tak cukup pulak tempat nak letak barang haha..

ibundo said...

ezza, agak2 kalau kita hidang air kosong je ada yang ngumpat tak..

syirah, ye..ye.. kakpah paham. Memang suka minum air kosong pun. nanti kpah datang bagi jelah air kosong ye.

ashley, bawak lima kilo mahu panjang tangan sebelah.

pB, wah.. memang dah layak jadi pelakon drama ni.

TM, mana de. Dia bukak tiga je. yang lain tu tutup. Sebab tu aku hangen.

maksu, hehe.. salam puasa maksu.

ckLah @xiiinam said...

kat Teluk Intan memang sedang kritikal gula....

lupekanje said...

letihnya klu ikut tektik akak tuh..
beli satu..kua...beli lagi...bayar...dan kuar...beli lagi...dan bayar ...kuar...masuk balik..
baper round kak??? heheh
Skrg ni asik citer pasal guler jee ekkk..

citer la minyak petrol lakk....dah naek 5 sen nih...dah rasa pendek langkah smula kakk...hehhe..

ibundo said...

cklah, kena serangan selsema babi ler tu kehkeh..

acik, baru pagi tadi perasan yang minyak dah naik. hampeh tul. Kok tau somalam dah isi minyak ponoh 2.

Dida... said...

Salam Kak Pah..

aduh.. letih rasa bila tgk akak buat tactic beli gula mcm tu... saya sokong idea PB... bawak assistant.. bayar kaunter lain2... saya rasa cashier x perasan punya..

Saya nnti balik Malaysia raya ni.. nak bawak gula dari Arab bawak balik.... standbye.. hehe..

Kapten Luffy said...

tesco pun servis lembab ek

nama jer international kan

Nizam.Ariff said...

Kak, dah sampai masanya bertukar kepada gula batu atau gula kabung...

iina said...

Mmg cakap xserupa bikin ler kak.. ptut leh complain yo tuh.. payah juga nak cari gula skrg nie ekk.. tingat maso kocik2 marin.. dedulu poei umah org diorg bukak air gas botol kocik tuh yo.. sonang xyah buek air ;)

Anonymous said...

Agaknya ramai sangat kot Puan...

ibundo said...

Dida, raya balik mesia e. Oder anak arab sorang hehe..

kapten, kekadang memang lembab. Akak selalu pegi banyak barang tak ada stok

nizam, nanti aku sumpah batu jadi gula

ina, skang pun ado gak lagi orang bagi minum air gas. Tapi dah dalam botol plastik bosa tu. masuk dalam gelas. Pegi dua tiga rumah perut jadi kombung sobab banyak na minum gas.

relaxjom, hehe.. ramailah patut kena bukak kaunter banyak..

Anonymous said...

Ok ...nanti kita wat demonstrasi kat tesco ..kikiki

biaq depa tau kuasa pengguna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...