Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 30, 2009

Dulu tidak seperti ini

Satu hari tu aku lalu di kaki lima masjid alhasanah. Ada seorang wanita duduk di pinggir kaki lima. Aku lihat beberapa kanak-kanak KAFA tengah berkeliaran di sana sini. Mungkin baru habis kelas.

Aku pandang wanita itu. Terasa macam aku pernah jumpa. Dia juga memandang aku. Tepat. Ada macam kuntuman senyuman mula mahu berbunga. Sedang aku berfikir-fikir dimanakah aku pernah lihat wanita itu, dia menegur aku dulu sebaik aku sampai di hadapannya.

'kakpah, apa kabar'

Ternyata dia mengenali aku.

'Baik. Mengajar di sini ke.'

Kami berbalas-balas cakap sebelum aku beredar menyelesaikan urusan. Sehingga sekarang aku tidak tahu siapa dia.

Membuat aku teringatkan nenek aku. Rambut putih beruban tetapi masih kuat mengayuh basikal membawa getah keping yang sudah siap diproses untuk dijual di pekan. Banyak kali aku yang jadi pembonceng sambil memeluk pinggangnya dari belakang. Kemudian nenek mengidap darah tinggi dan oleh kerana tidak terkawal dia akhirnya terlantar di tempat tidur.

Membuat aku teringatkan moyangku. Tua, kurus, bongkok dan kulit sudah berkedut semasa aku mengenalinya. Dia akan memegang jariku sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu dan meludahkan air liurnya ke tempat jariku terkena sengatan jengking. Sungguh mujarab. Tidak ada siapa yang mengambil ilmu itu.

Aku teringatkan mereka ini untuk mengingatkan diri aku bahawa aku sedang mengarah ke umur itu. Akhir-akhir ini memang aku terlalu mudah untuk menjadi lupa sehingga kadang-kadang aku memarahi diri sendiri.

Lebih-lebih lagi sekarang ini aku ada terlalu banyak benda yang perlu aku buat dan aku ingat.
Sijil konvo belum siap.
Aturcara konvo belum buat.
Langsir kakngah belum siap.
Langsir bilik adik baru tadi beli kainnya. Belum berjahit lagi. Mesen jahit pula rosak. Dah panggil repair man, besok dia kata nak datang.
Hantaran belum siap.
Bla..bla..bla..

Nasib baiklah aku tidak buat semua ini seorang diri. Ada anak-anak yang menolong. Cuma aku nak kata yang bila usia meningkat, kita sudah tidak sehebat dulu. Buat kerja sikit, penat yang lebih. Urat-urat semalam baru nak kendur, sudah datang tugas baru.

19 comments:

cheryna zamrinor said...

insyaAllah kak pah...baca apa yang patut mungkin dpt menguatkan ingatan kak pah. selalu ingat padaNya, supaya kak pah takkan lupa.

sha rasa kak pah tak lupa, mungkin penat sbb dr senarai kak pah nieh heavy jugak kerja2 nye.

all the best...harap ramai yang sudi bantu kak pah nanti:)

iina said...

Kak.. Memang bila dah banyak benda kena buat dalam 1 masa rasa cam tak sempat jek.. tapi Insyallah pastinya semua tuh akan selesai gak nanti dengan sebaiknya..

Letih rehat jelah kak.. paksa2 diti kang domam cam den marin 4 ari trus xleh bgn..

umi_e said...

bukan kak pah je... saya pun dah makin pelupa!

* hari ahad kelmarin 2 kali saya ke WARTA-BINTANG untuk beli 'roti perancis' sebab nak makan dengan 'sop merah' TAPI balik dengan benda lain!Dah sampai rumah baru ingat - tujuan utama untuk beli 'roti perancis' tu... Cukuplah 2x berulang alik... akhirnya cicah dengan roti biasa je... hehehehehehe (roti juga kan...)

ckLah @xiiinam said...

....tengok jadual kakPah tu....memang perlu tenaga yang maksima tu....

Konvo 25 okt....tak berapa hari je dari 31 okt....Fuhh...mesti sibuk.

Insyirah said...

Kak Pah bukan jadi pelupa. Cuma kakpah busy sangat + penat. Tu yang tak dapat nak recall dalam masa yg singkat. Kadang-kadang org muda mcm saya ni pun boleh jadi begitu juga. Tambah pula skrg ni kakpah tgh marathon dgn macam-macam kerja & aktiviti, sure cungap. Hehe. :)

Mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar ya..

secangkir madu merah said...

apa susah2 nak jahit sendiri langsir tu kakpah, hantar tempah ja..klu dekat boleh aku tolong jahitkan..

semoga ALLAH sentiasa anugerahkan kesihatan yg baik utk kakpah...

ibundo said...

sha, tenkiu. I need the moral support

ina, memang raso dah nak domam ni. Errk.. janganlah..

umi, haha.. tu yang malas pergi kedai tak bawak lis tu. Lain yang nak beli lain yang dibawak pulang.

cklah, imajin.. 25 konvo. 31 majlis. 7 majlis sebelah kedah. 14 flight pergi haji... berderet cklah oi...

syirah, terubat hati ni bila ko cakap orang muda pelupa gak hehe...

smm, setakat jahit langsir lurus je hehe.. tak berbaloi hantar kedai. anak kakpah si kakngah tu tukang jahit. mesen jahit dialah yang rosak tu..

mama kiter said...

ooo kak pah..kito pun rajin gak tak perasan kan orang..jenuh menung bila terjumpa di mama mana..puas pikir..rupa macam kenal tap siapa..tak tau..

kadang kadang bila orang call pun, kena tanye..siapa ni yee..maaf lah saya tak perasan..

tak pe kak pah oii..asalkan masih ingat hubby dan anak cucu..oraitlah tuu..

Unknown said...

bila usia meningkat memang banyak prkara yg kita ada dh bkurang tmasuk ler penyakit lupa ni , ummi rasa semua org sama kot .tak banyak ,sikit pun ada gak..
tmbh2 kak pah yg puny ramai kenalan , jgn2 mak kpd pelajar kak pah kot yg menegur tu ..ummi pernah jumpa kes yg sama .. puas dbincang kt mana pernah jumpa , rupa2 mak kpd pelajar yg kini sdh umur 20an.

Yunus Badawi said...

Org yg muda pun kadang pelupa kakpah.
Beruntung kakpah sempat bertemu dgn moyang.

Sibuk tahap gabanlah kakpah ni. Oh ya kad jemputan tu dah saya terima semalam. terima kasih kerana menjemput kami.

julietchun said...

kalo ada bibik aini buleh gak mintak picit utk kendurkan urat,hehehehe.

kakngah said...

ala kak.. sy pn pelupo kak.. bnyk mkn ikn masin Abem koba... hahahaha!!

sy pn sompek jumpo moyang sampai umo 19thn..

Nizam.Ariff said...

Tengok jadual macam tu, semua org boleh penat kak ooii...

swastakan la sikit mana yang boleh swastakan... konvo tu... kahwin tu pun.. concentrate kat haji je...

ASH said...

kakpah,
err....sajo nak ngingatkan..
gambar gambar GRADUASI bebudak hari tu dah dihantar kedai?

buku buku teks...dah tompah?
baju uniform bebudak?
.
.
.
ehhhhh manyak BONAR menda nih!

okay okay..aku tak nak bagi kakpah GHANAP!!

releks je laaa kakpah..
kat Perdana, mana mana yang tak cukup tu, kami tengok la nanti!
.
.
.
hmmm..

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Pah,
Take one thing at a time Pah. Delegate work, and all will be okey. Minta-minta dah meningkat umur ni, kita dijauhi penyakit nyanyuk.

ibundo said...

mamakiter, bak kata hubby , ada long term memory dan ada short term memory. Benda2 yang kita mahu ingat, kita akan ingat sampai bila2. Tapi benda2 yang kita rasa remeh ni.. kejap je dah tak ingat dah.
hehe.. kalau ada masa minggu depan kita jalan raya rumah awak eh. Kok tak pun, awak datanglah rumah kita. Dah cek email ke belum.

ummi, mungkin lah kot. Bila dah berbual2 kakpah selalunya segan nak tanya dia siapa. Takut dia kecik hati pulak sebab tak kenal dia, hehe..

yB, sempat jumpa moyang sampai kakpah darjah enam. Both moyang lelaki dan perempuan.
Jemputlah ye.. jangan malu2..

ibundo said...

juliet, bibik siti pun boleh. Belasah je..

kakngah, ekau jangan makan ikan masin banyak bona. Sok kok darah tinggi.

nizam, itu dah swastakan separuh tu. Konvo cikgu2 aku yang bereskan. Kawin: makan- catering, yang lain-lain pun ambik pekej. Cuma nak selesaikan yang remeh remeh ni je. (Bunyik je remeh tapi pening gak kepala aku weh..)

Ashley, gambar dah hantar sebelum raya. Pekerja dia pula cuti satu minggu masa raya haritu. Minggu ni baru balik kerja. Tu yang lambat. (Nanti aku nak beli mesen proses gambar pulak ar.. keh..keh..)
Baju? buku? gaji? sewa premis? kwsp? socso? Bills? renew lesen? pendidikan.. mpkj.. kebajikan..waaaa.... tu semua aku nak pikir ni dan nak kena settle sebelum 14 nov.

kak nora, dulu kecik2 suka makan kepala ikan hehe...

zai said...

Salam Kak Pah..

Bila baca N3 kak pah ni teringat plak kat nenek zai yg dah berumur 107 tahun dan masih sihat sehingga kini dan ingatan juga masih kuat, kalau berjumpa pasti tak habis2 cerita tntg kesusahannya dizaman jepun...tak tahu apa rahsianya sihat sehinggia kini tapi hatinya sangat bersih dan ikhlas dan sgt menyayangi anak2nya. kata emak seumur hidupnya tak pernah lihat nenek marah..sukar juga nak percaya tapi pasti hebat jiwanya... semoga kak pah juga diberi Allah dengan kesihatan yg berpanjangan dan tidak pelupa..

ibundo said...

zai, terkedu sekejap dengar zai masih ada nenek yang berumur 107 tahun dan masih sihat. Mesti banyak menyimpan hal-hal bersejarah.
Muga diberi kekuatan dan kekal sehat hingga ke akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...