Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 2, 2009

Ibarat Span Yang Menyerap

Salam.

Di dalam keghairahan kita mengajar anak-anak kita supaya cepat membaca, cepat mengira dan cepat belajar bahasa selain daripada bahasa ibunda, jangan pula kita lupa untuk mengajar anak-anak kita akan hal-hal berkaitan agama islam tercinta.

Anak kecil ibarat span yang mudah menyerap air. Ajarlah apa saja pasti mereka akan dapat menyerap dan menerimanya. Ajarlah anak-anak walau sekecil mana pun, walaupun dia masih belum dapat bertutur dengan betul sekali pun akan perkara berikut:
1. syahadah.
2. bacaan dalam solat

Ajar dan sebutlah dengan cara berulang-ulang sambil melagu-lagu kerana anak-anak akan lebih cepat menerima sekiranya ajaran kita itu ada berirama. Ciptalah irama yang mudah tetapi sedap didengar dan pasti disukai mereka.

Jangan tunggu anak-anak masuk tadika baru diajar hal-hal solat Kalau kita yang mengajar mereka dan mereka pandai solat disebabkan kita yang mengajarnya, maka sudah tentulah kita yang akan dapat pahalanya sepanjang hayat mereka mengerjakan ibadat itu. Tetapi kalau cikgu tadika yang mengajar mereka dan mereka pandai solat disebabkan ajaran cikgu-cikgu tadika, maka yang dapat pahalanya tentulah cikgu. Tak cemburu kah kita?


Apabila mereka sudah pandai bercakap, ajarlah pula doa-doa harian. Setiap perbuatan kita ada doanya. Doa-doa boleh diajar mengikut urutan di bawah:
  1. doa bangun tidur
  2. doa masuk tandas
  3. doa keluar tandas
  4. doa memakai baju
  5. doa melihat cermin
  6. doa makan
  7. doa selepas makan
  8. doa keluar rumah
  9. doa naik kenderaan
  10. doa tidur
  11. doa ibu bapa
Banyak lagi doa lain yang boleh diajar tetapi pada peringkat permulaan , itu sudah memadai. Pokok pangkalnya, ibu bapa juga mestilah hafal doa-doa tersebut.

Adakah kita mempunyai masa untuk mengajar anak akan hal-hal ini. Kita ada 24 jam sehari. Carilah masa yang sesuai. Doa-doa itu boleh saja diajar semasa anak melakukan perbuatan berkaitan doa. Mudah. Bila anak kita bangun tidur, baca doanya. Bila kita bawa anak kita masuk ke tandas untuk membersihkan diri, baca doanya. Begitulah seterusnya...

Jangan lupa juga mengajak anak-anak kita sama-sama bersolat walaupun dia masih memakai pampers. Biarlah dia ikut di belakang kita. Jauh-jauh pun tak apa.

Sekian.



23 comments:

NorNaza said...

betul cakap kak pah tu, jgn kita ambik sambil lewa bab2 mcm ni nanti kesian anak bila dah besar..solat pun tak tau..kalau boleh biarla kita mak bapak ni main peranan lebih..

pB said...

BETUL BETUL BETULLLL

julietchun said...

sebab tu orang kata pembelajaran anak2 sebenarnya bermula dari rumah ye.

chekdenoor said...

Salam kak pah,

Setuju dengan catatan kak pah....chekdee selalu lihat..... anak-anak yang belajar ditadika islam.... mereka ini lebih menghafal doa berbanding dengan ibubapanya.........

xximan said...

Terima kasih, cikgu.

Yunus Badawi said...

Terima kasih di atas tip ini kakpah. Anak saya yg kecik tinggal si Adam tu. Nanti nak praktikkan kat dia hehehe

secangkir madu merah said...

betul betul betul...
tima kasih kak pah...
aku kengkadang terlepas pandang..

Insyirah said...

Thanks kakpah. Wajib diingat ni. InsyaALLAH ada anak sendiri nanti, bleh praktik. Thanks again! :)

Hanisham Ab Halim said...

Saya SOKONG!!!!!!

DUN Behrang 2020 said...

Salam ziarah...

Menarik entri ni...elok dipraktikkan!

ASH said...

kakpah,
Mak dulu dulu mendendangkan syahadah dan selawat mendodoi anak sambil menghayun buaian bila nak tidurkan baby.

Ibu ibu atau PENGASUH sekarang?

smile...

ckLah @xiiinam said...

Dah jadi mak baru tau kan kakPah....



Errr...masa kecik dulu, waktu puasa...tengok span cuci pinggan yang berwarna warni tu pun sedap..

ibundo said...

nornaza, elok diajar semasa masih kecil.

pB, hehe tenkiu

juliet, begitulah..

chekdee, anak lebih pandai baca doa kan?

xximan, ye samasama.

ibundo said...

YB, haha.. yb lebih tahu. Ni saja je ni kan...

smm, marilah sama-sama praktikkan.

syirah, tak sabar le ko nak ada ada sendiri tu.

echam, hehe

DUNbehrang, salam ziarah kembali

ashley, aku sempat lagi ngayunkan anak aku dengan zikir. Kalau dapat kat bibik ni, mau besar2 je anak aku pandai nyanyi dangdut kehkeh..

cklah, ko biar betul cklah.. ko pike span tu agar-agar ke hehe..

iina said...

Afundi kak pah. Den setuju sgt tuh kak. Selain cikgu, mak ayah ler main peranan besar dlm didik anak.

ibundo said...

ina, kau kek sanun dah bobuko kotime ni.

uji6june said...

betul jugalah kata
orang tua dulu2 ..
anak-anak kita ni
umpama kain putih ..
kalo merah kita corakkan dia
merahlah dia jadi ..

macam span jugaklah kekdahnya
kan kak?

Unknown said...

ummi sokong 100% pandangan kak pah , pada ummi tak perlu ajar , apa yg kita buat anak2 akn ikut , jd beramal le wahai ibu dan ayah .anak2 akn ikut apa yg kita lakukan sprti berdoa , baca quran , solat juga bersolawat dll ...

Kapten Luffy said...

nanti aku ada anak aku cuba amalkan

hehe

DaliaLiyana said...

dalia setuju kak pah...
anak2 ni dr kecik kena ajar..
kalau tak..payah nnt..
bak kata org melentur buluh ciar dr rebungnyer..:)

Anonymous said...

Tips dan pesanan yang berguna.

Doakan kami sekeluarga dikurniakan cahaya mata yang baik dari sisi Allah.

InsyaAllah bulan 10. Hehe. Seronok pun ada... cuak pun ada ...

ibundo said...

uji, kitalah yang mencorakkan mereka

ummi, kitalah yang dijadikan contoh oleh anak-anak. kita sentiasa mendoakan anak yang soleh dan solehah.

kapten, bila tu agak-agak..

dalia, betul betul.. kalau dah jadi buluh dah boleh buat lemang je hehe..

relaxjom, oo.. bakal jadi ayahlah ni. Didoakan selamat melahirkan dan mendapat anak yang soleh/solehah, bijak dan comel. insyaAllah.

lupekanje said...

err...acik da komen kan...kpah dilit ye...
err...ingatan ku smakin kelabu skang ni....esp biler org gajin tul hapdet bebulan poser ni...hehehe..
ok kak..truih kan good info to share...
(acik tk hapal asma ul husna...klu nak baca, kener nasid..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...