Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 3, 2009

KEDAI BUKU BARU.....Mari!..Mari..



Mursyid dah bukak kedai buku

Iye? Kat mana

Tu kat fasa 4 dekat-dekat dengan kedai bini dia

La.. kan kat situ dah ada MJ?


Aku ni cukup pantang kalau dah ada satu kedai, ada pulak orang lain bukak kedai yang sama kat situ. Macam dah ada kedai pasar segar, lepas tu ada pula orang lain yang buka pasar segar di sebelahnya. Contohlah... ini contoh.. dan memang iya pun. Cubalah cari lokasi lain. Bukalah jauh-jauh sikit. Nanti masing-masing saling berbunuhan. Siapa yang rugi? Orang kita yang baru mula nak rajin berniaga juga yang rugi.

Macam tadika jugalah. Kita dah buka kat situ, tiba-tiba hujung tahun ada pula orang buka tadika di seberang jalan. Tahun lagi satu ada pula orang lain buka lagi satu tadika di sudut selang satu simpang je. Tak berbunuhan ke tu namanya.

Mursyid ni pun satu. Kalau nak buka kedai buku, pergilah cari tempat lain. MJ dah bertapak di situ berbelas tahun. Janganlah kacau dia.


Tak ada pun kedai buku baru kat fasa 4 tu.

Kedai buku apa pula

Kan abang cakap Mursyid buka kedai buku dekat-dekat dengan kedai bini dia si Fairuzah.

Abang cakap dia buka kedai makanan beku. Bila pula abang cakap kedai buku. Ek ele...


Apasal tetiba je aku rasa macam aku dah jadi Aman Belon dalam cerita lama dulu?

26 comments:

uji6june said...

hahahaha ..

lucu plak kak pah pepagi ni
tu maknanya tinger
dah bersawang tu kak .. ekekeke

umi_e said...

Salam kak pah... walaupun saya tidak beniaga dan tak pandai nak berniaga tapi saya selalu terfikir kenapalah orang suka sangat meniaga benda yang sama dekat2 dengan peniaga lain. Tentu ada persaingan kan?

* Anak saya kata - orang kita ni tak ada idea, suka meniru kalau tengok perniagaan orang tu maju...

Siti @ nurie said...

aduh akak ni...wat suspen je...hmm, siti pun mcm ada perncgn nak buka tadika...tapi, dekat ngn lokasi siti tu, dah ada pulak tadika kemas...mcm tak best je nak buka tadika lagi..so, buka nursery jelah..ok tak?...

lupekanje said...

kakpah mesti da lama tk koret tinger....buka poser kang gi koret tinger ye kak..haha..

pB said...

kah kah kah

mcm mana boleh tersalah dengor tu Kak Pah , oiiii ...

tapi betul apa yang Kak Pah habaq tu ....

mula mula tu ok lagi..
lama lama , dengki ...

tu yang sakit tuuuu

Webmaster@Echam said...

Kak Pah,
Kak pah salah dengar ehhhh.. hehehheh... (ayat lembut sbb bulan pose kalo tak kak pah kena kutuk dah ni... hikhikhik..)

Kat umah saya macam tu kak... Kat apartmen saya je ada 3 tadika. Tadika kemas dan 2 lagi tu tadika swasta. siap sebelah menyebelah lagi.

NorNaza said...

lawakla kak pah ni..buat suspen aje tau..last2 rupanyer telinga tak kedengo..sabo ajela..

julietchun said...

dah nak dekat2 pulak bunyinya tu,hahahahahaa.

telinga pun poser juge :D

Insyirah said...

Tak apa, bulan puasa ni dimaafkan. Hikksss.. :)

zai said...

punyala panjang membebel tu kak pah tau2 tersilap siaran..hehehe..

kak pah ni mmg kelakar, zai suka orang2 mcm kak pah ni, tak bosan bila bersama

kakngah said...

tok.. uwan tak sebis tingo sensiang buto.. tu yg lain munyik eh.. hahahaha!!

btl kak... mmg realiti eh camtu. sy bukak gerai ice blended kek kampung & dpn sklh menongah. bg biras sy jago. dapek gak deh tmbh pndptn. tlg adk badik. yg xsodap eh.. dan2 tu yo ado uro2 acik hujung simpang tu nk bukak ice blnd gak. tetibo acik kantin sklh tu pun jual ice blend. kok tak.. xdo lak diorg tepikir nk jual mondo tu...

memulo tu.. cam sakit hati gak. yo la.. br sbln duo meniago org caras tang koner. tp, bilo sy pikir2 balik.. biar la.. kot ado joki kito.. ado la. yg ponting kito mniago caro boto & telus.

chekdenoor said...

Chekdee sedia maklum..perniagaan sure ada persaingan....tapi chekdee suka kalau persaingan itu sihat ...ianya akan menyebabkan kita yang berniaga sentiasa berusaha untuk improve.... cuma

bila ada persaingan yang tak sihat ...... pernah gak tangga kedai chekdee dipenuhi beras kunyit......hmmm...entah siapalah punya keje...... persaingan yang macam tu yang tak best.

Ms.Lilies said...

ehehehe....
bih kurg lak bunyinya :)
bab niaga2 camni mmg selalu kak...kat bazar sini ha...thn lepas berderet2 gerai roti john...tahun ni lak berderet2 gerai roti jala...masing2 menebar roti masing2...sebelah menyebelah lak tu gerainya...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

HAHAHAHA...(sambil berguling guling)
kakpah oiiii...

iina said...

abang tuh atok ko kak?? wakkakah.. musti atok golak guling samo kak pah.. yo ko.. heheheh ;)

a kl citizen said...

kak pah ni
belum sebulan posa dah kurang pendengaran...
camana?

Tijah said...

ko tak sahur kot tadi ni kak??

xiiinam said...

Hik..hik...hik....













Adeh...

kakpah said...

uji, time malam je lupa nak cungkil tinger. siang2 kan main gatal lagi..ish..

umi, orang kia ni kureng kreativiti. nampak yang orang buat tu maju, dia pun nak buat yang itu gak.

siti@nurie, kalau nak buka tadika, kena cari tempat lain yang agak jauh. sebenarnya tak boleh buat tadika dalam lingkungan 1 km dari yang sudah sedia ada. Nak buka nursery okay la.

acik, pengorek tinger aku hilang tak tau mana pegi. Takkan ada orang pinjam kot..

pB, Tu lah akibatnya kalau orang cakap kita dengar sambil lewa je. Orang cakap beku aku ingat buku kehkeh..

kakpah said...

echam, toke tadika tu mesti tak ngam satu dengan lain keh..keh.

Nornaza, haha..

juliet, tinger poser. takleh cungkil..

syirah, haha dah ada sound trouble gaknye akak ni.

kakngah, realiti e cam tu lah. Ado orang nak meniago tapi tak ado idea. Bilo tengok orang lain meniago okay je, dio pun cilok pulak idea kito. Nak buek camno kan? Joki masing-masinglah.

chekdee, hasad dengki ni yang tak best ni. Susah kalau orang tak boleh terima kelebihan seseorang. Camanalah bangsa kita nak ke depan kalau baru nak lebih sikit je orang nak cantas..

Lilies, takde idea dan nak belomba-lomba sapa punya sedap lah tu..

kakpah said...

ezza, kah..kah..kah.. sikat kau dah tak hilang lagi za?

ina, iyolah.. abang tu atuk sifaris lah. Habis aku kena kutuk...

cikgu, keh..keh..

Tijah, tolobeh makan sampai totutup tolingo.

cklah, ko sakit ke cklah hehe..

DaliaLiyana said...

kakpah nak cutton bud?? hehhe..
ni mst kes tak sahur kan???
hehhee..
kak pah..dgr elok2 k...dalia nak wit raye tau...dgr tak>>
hehhehe...

kakpah said...

dalia, ha? apa ko cakap? tak dengar lah... tak dengar...

maiyah said...

salam kak.. selamat berpuasa :)

Nizam.Ariff said...

Kalau jadi bukak pun tak pe. Bila banyak, nanti jadi tumpuan pembeli buku kawasan tu sebab dah jadi one stop center.. convenient.

Lepas tu pakat-pakat la letak harga...jangan lumba tapi sepakat.

kakpah said...

maiyah, salam.

nizam, kalau dapat menjadi pesaing yang sihat, mungkin okay gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...