Tahun ni aku terima kad raya dari adik posmen, dua je. Satu dari Nong (tenkiu Nong), satu dari bank Muamalat. Jadiklah.
Di bawah ni kad raya dari teman blogers.
Kad dari Hasue yang pandai masak. Masakannya nampak menyelerakan dan melehkan air liur.
Kad dari Salmi yang dulu tinggal di Jeddah. Sekarang dah balik sini dan bertugas di Putrajaya. Kakpah kenal Sal semasa blogwalking dan tak sangka pula dia satu masa dulu pernah mengajar di Sharifah Rodhiah Melaka. Anak aku ada dua orang sekolah di Sharodz dan kenal pada ustazah ni.
Kad dari Deeja, adik cantik manis yang tinggal di Tepeng. Deeja ni pun rajin masak dan masakannya juga sedap-sedap. Ada satu hari deeja buat puteri ayu dan aku yang dah lama tak buat kuih ni terus tergerak hati nak membuatnya pada satu petang ramadhan.
Kad dari Ieta adik manis dari penang. Ibu kepada 3 cahaya mata yang comel-comel.
Dari mamakiter. Betul ke kad yang kakpah ambik ni mamakiter oi. Hantam saja la labuuu. mamakiter ni tinggal di bandar baru bangi juga. Di seksyen 5 tu. Orangnya pandai menjahit. Nanti orang bangi yang nak cari tukang jahit tu, konteklah mamakiter ni. Raya datang rumah kita ye..
Kad dari Maria yang tinggal di Kota Kinabalu. Orang nya pandai masak dan biskut yang dipaparkan di blognya baru-baru ni aduyai... sedapnyaa nampak. Sudah tentu rasanya juga sesedap rupa.
Kad dari Mimieloma yang tinggal kat Sepang. (eh.. betul ke kau tinggal kat sepang mimi). Mesti emak ayah dia ni peminat tegar Saloma hehe.. Mimi ni dengan mamakiter ada kena mengena. Kawan atau sedara?
Kad dari Saifun, seorang ustaz yang banyak memberi tazkirah di dalam penulisannya. Aku suka baca tapi jarang meninggalkan komen.
Kad dari Nornaza siap dengan duit raya sekali. Nor sekarang ni berada di jepun. Dia juga pandai masak dan gambar yang dipaparkan boeh buat air meleleh juga.
Kepada kawan lain yang kakpah terlupa nak ambil kad, maaf ye.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA.
3 comments:
Amboiii Puan ... banyak sungguh kad rayanya nihhh ...
Boleh print kuar ... gantung mcm stail dulu2.. hehe
Kad raya yang pertama tu cantik ...
nice
carik ranting pokok gotah kak..
buleh gantung kad ghayo..
Selamat Hari raya
Maaf Zahir Batin, kak.
Saya suka gurau gaya jantan muda belia... saya mintak maaf sebab asyik terlebih gurau...
Salam
Post a Comment