Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, October 2, 2009

Anggur Au Five

Aku pernah melihat pokok anggur di cameron highland. Anggur hijau. Masa itu buah-buah anggur masih kecil. Jadi tak dapatlah nak tahu samaada anggur itu manis atau masam. Aku tak merasa pelik buah anggur ini boleh hidup di CH kerana cuaca di sana mungkin menggalakkan ia hidup subur dan menghasilkan buah.

Semasa aku ke AU5, ke rumah kakakku, aku lihat pokok anggurnya sudah mengeluarkan buah. Banyak pula tu.





Ini pokok anggur yang sedang berbuah di depan rumah kakak aku di AU5. Rasa pelik pula bila anggur boleh hidup dengan cuaca di negara kita ini. Anak buah aku memberi sebatang benih anggur merah yang dibawa dari Perlis. Aku tanam di belakang rumah. Boleh hidup kah? Aku tengok abah membelainya setiap hari.

Ada sesiapa yang nak menanam pokok tamar? Di depan surau AnNur ada sebatang tetapi tak pernah berbuah.

16 comments:

Ms.Lilies said...

anggur kak??
wahh fav tu...tp nak beli selalu jenuh gakla nak membayonya...
sok2 kalo dapat umah bwh kayangan blehla start menanam...huhuhu

ashley said...

Hopefully jadi elok la anggur kakpah tu..sebab saya dah tengok kat kawasan Petronas Permata ada banyak depa tanam. Kat rumah Kak Zu, selekoh jalan 3/6 tu pun dia ada tanam..lama dahh..jenis yang sama kut..

cHeRyNa PiReS said...

sha tak pernah tgk org tanam buah tamar dan buahnya ada. tp pokok anggur nieh mmg pernah. katanya...masam sikit dari buah anggur kat kedai.

tp yg kat perlis tu...mmg lawa. ada tgk tv aritu.

Insyirah said...

Kakpah, kalau menjadi nanti...bleh la sedekah skit benihnya kat saya. Hehe. (dgn tak malunya meminta..)

kakngah said...

kek sendayan ado kobun anggur kok tak silap la. msk sokabar mggu lopeh.

eerr.. sy ado tebaco pokok tamar kono manual senyawo ngn tgn org. boto ko kak??

mamarempit said...

sedapnye...buleh idop ke..? nk gak try..bakang umah kosong je tu....

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ada yg konfius antara pkok tamar dengan pokok kepala sawit.

ha ha ha....


selamat hari raya kakpah...

julietchun said...

kakpah tak ambik setangkai ke buat balik ke bangi?hehehehe

mau kena kejar ngan tuan umah.

iina said...

den baru lepas makan anggur kak.. buat ubat batuk.. ;)

Nizam.Ariff said...

Ada kawan punya kawan cuba tanam, berbuah tapi masam, sesuai buat jeruk anggur hijau je..

Yang ni manis tak?

uji6june said...

AU5? .. wah! taklah jauh dari
umah saya kak ..
nanti saya bolehlah pi
intai2 pokok anggur tu .. hehehe

kalo dapat ihsan benih
anggur dari kakak kak pah pon
ok gak neh .. hihihi

kakpah said...

lilies, kalau beli kat kedai tak kena pilih terjumpa yang masam. Yang tanam tempat kita ni jarang yang manis.

ashley, ye ke.. aku je la yang tak tau. Mintak2 anggur aku jadi la. Orang kata gila baja.

sha, dorang cakap ada keluar tv tapi kakpah tak tengok.

kakpah said...

syirah, nanti kakpah bagi bijik dia ek kehkeh..

kakngah, kobun anggur ni mosti susah nak jago kan? hah.. tamar sonyawo o tangan orang? ekau bia boto..

mamarempit, tryla cari benih dia. cuba tanam.

cikgoo, sama tapi tak serupa..
selamat hari raya.

juliet, nak kena ketuk tangan aku?

ina, elok bonalah kau makan anggur maso batuk tu. memang ubek mujarab.

nizam, dulu dah penah bebuah. Tak manis.

uji, ko duduk dekat au5 ke. Pegi la round kat au5/7. Jumpa anggur kat depan rumah tu rumah kakak kakpah la tu. kalau berani cantas lah haha...

secangkir madu merah said...

baru2 ni jenjalan raya kerumah jiran yg berhampiran rumah..terpegun melihat pokok anggur yg ditanam didepan rumahnya dah berbuah.. eh eh negara kita ni pon anggur boleh membiakkan? suburnya tanahair kita ni..syukur dan insaf bila melihat bencana yg berlaku dinegara orang..huhuhu...

p/s: kak pah kad undangan indahmu telah slamat ku terima dgn gembiranya.. insyaAllah akan ku menghadirkan diri seandainya diizin ALLAH... tungguuuu...

a kl citizen said...

assalammualaikum

bestnya...
tapi kata orang buah yang pertama tu masam....kena buang
tunggu buah yang seterusnya pula...

betulke?

kakpah said...

smm, jangan terpegun tengok orang punya je. kena tanam sendiri pulak hehe

cikgu,
tak taulah pulak. tapi memang rasanya tak semanis yang di kedai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...