Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, October 18, 2009

Apa jua




Semalam kami diberi taklimat terakhir sebelum berangkat ke tanah suci. Penerbangan awal pada 20 Oktober. Penerbangan kami belum pasti tarikhnya. Mungkin 14 November. Mungkin juga 15 atau 16. Bagi mereka yang memilih untuk pergi di pertengahan atau dipenghujung, tarikh muktamad akan diberitahu seminggu dua ini. Semuga Allah memberi kemudahan kepada semua urusan kami.

Semasa taklimat semalam, masih ramai lagi yang berada di dalam senarai menunggu. Peritnya bila berada dalam senarai ini adalah belum ada ketentuan dan kepastian. Mereka berada di ambang pergi dan tidak pergi. Sekiranya Allah sudah menetapkan mereka sebagai tetamu pada tahun ini, insyaAllah mereka tetap akan pergi juga.

Di antara kata-kata ustaz semalam ialah membuat persedian fizikal sebelum berangkat. Menyahut saranan itu, pagi tadi kami berjoging lagi di stadium seksyen 15. Cuaca pada mulanya mendung dan hujan tetapi alhamdulillah beransur baik.

Biasalah, selesai berjoging kami singgah pula mengisi perut untuk menggantikan lemak-lemak yang dah cair. Kami ke satu restoren yang agak baru juga dibuka di tepi tasik cempaka. Restoren nampak kelas. Interior deco akay dan aku bagi 6 markah daripada 10.


Makanan yang disediakan agak okay juga. Aku makan roti cicah sup ayam. Suami pula makan roti cicah kari ayam. Rasa sup ada sikit masin. Rasa kari aku tak tau tapi aku tengok suami aku makan macam berselera saja.

Suami mengeluarkan sesuatu yang liat digigit dari mulut dan meletakkannya di tepi pinggan. Aku tengok macam rupa mee.


Cuba tengok apa ni, kata suami aku.

Aku tengok.

Ooo menu baru rupanya. Kari ayam berperisa getah gelang. Itu baru seperempat. Aku tak pasti mana yang tiga perempat lagi pergi. Mungkin menyorok dalam mangkuk kari ayam di meja buffet itu.

Kami meninggalkan restoren itu dengan mendapat harga diskaun.

11 comments:

xiiinam said...

Tu ujian pertama sebelum ke Makkah tu kakPah...he..he....


Semoga perjalanan dan urusan kakPah serta prof di sana dipermudahkan...


Sibuk benar kalau macam tu ya kakPah...dgn konvo..dgn walimah...dengan persediaan haji..

xiiinam said...

Jap..jap..jap...



Bila tengok dekorasi restoren ni betul-betul...hari tu adik ipar ckLah bawa cklah sarapan kat sinilah...ya...ya..ya...baru ingat!

Kak Nora said...

Salam Pah,
Patutnya makan free.....

HaSue said...

salam kak pah..
semoga segala urusan dipermudahkanNya..

sibbaik suami kakpah perasan gelang getah tu..kalau yang main telan jer,x pasal2 makan gelang getah! :)

zai said...

Salam Kak Pah..

Selamat berangkat ketanah suci sekali lagi..semoga mendapat haji yg mabrur dan bukan haji marlboro yer kak pah...

Ramai para ulamak yg berkata..kesan dari amalan mengerjakan haji mabrur adalah jelas kelihatan selepas kepulangan jemaah dari mekah samada mereka menjadi bertambah beriman atau sebaliknya...

cHeRyNa PiReS said...

sayangnya!!! deco dah dapat markah enam tapi resepi getah dapat full mark pulak...

* takpe kak pah...ujian ke tanah suci...insyaAllah berkat sabar kak pah...tuhan mudahkan amalan di sana:)

Nizam.Ariff said...

Sebab getah gelang masih berbaki, dia bagi diskaun je.

Kalau telan getah gelang tu habis, baru boleh dapat diskaun kut...


Selamat pergi dan selamat pulang, kak.

ummi humaira said...

salam tuan rumah ...
semoga segala perancangan mu berjalan seperti yg telah dirancang ...

anggap lah getah gelang tu hanya sebagai ujian yg terlalu kecil untuk bakal menjadi tetamu Allah ..

ujian kesabaran kita disini lebih baik dr diuji di sana kaaan.mudah2an cik pah dan suami dipermudahkan segala urusan disana dan dikurniakan haji yg mabrur .. ameen.

lupekanje said...

dah tk lama dah lagi nak ke tanah suci.

pastikan persiapan zahir dan bathin longkap..jgn ada yg telupo nnt...sik sibuk ngingat kiriman doa org jer..(misalnya la..)

err...sodap gak kak pah kan...kari getah gelang gitu...cooobaaann...!

a kl citizen said...

assalammualaikum

markah untuk deco 6/10...
markah untuk getah dalam makanan?

kakpah said...

Cklah, ujian lah tu.

cklah lagi, o yeke.. pasti cklah tau nama dia kan?

kak nora, tak sampai hati. Kita cuma tunjuk je supaya lain kali berhati2. Tak sangka kena bagi diskaun plak.

hasue, kalau tertelan, ha.. selamat..

Zai, insyaalah kami dapatkan haji mabrur

sha, tenkiu for the ingatan

nizam, kalau telan mana nak dapat diskaun sebab dah takde bukti

ummi, doakan kakpah sabar menghadapi segala ujian.

acik, sapolah nak kirimkan doa melalui kakpah ni. doa sondiri pun bolum tontu dimakbulkan huwaaa.....

cikgu, sebab getah markah deco terjunam hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...