Followers
jom klik
Friday, October 16, 2009
Mencari yang sesuai supaya kaki tak sakit
Hampir aku tersungkur saat aku melangkahkan kaki sebaik memakir kereta. Aku pandang ke bawah kasut mencari-cari benda yang aku tersepak. Rupanya kasut aku yang sudah ternganga macam mulut buaya. Boleh pula aku tidak perasankannya semasa aku mengambil kasut.
Selipar jepun ada dalam kereta, saran suami.
Kalau nak cari cobbler pun ada dekat-dekat bank islam tu. Dekat-dekat chiplee pun ada katanya lagi.
Beberapa kali ke bank islam dan beberapa kali ke chiplee sebanyak kali itu jugalah aku menepuk dahi, la.. lupa bawa kasut. Lama-lama kasut itu aku campak dalam tong sampah.
Membeli kasut bukan mudah bagi aku. Susah kerana tidak berjumpa yang benar-benar berkenan di hati. Kasut tumit tinggi? Those days were over. Nanti ada pula yang mengata mak nenek manalah yang terkedek-kedek dengan kasut tiga inci tinggi. Tak pasal-pasal kaki aku terkehel.
Aku cari yang selesa. Yang tak ada tumit. Yang cover depan dan kalau boleh belakang juga. Yang ni lah yang susah nak cari ni sebab style semua sepesen.
Kan mak dah ada yang macam ni.
Dah koyak.
Belilah yang macam ni.
Taknaklah, runcing sangat. Kalau tersepak kaki orang boleh demam seminggu.
Kalau tak pun yang macam ni.
Ala.. macam budak-budak je.
Aku masuk dari satu kedai ke satu kedai, tak jumpa-jumpa. Raya haritu aku pakai saja sandal yang aku beli di bandar hilir. Sandal kulit harga 20 ringgit. Itu pun dah lusuh sebab hari-hari aku lanyak.
Pergi Sogo minggu lepas ada satu kasut yang aku pekenan. Aku tunjuk kat salesgirl, mintak saiz. Dia tengok kat cekerol dia.
Saiz ni dah tak ada lah kak.
Tu satu sebab lagi yang aku malas cari kasut. Dah jumpa yang aku suka, tak ada saiz pula. Kalau tak pun, jumpa yang suka, harga sampai dua tiga ratus.
Akhir-akhirnya, aku beli jugalah sepasang di Central shoes.
Okay ke ni.
Okay lah mak. Cantiklah daripada kasut yang mak pakai tu.
Mak beli yang ni boleh tak
Oo please no..no..
Apasal pulak, matching dengan baju per
(hehe saja menyakat. Aku pun tak hengen)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Biar kurang bergaya asalkan selesa.
Dulu kalau dapat kasut Bata pun dah happy.
saya pulak, tak kiralah apa rupa asalkan saya berkenan - biasanya beli yang tidak bertumit dan pakai 'sampai habis' baru tukar yang lain :P
Comfit BATA, bagi saya cukup selesa...tapi kategori SANDAL laa..
Salam Pah,
Saya ada sepasang sandal. Sangat setia, gardening, ke pasar, shopping, ke majlis...itulah yang saya capai,sebab, so comfortable. Nak cari pengganti, sama tapi tak serupa.
dulu sha pernah repair kasut deret mcd tuh kak pah...tapi tak taulah ada ke tak lagi tpt tuh. nywayz, chiplee ngan mcd dekat je pon kan:p
kalau sha, sha mmg suka loafers scholl. keluar belanja sikit tp bertahun tahan dipakai.
tp utk jalan2 gi kedai...sha pakai bata je. ada kasut tutup yang sangatlah selesa dan murah:)
salam cek pah ..
cantik kasut tu.
kalau yg dlm gambar tu sesuai untuk guna kat tanah suci nanti..
saya pon kadang2 malas
dalam bab2 mencari kasut neh ..
bila kasut yang ada tu
betol2 dah lusuh/rabak
barulah pi cari yg laen ..
kadang2 ada yang berkenan di hati
saiz plak takde ..
tu yang malas nak carik tu ..
ada sekali tu, saya pi BATA
saya suka dengan
satu pattern kasut tu
dek terlampau suka
saya beli 2 pasang sekaligus
tapi berlainan kaler .. ekekeke
maksu dah tak pakai dah kasut tinggi... apo nak buek? :(
Kasut mak pengantin...
Kena matching dengan baju pengantin kakPAH.....
hE..HE..
sy pn kalu pakai kasut sampai lunyai dah xboleh pakai lg baru beli yg lain. pastu.. itu kasut g pasar.. itu la kasut g jenjalan.. kehkehkeh!!!
assalammualaikum
memang susah nak beli kaut
yb, teringat lagi iklah kasut bata,
mula mula ke bata... kemudian ke sekolah..
umie, selalunya macam tulah kalau dah suka
ashley, yes.. bata.
kaknora, kalau dah setia dengan satu kasut, susah nak pisah
sha, kajang tu tempat sha dulu2 eh
ummi, tu google je. nak cari camtu tak jumpa
uji, kahkah.. orang bukan tahu pun.
maksu, samolah kito
cklah, hehe.. aku pakai capal je.
cikgu, tu lah pasal.
Post a Comment