Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, October 1, 2009

Mengadu kat boss baru tau

Minggu lepas aku pergi metro kajang. Barang-barang yang nak dicari tu nak kata banyak tak de lah banyak. Nak kata sikit, kira banyak pulak. Jadi aku hangkut anak-anak aku tiga orang. Kakngah pun kata nak cari jam tangan.

Tau je lah kalau perempuan ni bila masuk shopping kompleks. Lain yang nak dibeli lain yang dibelek. Aku sempat meround ke tempat henbeg tengok-tengok kalau ada yang pekenan. Kalau ada yang pekenan mahu je aku sambar sebijik. Anak aku membebel-bebel cakap yang henbeg aku kan ada lagi. Ala, nak jamu jamu mata pun takkan tak boleh.

Kat tepi eskeletor ada kiosk jual pouch dan sling bag lelaki. Aku ajak anak aku singgah. Aku cakap kalau buat hantaran okay tak. Aku tengok orang lelaki pun ada juga yang pakai bag ni pergi kerja. Anak aku cakap, mehlah kita tengok dulu.

Aku tunjuk kat satu bag. Amoi tu turunkan dan aku belek-belek. Anak aku juga belek-belek. Masing-masing tak pekenan sebab nampak macam buruk je. Kemudian aku dongak lagi ke atas. Aku cakap dengan anak aku yang tu nampak okay . Anak-anak aku mengiyakan. Aku suruh amoi kedai tu turunkan beg yang aku tunjuk. Aku nak tengok.

Tau apa amoi tu cakap? Dengan muka toye dia bagitau, yang itu mahal. Itu kulit. Harga dia satu ratus lebih.

Ayo. Mulut takda insuran ma. Agaknya selekeh sangat ke aku. Apa-apa pun, tak baiklah kan. Biarlah customer yang decide nak beli ke tak nak. Sanggup beli ke tak sanggup. Aku pun takde hadap sangat nak beli bag tu.

Anak aku paut tangan aku ajak blah. Anyway, benda tu tak masuk dalam senarai pun.

11 comments:

cheryna zamrinor said...

biar betul barang kat metro kajang sampai seratus lebih? sha penah beli jacket yg tahan sekali pakai je kat situ. kat bawah sekali, kedai amoi. ntah2 same tak kak?

kakngah said...

ish2.. xbaik tau statement amoi tu..
tapi, slmt la poket kakpah.. kalu x.. nyaris TERsenarai enbeg tu..

kakngah said...

ish2.. xbaik tau statement amoi tu..
tapi, slmt la poket kakpah.. kalu x.. nyaris TERsenarai enbeg tu..

Ms.Lilies said...

benda2 gini slalu jadikkan...
ikut suka mulut dia je nak cakap cemtu kat customer...
bak kata laki saya kak....dia yg tak blh nak beli dia laserkan la kat org lain hahaha

chekdenoor said...

Salam.... cina memang selalu ungread kita...... cam mana nak jadi 1 malaysia....kalau cakap bahasa melayu pun tak lancar....kan..... hapuskan dulu sekolah cina dan tamil.... biar mereka bergaul dengan kita ...than dia akan respek kita seluruh masyarakat malaysia.

julietchun said...

saya pun kekdg bengang ngan penjual cenggini, mentang2 dia tgk kita cute cam bebudak skolah buleh dia layan kita ala kadar,nak tak nak je.tak semestinya org yg pakai selipar tat seng takde duit ribu riban dlm poketkan,kekekekeke.

Hanisham Ab Halim said...

Hampeh punya amoi. Perangai camni saya pernah kena kat Proton Edar. Masa tu hari pertama Model Persona keluar. Saya mmg pakai selekeh pun masa tu. Bila masuk je kat Proton Edar sekor umat pun taknak layan saya. Salesman tu cari orang2 yang pakai smart je baru layan. Kurang asam betul....

Hjh Noralenna Abbas said...

Pah,
Amoi tu pandang orang tak ada mata!

ibundo said...

sha, tu kedai kat kaki lima tu je. eksyen je lebih.

kakngah, memang selamaatt.. hehe..
Tapi kitorang ngutuk jugaklah dia tu.

lilies, mulut laser ni nak kena cili api ni hehe.

chekde, tang tak pandai bahasa malaysia tu yang macam tak boleh ampun tu.

juliet, akak pernah bawak juta-juta dalam poket. Duit rupiah kehkeh..

echam, orang yang pakai smart pun belum tentu banyak duit kan?

kaknora, mata ada tapi bukak tak cukup luas.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Kak Pah
macam ni lah manusia kan..kalau pakai biasa biasa jer ingat kan kita ni sengkek....
Aziz pernah terkena dengan PR KWSP . masa tu dia nak tanya kan pasal nak labur kan sedikit akaun satu tu kat mutual fund...PR tu pandang muka pun tidak..dia cakap ini untuk ahli yang ada lebih dari 50k dalam akuan satu..Bila Aziz tunjuk kan ic suruh dia tgk berapa banyak duit dia kat dalam..dia buat macam terpaksa jer...bila keluar jer statement baru lah dia pandang dan melayan kita...Hampeh punya orang! Melayu pulak tu...Rasa nak sekel kepala dia ...apa dia ingat yang ada beratus ribu dalam akuan tu suka pakai Tali leher ker...
BTW, tadi posmen dah hantar kad undangan Perkahwinan Kak Ngah...insyaAllah kalau masa mengizin kan kami datang....

ASH said...

Cam tu la gayanya amoi kat kedai kamera melayan saya, time saya tanya kamera siri D hari tu...
.
.
.
hampehhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...