Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, October 15, 2009

wedding deco english style

Dalam kesibukan, sempat juga aku menghadiri majlis kenduri kahwin anak kepada kawan suami aku. Kawan satu sekolah semasa di KK dulu. Majlisnya dibuat di dewan kat Shah Alam. Puas juga kami berpusing-pusing mencari jalan ke dewan tersebut. Kami bayangkan saudara mara dari kampung mesti payah nak datang kalau buat kenduri kat dewan ni. Orang kl macam aku ni pun susah nak cari, apatah lagi yang sesekali datang.

Bila dah sampai, kami tercari-cari pula tuan rumah. Maklumlah, dah berpuluh tahun tak jumpa. last sekali bertemu semasa tingkatan lima dulu. Tentulah sekarang banyak berlaku perubahan fizikal: perut dah boroi (bagi yang tak jaga makan), rambut dah putih, muka dah tak comel lagi dan dah ada kedut sana sini.

Sebelum kami mengambil makanan, suami bertemu dengan beberapa bekas kawan sekolah. Ada yang masih kenal kerana terdapat lagi sisa-sisa iras rupa di wajah masing-masing. Ada yang nak kena introduce dulu. Aku cuma tercegat je di sisi sambil tersengeh-sengeh.


Decorations majlis, english style. Aku ada mengambil beberapa photo menggunakan henfon tetapi tak berapa cantik. Tapi deco tu cantik lah. Terpeleot leher aku memerhatikan sekeliling. Ada pulak tetamu spesial: bekas MB selangor si Muhammad tu dan juga Aziz Singah.

Dewan vs Rumah. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Semua ikut selera dan keperluan masing-masing. Majils kenduri kakngah nanti kami buat di rumah saja. Pasang beberapa kemah di jalan dan dua kemah di halaman rumah. Tak ada aircond. Yang ada, kipas. Deco adalah ala-ala kampung. Takde english style ke hape ke. Membazir je. InsyaAllah kami buat yang simpel. Tetamu tetap dijamu dengan hidangan yang gerenti lazat. ( Ikut kata keterer lah. Kalau tak sodap jangan ngumpek pula yo)

Aku akan buat satu stesen untuk blogger makan. Kat bawah kemah di halaman rumah. Nanti aku akan letak nota reserve for bloggers di meja tu. Korang chatlah puas-puas. Aku tak sempat nak layan habis-habisan.



Lupa nak cerita. Petang Sabtu lepas aku terima kunjungan dari Umie E, blogger yang tinggal di bandar baru bangi ni. Rumah dia kat fasa empat tu je rupanya. Umi datang dengan dua orang anaknya dan seorang rakan pada anaknya. Aku cuma hidangkan biskut raya hehe.. Terima kasih umi kerana datang ke rumah kakpah. Hope to see u again. Kalau terserempak tengah beli ikan ke, ayam ke, sayur ke, dah kenal dah......

25 comments:

julietchun said...

lepas kawen pun nak pakai byk duit gakkan, jadi jgnlah membazir sgt tem kenduri tu.

wos said...

kakpah dah nak terima menantu ker?
(nampak sangat lama tak jengok sini.. sowi kak pah!! hehehe)

Unknown said...

salam kak pah ..
tengok ke tajuk tadi , ingat ke persediaan walimah kak ngah , he he he terpedaya ummi lak...
hai nampaknya , nanti ummi jadi tetamu VIP le ye ..nak kena tempah baju ala2 mak datin le pula nih .
semoga kak pah relax dan tenang no jgn poning2 nanti pitam waktu tetamu dtg ramai2 , tak sempat jumpa ummi.

Ms.Lilies said...

khemah blogger?
bleh intai yb tijah kan nnt

Mak Su said...

klu kakpah jumpa maksu, perut ni pun ala-ala boroi gaks. oops!

oh, nak buat kenduri kawin utk anak dah ker?...alhamdulillah :)

Tie said...

Eh...dah nak dapat menantu ?

Amboi...bakal mentua blogger,ekekeke...

cheryna zamrinor said...

kak pah, sha tgh mengarang posting pasal dream wedding sha nieh. baca posting kak pah nieh, sha tgh mengagak reaksi2 beberapa pihak...agak2nye macam mane.hehehe...

ada org suka konsep2 nieh kak pah. ada masanya sha marah jgak, membazir. tp bila fikirkan, sbb ada konsep la wedding planner ada keje...florist dpt byk job. kalau tak dicipta konsep...mungkin susah org2 yang macam nieh kan?

* apa yang menarik pasal english deco selain ros?

chekdenoor said...

Salam,

Waduh...kak pah dah mula berangan kenduri kawin anak ya.....hmmm...chekdee pulak....tak boleh berangan lagi kut...... anak-anak asyik marah bila chekdee sebut pasal kawin...mereka kata "ma..lama lagilah....kami nak keje dulu..." ...alahai.....

yayayuyee said...

kenduwi nyer bila kak pah??
dekat je kan ngan ukm
ergghh saje tanye.hehe

Cikgooden said...

pergh...khemah utk blogger...nak tepah name tag...i'am blogger..hahahah

fazemy said...

Skrg ni harga khemah lg mahal dari harga sewa dewan..sbb tu ramai buat kat dewan skrg ni.

fazemy said...

Skrg ni harga khemah lg mahal dari harga sewa dewan..sbb tu ramai buat kat dewan skrg ni.

ckLah @xiiinam said...

Kalau jadi datang....ckLah nak menyamar. Jumpa kakPah sorang je......lepas tu balik....

umi_e said...

salam... laaaaaaaaa ingatkan english deco untuk majlis tu... terpadaya dengan tajuk n3 :P

* buatlah ikut kemampuan dan keselesaan ;)

Insyirah said...

KakPah, saya segan nak datang ni. Nak buat mcm ckLah la, datang menyamar...jumpa kakpah, makan-makan duk meja tetamu lain...pastu balik. Muehehe.

Nizam.Ariff said...

english deco...

kalau aku sahih kopak rabak!

secangkir madu merah said...

insyaAllah kalau aku datang, nak jumpa & berkenalan dgn kak pah, makan dan balik.. boleh gitu?

iina said...

buek kek umah sonang lah kak.. leh lepak2..leh lawat kawasan.. leh skodeng brg umah wakakakah.. buek kek dewan xbest ler kak.. tak raso meriah ehh

ibundo said...

juliet, macam2 nak guna

wos, tu lah kau. sibuk je nak lawat kakpah ni hehe

ummi, insyaAllah kakpah tak kalut. datang ek.

Lilies, ontah.. si tijah tu buek sonyap yo. Agak e memoram sobab parti cap ayam e kalah haha..

maksu, erk... perut kakpah pun dah boroi gak

ibundo said...

Tie.. hehe.. kakpah dah ada cucu sorang tie oi.

sha, tak salah berangankan majlis wedding kita cam tu cam ni. Sekali seumur hidup mesti nakkan yang paling meriah. Ada duit semua boleh jadi. Cuma tak nak berlaku pembaziran je. Kakpah dulu2 pun berangan wedding kat garden (hehe.. mano lah ado garden kek pilah tu). Akhirnya pakkepakkepung keliling rumah je, pakai baju songket yang miang seluruh badan wakaka....

chekdee, bukan berangan lagi. Dah tinggal dua minggu je lagi ni ..

ibundo said...

yuyee, betul ko nak datang? email kakpah, nanti kpah bagi alamat.

cikgoodin, tak yah tempah nama. Ko sangkut je manila kad kat leher.

fazemy, tu lah.. lagipun dewan ada ekon

ciklah, ko nak menyamar camana cklah. orang mesti kenal cklah nye, hehe..
Nanti kpah tanya korang, nak duduk sama bloggers ke nak duduk sendiri..

umi, hehe...

syirah, mana ko pegi dik oi...
nanti datang ye. Tak kesahlah nak nyamar ke taknak..

nizam, erk... aku pun koyak rabak gak.

smm, asal datang dah cukup. Kenal ngan kakpah je pun dah ok.

ina, takdo bondo nak skodeng mah akak ni hehe. Nak ajak kau, ekau jauh bona.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

O...dah dekat beno dah majlisnya...ada apa-apa yang Auntie boleh tolong??...kot le, nyusun kerusi ke?...lap-lap pinggan ke?...nak tolong kupas bawang, Kak Pah dah guna khidmat caterer. :-)

ASH said...

KAKPAH,
aku nak pakai MASK OTROMAN!!

Syirah...
ye laahhh..tak nak jumpa akak pun tak per..
tak per...
.
.
.
sesunggguuuuuuhhhnyaaaaaa...
HUWAAAAAAAAA

ibundo said...

yan, dah dekat dah. nak tolong makan meh lah. email kakpah. nanti kpah bagi alamat.

ashley, kau dah cakap. dorang nanti kalau nampak lady yang pakai mask otroman tu, dah tau dah tu nko hehe

mimieloma said...

wah bes nye k pah ade kemah blogger lagi.......kelas k pah.....heheheh

ramai ke blogger yg kak pah jmput tu......waduh malu nye eden nak menonjolkan diri.......hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...