Hari Khamis malam Jumaat pukul 12 malam lebih kurang, aku akan ke kelana jaya. Ketika itu ramai yang sudah berdengkur. Pastinya yang melepaskan aku dari rumah hanya anak-anak dan ahli keluarga. Kawan-kawan? Sapa yang nak datang malam-malam buta tu.
Flight pukul 7 pagi. Harap-harap semua urusan dipermudahkan.
Bila seseorang ke Mekah, selalu dipesan-pesankan supaya menjaga tutur kata. Setiap kata-kata yang dikeluarkan itu menjadi semacam doa. Dan ia selalunya makbul. (Kat sini pun kita kena jaga tutur kata juga supaya setiap yang keluar itu baik-baik sahaja, tidak takbur dan tidak menyakitkan hati orang. Tetapi oleh sebab tempat kita ini bukan Mekah, orang selalunya mengambil endah tidak endah)
Aku ada satu cerita dan ia terjadi pada diri aku sendiri. (Sebab itu aku berani nak cerita sebab aku tahu kesahihannnya). Kami mengerjakan umrah. Dari rumah aku beritahu suami lebih kurang seperti ini:
bang, nanti malaslah nak bawa balik air zamzam. Yang kat rumah ni pun banyak lagi belum habis diminum.
Setelah selesai mengerjakan umrah dan tiba waktu untuk balik ke malaysia, pekej penyediakan setiap jemaah satu tong air zamzam. Oleh kerana dah tersedia begitu, aku mengambil hak aku dan menulis nama besar-besar di tong air. Siap dengan alamat sekali. Kemudian, beg-beg dan tong air zamzam itu dimasukkan ke dalam perut bas menuju ke lapangan terbang jeddah.
Sampai di jeddah, bagasi di keluarkan. Begitu juga tong-tong air. Semuanya diletakkan di atas trolley. Air zamzam kepunyaan ahli keluarga aku, ada. Tetapi tong air zamzam aku tidak ada. Puas mencari kalau-kalau ada tersorok di perut bas. Tak ada. Hilang. Hilang? padahal aku dah tulis nama dan alamat. Macamana boleh hilang.
Aku tak bising-bising. Salah aku sendiri. Kan aku dah berniat dari rumah yang aku tak mahu bawa balik air zamzam? Allah perkenankan niat aku.
Begitulah. Jaga mulut. Jaga tutur kata. Aku dah zip mulut aku supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Buat pengunjung blog, aku dah mula bercuti. Mungkin dari semasa ke semasa aku akan meminta kirin updatekan dengan gambar-gambar yang boleh aku hantar dari sana.
Sekian. Salam buat semua.

16 comments:
Malam Jumaat ramai yg tak tidur awal kakpah wakaka
Selamat mengerjakan ibadat haji semoga mendapat haji yg mabrur. Doakan saya dan emak adam dpt mengerjakan haji secepat mungkin. Kirim salam kpd Nabi bila kakpah sampai makam baginda (kalau ingatlah).
Kak Pah,
ucapan sha sama macam ucapan YB. rasa dulu dah buat ucapan dah:)
Tapi seperti biasa, bila orang jalan jauh dan selalu sha ingatkan pada diri sha utk buat ucapan nieh:
kalau ada tutur kata yang silap dari sha, sha mintak maaf pada kak pah seisi keluarga.
selamat pergi dan pulang ye!
* Arinieh Sha link Tadika Aulad dalam posting. Tumpang ye!
salam Kak Pah..
Semoga perjalanan diberkati dan dipermudahkan..
Selamat pergi dan pulang.. semoga ibadah diterima dan diredhai.. amiinn...
psst.. akak.. doakan semoga sapa2 yg belum jejak kaki ke Mekah, dapat berpeluang menjejakinya.. amiinn..
moga kakpah dan semua jemaah haji tahun ni akan selamat dan sentiasa sihat di sana utk mengerjakan ibadah. Doakan agar kami akan ikut jejak kakpah dan jgn lupa suruh kirin update :D
Salam...
Selamat menunaikan ibadah haji kak pah....Moga mendapat haji yang mabrur...InsyaAllah...
moga selamat pergi dan selamat pulang ....
salam kak pah..
pengalaman ummi pun sama , cuma ummi ckp tak nak membeli belah yg banyak ,membazir , betul ,disana ummi tak rasa nk membeli belah yg bersangatan .. sekadar untuk anak2 dan adik2 jer .
selamat menunaikan ibadah haji
selamat berangkat kak pah...
selamat beribadah
semoga selamat smpi dan selamat kembali....
maaf zahir batin ya...
salam.kak pah,Moga mendapat haji yang mabrur...InsyaAllah.
selamat berangkat KE TANAH SUCI.
Doa2 kan deeja mendapat rezeki utk ke TANAH SUCI gakk
assalammualaikum k.pah
semoga selamat pergi dan kembali serta beroleh haji mabrur...ameen
kak pah ku sayang...
waaaahh..ayat tk bley blah..
moga kita kan ketemu lagi...
tringin nk minta doakan sesuatu... tapi..hmm...tk payah la.. mesti ramai yg udah mintak kak pah doakan mereka..tkmau membebankan.
tpi andai tetiber terlintas langsung sewaktu di sana, kpah tetiber tingatkan acik yg baek sgt nih...kak pah doakn lah yg bebaik utk acik...apa2 pun tk kisah.... cth cam, doakan acik dimurahkn jeki, dpt gi sana sesama nnt..
tpi tk yah doakan acik dpt jodoh pulak...*nnt bebudak ni kata ummi buang tebiat....hehehe...
orait kak pah..jago diri bebaik.
Ingat pd janji masin mu dulu...
acik kan tetap menanti kefulanganmu kak Pah....
Labbaikallahumma labbaik...
Selamat pergi dan selamat pulang.
Doakan yang baik-baik ye...
Salam Kak Pah...
Semoga selamat pergi dan kembali..dan mendapat haji yang mabrur tapi bukan haji malboro yer kak pah..teruslah istiqamah mengerjakan ibadat dengan hati yg kusyuk..mudah2an segalanya dipermudahkan...
Salam Kak Pah,
Semoga selamat segala urusan. Jaga kesihatan juga. Amin!
kakpah, all the best :), amiinn
salaaaaaammmmmm.....
selamat menjadi tetamu Allah.
Post a Comment