Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, November 8, 2009

Pi Aloq Staq






Jumaat pagi kami bertolak ke utara. Aku anak beranak pergi dahulu. Singgah di Kemunting di rumah mertua kaklong dan bermalam di sana. Kaklong and famili menyusul lewat malam kerana dia ada exam yang habis jam 6 petang.

Besoknya lebih kurang 8 setengah kami bertolak dari Kemunting menuju ke Alor Star. Ada tiga kereta semua. Aku anak beranak, kaklong satu famili dan mertua kaklong satu kereta lagi. Dalam perjalanan acik Anon menelefon menyuruh kami singgah di Gurun sebentar. Mereka dari KL malam sebelumnya dan terus menuju rumah mak saudaranya di Gurun. Kami kemudian konvoi 4 kereta menuju ke homestay berhampiran rumah mertua kakngah. Mad E satu famili dan nenek sudah sedia menunggu di situ.

Tidak berapa lama kemudian kakngah datang dihantar oleh kakak iparnya. Dia baru selesai di makeup. (Kenapa pengantin ni kalau di makeup nampak macam pelakon opera je?).



Selesai solat zohor kami konvoi lagi menuju ke rumah pengantin.


Layan je lah gambar








Masa makan beradap aku dengan suami duduk sebelah pengantin. Mula-mula aku macam nak sopan je. Segan nak panjang-panjangkan tangan ambil lauk pauk yang menggoda tu tapi lama-lama sebab kubulur punya pasal aku tibai cukup-cukup. Sampaikan tak sedar dah berbunyi brrppp.. (oops).
Masa nak balik tu siap bisik dengan kakak pengantin, nanti tolong hantarkan laksa ye untuk makan malam. Tadi nak makan perut dah kenyang la.

Tak tau malu betul.

(Sebenarnya perancangan awal lepas kenduri nak terus balik ke kl tapi suami ajak tidur semalam lagi sebab badan penat.)


Pagi tadi sebelum balik kami singgah lagi ke rumah mertua kakngah. Masih ramai orang yang bergotong royong membersihkan sisa-sisa kenduri. Kami dijamu dengan nasi lemak dan kuih muih. Selesai makan-makan kami minta diri untuk beredar. Aku peluk kakngah. Terasa macam empangan nak pecah tapi kirin dah warning aku:
mak jangan nak nangis!!

(kurang asam ko kirin). Terbantut aku nak berdrama kejap.


Alhamdulillah, semuanya selamat. Semuga kakngah bahagia dengan kehidupan barunya. Aku doakan jodohnya panjang sehingga ke anak cucu dan bahagia sepanjang hayatnya.




Yang ni gambar masa kenduri di rumah aku tempoh hari. Aku suka gambar ni. Satu, sebab gambar ni nampak ceria. Dua, sebab anak-anak aku semua ada dalam gambar ni (menantu aku tak ada sebab tengah demam). Tiga, sebab pengantin tua kat tengah-tengah tu nampak berseri-seri hahahaha




Salam.

26 comments:

keireen said...

naseb baik mak tak nangis, sebab kirin tengok kakngah pon tgh menahan empangan..kalo tak, mau banjir satu kedah..huhuhuhuhu

xiiinam said...

Amboi ceq...mai daghi Kedah teghuih cakap utara no...he..he..






kakPah, barulah ckLah teringat, masa kat rumah kakPah hari tu, cklah tak tengok pun pengantinnya....,nak cepat2 sangat, sebab kaki abang tiba-tiba sakit (dalam kaki dia ada implan banyak! Sorry ya dia tak turun...parking jauh hari tu!)nasib baik dapat tengok kat sini...


Lagi satu...
imej yang hitam putih tu....kakngah sebijik nampak macam mak dia...he..he..

xiiinam said...

Hari tu ckLah cuma berbual dengan 2 orang tetamu kakPah....budak remaja...menggunakan bahasa isyarat standard (ckLah faham,..sebab pernah belajar).

yuyee cap limau said...

kak pah
amboi,memang berseri-seri pengantin kat tengah tu..haha selamat pengantin lama kak pah..
dan juga nak ucapkan selamat mendapat haji yang mambrur,selamat pergi dan selamat balik..jangan lupe air zam-zam untuk yuyee in da house ya!!..hehe

Ms.Lilies said...

hikmahnya kan akak dapat flight on 13...dapat tgk majlis angah kat utara :)
moga ceria2 selalu

DrSam said...

terimakasih kak pah kerana sudi jemput kami sekeluarga menghadiri kenduri anak kak pah minggu lepas. Walaupun terlewat sedikit, kemeriahan masih terasa. Memang ceria dengan warna merah mak ngah.

Selamat berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.

lupekanje said...

hahha..*tompang gelak sama...
sebab tgk perantin tuha tuh..

kirin...sib bek kau warning omak kau..
kalu tk..merembeh la ayer mato ehhh..

kak pah tk rock lansung nak nangehh..
cukup2 la..simpan sok utk masa nk terbang nnt...hehhe..

Kirin...sok kat airport...kau lak jgn nangeh yo..

ehh...ni blog kak pah ke blog kirin...kompius jap..ahahha..

Moga kak ngah hidup bahagia cam omak eh gakk...ceria dan tabah...jadi isteri yg solehah..dapat suami yang soleh....
Doa acik yg jawoooohh...
errr...

ashley said...

wakakakakaka..
golak bosar aku!
terhibur pepagi buta ni..
.
.
.
uwan,
udang panjat tu depa buat udang mengiring..

nampak sedap ayam golek tuh..

gambar atuk ngan uwan tibai ayam golek, tak dak ka?
he he he

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Alhamdulillah! semua dah selamat. Semuanya dapat dilihat di depan mata ...tak terkilan Kak Pah...inilah hikmahnya lambat sikit berangkat ke tanah suci.

isyy! lawalah gambo pengantin baju merah!... :-)

kakpah said...

kirin, mak nak kena jawab ke.. hehe

cklah, ko imagin kakpah cakap utara telo negeri sembilan. hancoq.. takpa la, bukan rezki pak zahan. Len kali je lah ye.

cklah lagi, diorang ni ramai kawan. Sronok gak cakap main tunjuk2.

yuyee, ko nak air zamzam? kat warta tu ada jual hehe..

lilies, tu la pasal. ada beberapa urusan lagi yang tak selesai dan sekiranya jadi pergi 4 hb haritu akan pasti menjadi kelamkabut. Ada hikmah.

dr sam, terima kasih kerana sudi datang. maaf lah tak dapat nak layan. nasib baik ashley jadi penyelamat.

kakpah said...

cik, nak jadik bintang air mato tak leh ko. untung2 dapek masuk drama minggu ini jadi pelakon tambahan pun jadi la.
hehe.. pengantin tua tu cun kan? wakaka..

ashley, udang manjat tu dah rebah sebab berat sebelah kehkeh..
gambar atuk ngan uwan tibai ayam golek kena sensor sebab nampak nau buruk makan

yan, tulah. dapat meraikan majlis sebelah..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

apa salah nya menangis kak Pah...menangis bukan saja tanda sedih tapi tanda gembira jugak...

Bila air mata keluar dia keluar bersama perasaan kita, betul tak akak!

Minggu ni akak berangkat ya....semuga selamat pergi dan kembali dan di permudah kan segala urusan...
sampai salam saya pada semua yang ada di sana...

julietchun said...

terkenang tem dolu2 ye kakpah bila dpt duduk atas pelamin balik.

secangkir madu merah said...

seronok jadi rombongan pengantin yg disambut meriah cam tu kan? wah pengantin lama mengalahkan pengantin baru.. terserlah kegembiraan diwajah...

fzi said...

Salam kak pah...
Selamat kenal2 ya...seronok baca citer2 kak pah... lebih2 lagi dalam n3 Hang Jebat sebelum ni...banyak info yang saya tak tau jadi tau....thanks ya kak pah kongsi2 citer :))

kakngah said...

mak ai.. kocor tgk lauk pengantin. hlg sopan mak pengantin kehkehkeh!!

osah ketagho eh soghi pengantin tetongah gamba las tu...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam kak pah..

kina doakan semoga kakngah cepat2 dapat bb.

dan kak kap leh la dpt cucu baru.

huhuhuhu...

Insyirah said...

Macam opera?? Huhuhu. Sebab tu lah saya tak nak mekap masa walimah nanti. Tapi sure semua org akan membebel kat saya kalau saya tak mekap. Huhu.

ummi humaira said...

salam kak pah..
aloq setaq tu tempat dia tang mana ? kalu buat masa cuti sekolah mesti ummi dpt join sama kan .. boleh ummi balik kampong sekali ...

selamat berbahagia buat kak ngah dan selamat berangkat buat kak pah n suami .

Webmaster@Echam said...

Bab Kak Pah cakap pengantin tu yang saya tak boleh tahan nak gelak tu.. Kah..kah..kah..

a kl citizen said...

assalammualaikum k.pah

pengantin baru cantik
pengantin lama menarik..

iina said...

kak.. den suko gak tgk pengantin kek tongah2 tuh.. ado tak terkonang maso mudo2 marin hehehe..

Kak selamat terbang ke tanah suci mekah yo.. jaga diri.. semoga dipermudahkan semua urusan pergi dan balik nanti ;)

aNIe said...

Kak Pah...memang cantik gambar tu...sebab ianya diserikan oleh pengantin yang ditengah2 tu...hehehe

kakpah said...

ezza,air mata begenang gak. cover-cover supaya orang tak nampak. Mata kakngah pun merah.

juliet, memang tokonang-konang.

smm, tu yang tak tahan tu hehe. Ti, kakpah lapor diri tengah malam la. Tak dapat la nak jumpa ko. mesti ko dah tido berdengkur2.

fzi, salam kenal2. nanti kita kenal2 lebih dekat lagi ye.

kakpah said...

kakngah, akak tegolak jo buleh tak, kehkehkeh...

kina, tenkiu. kakpah dah amek dah award tu ..

syirah, mau tak mau kena pakai gak mekap macam opera tu. selamat menjadi pengantin baru. nanti kakpah hantar kaklong wakilkan kakpah ke majlis syirah tu..

ummi, kat kampung kandai. rumah tepi sawah. Teringat pula lagu rumah tepi sawah pakai pula langsir biru....

echam, kehkeh..

cikgu, ehmm ehmm... hahah

ina, timo kasih yo lah. sorilah ina dah lamo tak poi jongok rumah kau. bizi dan mood pun dah berapo nak ado. ekau shat ko.

anie, haha.. pengantin lama.

hans said...

pi aloq staq ke?
baguih2
biasalah
make up tebal..jadi macam tu lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...