Petang semalam ke USJ menghantar kak Amismar ke rumah sepupu. Dia dan kawannya yang dua orang itu akan pulang ke Jakarta besok. Aku minta sepupu yang uruskan. Tambahan pula hari ini mereka mahu puter-puter keliling KL. Aku minta sepupu uruskan yang itu juga.
Hujan yang berterusan walaupun tidak lebat ditambah lagi dengan kesibukan manusia pulang dari kantor, menyebabkan jalan ke USJ 3 macet. Kami sampai, setelah tersasar dan berputar balik, pada jam 7.30 malam. Sampai-sampai saja, terus minta izin untuk menunaikan solat maghrib.
Kami membantu tuan rumah di dapur, berbual-bual, membuat jenaka dan bergelak ketawa. Suami dan sepupu menonton bola di astro. Aku tidak sedar ada sms masuk yang datangnya dari kaklong.
Mak tak tengok briter ker. Ada orang mengamuk kat kelana jaya. Kes sama ngan mak lah. Tarikh tukar ke 13 hb.
Masa tu berita tv3 dah habis pun.
Aku tak ada nak komen apa-apa. Setiap apa yang berlalu adalah ketentuanNya. Bukan senang nak pergi haji. Bukan senang nak buat haji. Dan bukan senang nak mendapatkan haji yang mabrur. Anggap apa yang berlaku sebelum berangkat sebagai sebahagian daripada ujian daripada Allah. Habis cerita.
Manusia hanya merancang. Yang menetukan bukan kerja kita. Aku teringat satu peristiwa yang berlaku padi kami pada penghujung tahun 80han. Ketika itu anak masih kecil-kecil. Kami ke utara semenanjung makan angin. Mula-mula kami ke pulau pinang, kemudian ke Alor star. Kami tak sedar duit dalam poket sudah hampir kering. Kad kredit masa itu belum buat. Kad ATM pun belum buat. Yang kami bawa cuma buku bank.
Silap kami, kami tidak sedar yang hari itu adalah hari cuti di sana. Berpusing-pusing cari bank. Bank semua tutup. Kami pecut ke perlis. Pusing-pusing lagi cari bank yang bukak. Tak ada. Setelah termenung dalam kereta dan perut pun dah berkeriut keriut kelaparan, aku sekeluarga turun memasuki satu restoren.
Di satu pojok restoren itu aku terlihat seseorang yang amat aku kenali. Sepupu aku yang kat USJ ini lah. Dia pun sedang makan-makan angin satu famili. Bayangkan.... Kami dalam kesukaran pada waktu itu dan Allah telah mengeluarkan kami dari kesukaran itu. Of all the places... kami dipertemukan di situ.
Sepupu aku membawa kami ke bank yang hanya di sebelah restoren. Cucuk duit di atm dan duit berpindah tangan. Semenjak itu aku serik. Balik ke bangi terus buat kad.
Macam tu lah.
17 comments:
Salam Kak Pah,
Malam tadi Auntie nonton Berita, bila tengok ada peristiwa bakal haji terkandas, terus teringat dengan Kak Pah...dalam hati, "janganlah Kak Pah pun sama.."...aduh!...rupanya Kak Pah pun sama??..tak pelah, macam Kak Pah kata, semua yang terjadi ada hikmahnya...Allah saja yang tahu.
....tapi, masa dalam berita tu, rasa sakit hati jugak dengar 'ayat' wakil travel agent tu...lebih kurang macam ni.."apa kita nak buat???...kena sabar le...ni nak ke Mekah, bukan nak ke Chow Kit?..."amboi! sombong bunyinya. Yang bakal haji yang di interview macam nak nangis kenangkan nasib...ya lah dia orang datang dari JB.
Ha...dah ada lagi masa beberapa hari ni, boleh le berblog!! :-)
Salam yan. tak. Kakpah tak terkandas. Kakpah dah diberitahu awal2 yang penerbangan bertukar ke 13.
mgkin ada beberapa agensi yang terlibat. kpah pun tak tahu. baca dalam paper tadi agensi tak bertauliah. tu yang kpah mushkil. kalau tak bertauliah tabung haji tak bagi lepas. tengok kat gambar dalam paper tu, makcik tu pakai gelang tabung haji.
memang kesian tengok yang dtang jauh2. agen dia patut beritahu yang penerbangan dah tukar. adalah tu silap kat mana-mana. wakil agen juga kenalah handle benda ni berhati-hati. Sebab nak pergi hajilah jemaah tu rasa marah. kalau nak pergi chowkit, sapa yang kesah!!
alhamdulillah, bantuan dtg tanpa diduga
Salam kak pah,
Ingat hang jebat mane tadi. hihi.
betul kak pah, kita kna redha. syukur kak pah dpt berita seblom naik flight. yg dr jauh2 memang kena kuat tahan sabar. tu bru kat mesia, kan? kalu kat mekah, lagi byk cabaran.
betul, kak.nak jln jauh, kna spare duit cash. kdg2 atm pun kondem. saya paling takut kalu balik teganu, hubby ckp nati kita cucuk kat atm...maklum, time raya. atm pun bole takde duit. hihi.
mujur sekarang ni senang ada kad kredit dan kad atm. tapi ada kad takde duit tak guna juga,hahahaha.
setakat tukar tarikh.. masih ok lg kn.. dr yg terkandas lgsg xblh pergi tu.. lg besar dugaan. dah la x lepas ke tanah suci, kene tipu lg..
Salam hajah,
Ini semua adalah ujian Allah, menguji kesabaran kita, khasnya tetamu Allah.
bhila sha tgk berita malam td serta merta ingat kak pah. yang palign best tuh, sha boleh cakap, "memang tak pergi arinieh...gi 13hb!"
pastu pembaca berita sebut,"mereka akan berangkar 13 november ini."
mak tanya,"mana kau tau?"
"baca blog."
geleng ngan senyum je parents sha...ehehe...
betul kata kak pah, kita hanya boleh merancang...
salam kakpah... sesungguhnyan Allah lebih mengetahui kan... ;)
Setiap terjadi ada hikmahnya. Mesti ada sbb knapa ada perubahan saat2 akhir. Apo laei kak leh berblog laei.
maksu, memang tak diduga tul
nurindah, pegi haji ni pun kakpah dah sediakan kad atm hehe..
juliet, tu yang nak tergelak dengar tu..
kakngah, hehe.. sebenarnya masalah macam-macam. malas nak citer je. tapi kalau dorang kata visa tak dapat tu memang betul. dalam satu hari kedutaan arab saudi boleh keluarkan visa seribu dan yang mohon beribu2. mohon visa tu bukannya boleh seminggu nak pergi, mohon. dua tiga hari nak pergi baru boleh mohon. Ada yang nak terbang petang, pagi baru masuk application. camno tu..
kaknora, semuga Dia beri saya kesabaran.
sha, haha.. tu dah kira ada kuasa tu.
umi, betullah tu umi..
iina, sebona e mood nak beblog dah tak ado. tapi tangan gatal jo nak bukak kehkeh..
uikss...
aku tak tengok berita tapi kak tie bagitau...
macam macam dugaan.
Dugaan orang nak buat Haji ni....memang pelbagai bentuk kan kakPah...Harap semua hujjaj bersabar...sampai tamat.
Dulu aku pernah nak batalkan semua kad kredit sebab buat menyesakkan dompet je dengan duig pelestik tu...
Tapi, bila difikirkan balik. ada gunanya. Bayangkan kalau nak beli barang yang mahal-mahal, takkan nak bawak kehulu kehilir duit ribu-ribu? Atau nak buat downpayment rumah atau kereta? mau kena rompak..
SO, aku kekalkan sekeping dua. Yang lain aku potong..ofcourse...
Allah tu Maha Penyayang
Dia kalo nak bagi kita
petunjuk .. macam2 cara
kadang2 diluar jangkaan kita
cuma .. kenalah banyak bersabar
contohnya:
macam cerita yang Kak Pah lalui
masa pi Utara tu ..
*
pergi
assalammualaikum k.pah...
betul sangat kata2 k.pah tu..
saya doakan yang terbaik utk k.pah sekeluarga
Post a Comment