yang buta dipimpin
yang tempang bertongkat
yang tegap berjalan tangkas
tua
muda
gebu
kerepot
mana raja dan mamanda menteri
mana yang berpangkat
dan mana pacal yang hina
Tidak ada yang berbeza di situ. Kesemuanya sama-sama bergesel bahu bertukar-tukar keringat dikala bersesak-sesak ke arah tarikan baitulharam.
Aku bayangkan manusia di sana bagaikan semut yang keluar sarang berebut-rebut menuju ke arah manisan. Mereka menyerbu dari kesemua arah, keluar dari setiap celah dan pelosok setiap kali hampirnya masuk waktu solat. Dan sebagaimana datangnya mereka, begitu pulalah mereka keluar menuju ke sarang masing-masing setelah terlaksananya kewajipan.
Sarang aku di Al Rayyan, lebih kurang 1500 meter dari Haram dan lebih kurang 700 meter dari Dar Naj. Dar Naj? Mungkin orang lebih mengenalinya sebagai masjid kucing. Sekiranya dulu orang akan mengatakan sesiapa yang tinggal di kawasan masjid kucing ia sudah dikira tersangat jauh, tetapi sekarang tidak lagi. Itu lah antara kawasan paling hampir ke Haram buat masa ini dari arah pintu Marwah kerana bangunan di sekitar sudah hampir kesemuanya dirobohkan. Di sisi bukit marwah projek pengubahsuaian sedang dibuat dan bayangkan habuk yang dimuntahkan bersaing dengan debu-debu yang berterbangan setiap kali angin berdesir dan terpaksa disedut oleh mereka yang lalu lalang. Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan memakai topeng setiap kali keluar bilik. Sekurang-kurangnya dapat melambatkan proses mendapat batuk.
Bangunan-bangunan di sekitar sarang aku sudah ditanda dengan nombor-nombor, menandakan akan menunggu masa untuh dirobohkan. Khabarnya akan tiada lagi bangunan di situ pada masa akan datang. Yang ada hanya dataran. Akan bertambah jauhlah al Haram. Dan makin bertambahlah cabaran yang pasti dihadapi oleh bakal-bakal haji 5, 6 tahun akan datang.
Ternyata latihan aku berjoging di stadium mpkj agak berbaloi walaupun tidak sekerap mana dan tidak juga sejauh mana. Setiap kali ke masjid kami akan menapak sejauh lebih kurang 1.5 kilometer pergi dan 1.5 kilometer balik. Itupun kalau kami memilih masuk pintu masjid paling hampir iaitu pintu Marwah. Maknanya setiap kali solat, kami akan berjalan sejauh 3 kilometer. Itu tidak lagi masuk pusingan tawaf dan juga sa'i sekiranya kami melakukan umrah. Kemudian kami memutuskan untuk iktikaf saja di Haram selepas Asar dan pulang selepas Isya'.
Pernah beberapa kali kami bersolat di basement dan di rooftop berhampiran Babul Fahd dan untuk ke sana kami terpaksa membuat setengah pusingan masjid. Malamnya kami saling memicit tapak kaki dan betis. Setelah beberapa kali, kami memutuskan menetap masuk di Marwah sahaja. Kami suka naik terus hingga ke rooftop, berangin semulajadi dan dapat melihat kaabah terus dari atas.
Solat di haram memang tidak sama dengan solat kita di sini. Selain daripada mendapat gandaan pahala 100ribu kali(maka rugilah mereka yang memilih untuk bersolat di tempat penginapan sahaja), jelas sekali ia mengajar kita untuk mengenal diri sendiri sedalam-dalamnya. Alunan merdu suara imam membaca setiap surah membuat kita kusyu' mendengar setiap butir yang disuarakan dan terasa sayu syahdu apabila imam membaca dengan isakan apabila surah yang dibaca berkaitan dengan siksaan akhirat. Pasti hati tersentuh dan teringatkan perbuatan silam.
Tempat solat adalah luas. Teramat luas sesuai untuk menampung jutaan haji. Sekiranya bersolat di dalam masjid berdepanan dengan kaabah, terdapat beberapa kawasan untuk muslimat tetapi tempat adalah amat terhad dibandingkan dengan jumlah jemaah yang ada. Memandangkan faktor tempat terhad, jauh dan terpaksa berebut-rebut, ramai bersolat di tempat-tempat terbuka. Maka tidak hairanlah sekiranya jemaah wanita sebaris di depan, lelaki sebaris di belakang dan bercampur-campur baris antara lelaki dan wanita. Dan tidak hairan jugalah sekiranya anda sedang duduk di saf menunggu waktu dan tiba-tiba ada lelaki pula duduk di sebelah anda. Perkara seperti ini memang tidak dapat dielakkan.
Aku sering memerhatikan cara wanita dari negara lain melakukan solat. Mengikut pengamatanku kitalah antara jemaah paling sopan. Ramai yang aku lihat bersolat dengan kaki bogel tidak ditutup setokin mahupun kain labuh. Ramai juga yang rambut terjulur sana sini. Ramai juga yang banyak bergerak ketika bersolat seperti mengikat tudung, membongkok mengambil tisu dalam henbeg dan lain-lain. Banyak sangat kalau hendak disebut.
Jumpa lagi dengan cerita yang lain.

11 comments:
salam hajjah,
semoga sayapun sempat ke sana...
syoknya la hai baca cite akak ni...
time kat rooftop tu pernah hujan x kak?
assalammualaikum
memang perlu persediaan mental dan fizikal yang hebat ya, kak pah...
alhamdulillah, kak pah dapat selesaikan semuanya..
salam kak pah...seronok baca pengalaman haji akak ni..terima kasih sudi berkongsi dengan kami.. :)
terima kasih kakpah.. sudi kongsi pengalaman sms di tnh suci...
Suka baca coretan kakpah ni.. macam yang mentua ceritakan..
Assalamualaikum,
Alangkah seronoknya bila solat menghadap terus kepada Ka'abah. Aku solat, cuma mata hati yang mampu memandang Ka'abah, mata zahir aku belum mampu lihat dari jauh
azani, insyaAllah.. akan dijemput.
lilies, penah sekali sehari sebelum wukuf. Tapi masa tu orang dah ramai pergi arafah. yang ada, bersembahyang di tempat yang ada bumbung..
hasue, salam. masak apa harini.
kakngah, yela.. kite citer je. Tak tentu lagi semua suka hehe..
tie, hehe.. ada banyak citer lagi ni.
nizam, kalau kita solat di sini dan terpesong sikit je kiblat, kira tak per. tapi ada juga hamba2 Allah yang kiblat arah sipi2 ke tempat lain walaupun ka'bah depan mata.
Salam hajjah,
Tahniah kerana berjaya melalui dugaan besar itu. Hmmm...photo-photo itu membuatkan chekdee rindu untuk menziarahinya lagi....insyaallah...
salam chekdee, sehat? tentu sibuk kan dengan centre.
Salam Kak Pah,
Syukur alhamdulillah dah selamat sampai. Rehatlah sepuasnya dulu.:-)
Post a Comment