Pagi tadi semasa waktu rehat, murid lima tahun aku berkata;
ummu, tolong bukakkan.
Aku memandang bungkusan roti di tangannya lantas aku menjawab;
Ummu tak mahu bukakan. Haikal cuba buka sendiri.
Tak bolehlah ummu. Tak tahu.
Aku mencangkung di hadapannya, mengambil bungkusan roti di tangannya dan berkata lagi;
Haikal pegang macam ni, kemudian tarik. Lalu aku kembalikan bungkusan roti itu.
Macam ni ya ummu.
Haah. Tarik kuat sikit, nanti dia akan koyak.
Aku melihat si Haikal membuat seperti yang aku suruh dan akhirnya berjaya mengoyakkan plastik roti tersebut. Dia kembali duduk di kerusinya dan dua tiga orang rakannya datang mengendeng mahukan roti di tangan.
Ini hanyalah satu situasi yang nampaknya seperti biasa-biasa sahaja tetapi sebenarnya anak itu mengalami satu proses pembelajaran. Untuk ibu-ibu di luar sana yang masih mempunyai anak kecil, ajarlah anak supaya berdikari. Jangan biasakan membuat itu ini yang remeh temeh bagi pihak anak. Biarlah anak itu belajar.
Sekian.
kakpah
16 comments:
kak Pak....
Kenapa cklah terasa ni ha....
Ha..ha..ha...
Eh...tak jadi nak terasalah...
ckLah tak ada anak kecil...
Hi..hi..hi...
...saja nak tunjuk logo baruu ckLah kat blog kak Pah ni....
:)
ckLah gila kuasa ke apa malam ni? Sampai 3 komen.
Betul tu kata kakpah. Tapi kadang2 bukan saja anak2 kecil yg mcm ni tapi yg dah dewasa pun mcm tu juga.
hero saya kdg2 ngengadessss teerlebihhh...
salam kak pah,
betul tu kak. kalu kita tak tolong, bukan tak sayang. tapi kita nak dia lebih pandai...
sy tongah trening adeeb basuh pggn lps mkn. termasuk bapak adeeb.. ops!
Nak manja dengan teacher...
ajar anak buat sendiri...mcm ajar dia bangun sendiri selepas jatuh....
tpi sesekali diorg tu nk bemanje..boley gak kan... hehe..
klu nk layan smua budak yg nak bukak bungkusan pastik, ponek gak cikgu kan...
cklah, cklah dan cklah..
woo.. ada logo baru. patutlah.
mata tu macam menenung kakpah je. Terasa ai tau!!!
yB, hmm yang tua2 macam ko pun kadang-kadang perlu kena sound gak kan?
mamarempit, hehe manja bona lah tu.
indahhouse, supaya anak ada self confidence.
kakngah, bapak adeeb tu ko train masak yo...
kaknora, sebab kat tadika tadika mak nak manja hehe..
acik, sosokali leh lah. tapi kalau taik buek sondiri bilo nak pandai.
sangat setuju dgn stetment itu..biarlah anak itu belajar sendiri, tapi... sekali sekala kita tolong buatkan tak apa kan kakpah?
tq kakpah :)
btul tuh kak pah.. elok juga ajar camna nak buat daripada kita biarkan kita yang tolong buatkan utk dia
smm, sekali sekali nak lepas manja. jangan asek2 meh sini mak buatkan kehkeh..
iina, yes! kau lah penyokong setia aku.
Yelah k.pah. Kat kelas saya tu bila bebudak tu hunjukkan botol air mintak tolong bukak, sekali kita ajar, tunjuk cara betul, suruh dia try depan kita, bila boleh diaorang tersengih happy so lain kali tak de lagi minta tolong kat kita. Dia pulak kan main bangga menayang kat kita yang dia dah boleh bukak sendiri.
Tunjuk ajarlah anak-anak kita dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, insyaallah kebaikannya akan datang kepada kita jua akhirnya.
Post a Comment