Perkembangan kanak-kanak tidak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Bukan sahaja dari segi perkembangan fizikal tetapi juga dari sudut pembelajaran.
Kanak-kanak yang bijak akan cepat menerima apa jua jenis pembelajaran di sekeliling mereka, seringkali secara tidak formal iaitu tanpa jerih payah ibu bapa mengajarnya. Mereka mempunyai pengamatan yang amat tajam. Ibu bapa perlu pandai monitor anak-anak yang bijak supaya kebijakannya mereka tidak terbazir begitu sahaja.
Kanak-kanak yang sudah pandai membaca, menulis dan mengira akan berasa teramat bosan sekiranya guru tadikanya asyik menyuruhnya menulis abc, 123 dan membaca ba be bi bo bu. Mungkin guru mahu menyelaraskan pengajarannya dengan kanak-kanak lain yang masih belum tahu apa-apa. Kebosanan ini akan membuatkan kanak-kanak bijak ini tidak mahu ke tadika lagi kerana guru mengajar perkara yang dia sudah tahu.
Saya menulis ini untuk memberi pandangan kepada delima yang dihadapi oleh azlina. Ia mempunyai anak berumur 4 tahun lebih bernama Aleya yang bijak dan sudah boleh membaca dengan baik. Dia bertanya sama ada patut menghantar anaknya ke tadika tahun ini atau tunggu tahun depan semasa anaknya berumur 6 tahun.
Sebenarnya perkembangan mental kanak-kanak bukan setakat membaca dan mengira sahaja. Ia merangkumi aspek yang lebih menyeluruh. Aspek sosio-emosi adalah antara yang terpenting. Bolehkah anak itu mendapatnya di rumah sahaja atau ia akan lebih matang sekiranya bergaul dengan ramai kawan-kawan di tadika.
Lagipun di tadika banyak pembelajaran terancang yang boleh dipelajari oleh anak. Kenapa tunggu ia berumur 6 tahun. Anak akan ketinggalan banyak pelajaran. Carilah tadika yang menawarkan kelainan dan tidak membosankan anak.

15 comments:
Allah saja yang dapat membalas jasa guru-guru tadika anak saya....yang memperkenalkan mereka kepada 'baca dan tulis!'
salam kakpah...
betul cam akak cakap tu....mcm ank deeja,dirumh xboleh dpt,tapi bl dihntr tadika..semo boleh...lain org lain perangainyer...ank deeja tadika 2 tahun,tp di tadika yg berbeza,takut jemu...skrng ni dia lg seronok nk sekolh meskipun ajar benda yg sama,sebab lain pendekatan...
Mendidik anak-anak yang bijak adalah satu cabaran bagi guru2 dan ibubapa. Bagi Tie laa, rasa sukar kerana mereka anggap diri mereka lebih pandai dari kita. Kena guna cara psikologi gak, supaya mereka boleh terima apa yang kita cuba terapkan.
Tie ~ seorang ibu yang kurang bijak tetapi punya anak2 yang lebih bijak.
salam... anak saya daha tak ada yang di tadika :P TAPI yang dah bersekolah ni saya terus hantar tuition sebab saya tahu mereka tak dapat apa2 kalau harapkan belajar di rumah sebab saya tiada kemahiran utk mengajar mereka ;)
Betul tu kak Pah...anak yang bijak dan sudah pandai membaca pada usia muda akan merasa bosan dengan pembelajaran yang sama. Cuba hantar dia ke tadika yang berlainan supaya dia dpt memperkembangkan kemahiran atau kepandaian yang ada padanya...tak perlulah tunggu hingga 6 tahun...rugi...
salam hajjah,
betul pandangan anda..
salam kak pah...
Terima kasih atas pandangan dan pendapat kak pah..amat berguna dan berharga pada saya..trm ksh kak pah..
cuma buat masa ini tadika yg ada kelainan semuanya penuh minggu hadapan ina akan hantar aleya di tadika berhampiran rumah dahulu..untuk lihat perkembangan sahsiahnya..
p/s: juga seperti atie bukan seorang ibu yg bijak..
ada pelajaran yg buleh dapat disekolah dan ada pelajaran yg buleh dapat dirumahkan.
Salam,
Kanak-kanak zaman modern ini memang cepat belajar .....cepat atau lambat pada permulaan usia tidaklah menjamin anak itu sucsess dalam pmr mahupun spm ....ini adalah diatas pengalaman chekdee ...berhadapan dengan kanak-kanak pintar tetapi akhirnyer sama sahaja kemudian hari nyer. Oleh itu yang penting adalah memupuk minat, sikap positif dengan ilmu dan bercita-cita tinggi ...kerana pencapaian akademik adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan minat yang baik untuk mencapai hasil yang cemerlang.
Maka dalam hal kebijaksanaan dan kecemerlangan akademik ....disiplin adalah yang paling utama.
sy baru intai2 tadika untuk baby w yang akan berumur 5 tahun pada tahun hadapan. sekarang dia dah boleh mengira tanpa mistake. ajar main2 di rumah
cklah, tanpa guru siapalah kita.
deeja, mudah2an anak deeja menjadi anak yang bijak
tie, ibu bapa dan guru sama-sama mempunyai tanggungjawab.
umie, di bbbangi ni memang dah trend hantar anak tusyen. sebenarnya belajar kat sekolah pun dah cukup kalau beri tumpuan. tapi kpah pun hantar anak pg tsyen gak untuk subjek yang dia rasa lemah.
anie, anak ini memang cepat boring
azani, worait!..
azlina, ada belikan buku peter n jane? biar dia mahir baca buku bahasa ing.
juliet, betul cakap ko tu. Kalau nak belajar masak belajar kat rumah je sebab kat tadika tak ada kursus masak memasak kehkeh..
chekdee, komen ckdee mengingatkan kpah pada pelakon kanak2 dalam salah satu cerita jins smsudin (tiada esok bagimu?). kanak2 yang boleh membaca surat kabar pada umur 3 tahun. Khabarnya budak itu akhirnya tidak 'menjadi apa-apa'. kesian dia.
maksu, haha.. tak sangka maksu jadi pengendap.
Aku setuju... anak aku mungkin bijak pelajaran, tapi bab emosi inteligensi tu kurang sikit la... macam abah dia kut, anti sosial... payah nak berkawan..
nizam, haha sebab abah dia dah puas kena benam dalam selut masa kekecik dulu
Post a Comment