Seorang lelaki bermata sepet tercegat di situ sebaik aku membuka pintu opis. Dia tersengeh-sengeh. Aku lihat ada beg bimbit besar di tangan kiri dan henfon nokia di tangan kanan.
gud moning cikgu. Sorry 'a.. wont take much of your time. Can I come in 'a..
Ada apahal?
I have something gud for the children to you show ma.
Sorry la. Kita bizi .
Boss ada ka.
Boss outstation. Aku tersengeh-sengeh dalam hati.
Boss punya nombor henfon ada ka.
Sorry ma. Boss tak kasi bagi.
Aku lihat dia terkebil-kebil. Selepas beberapa kali sorry lagi, dia berlalu dengan kaki yang berat.
Kadang-kadang aku kesian tengok salesman/saleswoman ni. Kerja untuk mencari rezki. Tapi kita selalunya berasa iritated apabila dihampiri mereka. Ada juga kalanya kita terasa marah kerana mereka datang tidak kena pada waktu.
Pakcik, nak beli buku? Ada cd sekali bla..bla..
Seorang jurujual menghampiri kami sedang kami menikmati sarapan jam sepuluh di RnR.
Kan aku tengah makan ni, jawab si pakcik sambil terus menyuap makanan ke mulut tanpa mengindahkan sijurujual. Kerana tidak dilayan, sijurujual berlalu.
Tak senang orang nak makan. Cukup pantang kalau aku makan ada orang datang jual itu ini. Dahlah panggil aku pakcik. Si pakcik terus membebel. Agaknya kalau dipanggil abang, mahu dia ambil sebijik (kehkeh).
Ting..tong...
Ada juga yang menjual dari rumah ke rumah. Lelaki. Perempuan. Tua dan muda. Selalunya muda. Kalau yang tua-tua tu, menjual kerepek. Kesian makcik-makcik tu. Berpeluh-peluh. Kita tak beli, tak sampai hati.
Ya, ada apa.
Assalamualaikum kak. Saya dari blabla. Saya nak tunjukkan water filter bla..bla..bla..
Maaf ya. Ibuknya nggak ada di rumah.
Sekejap aja kak bla..bla... Dia terus membebel.
Saya nggak tau. Ibuknya nggak ada. Bapaknya juga nggak ada.
Setelah memandang aku dengan hati antara percaya dengan tidak, dia berlalu mencari mangsa seterusnya.
Yang menjual pakai telefon ni pun banyak juga. Yang ini kalau bercakap memang tak tau nak berhenti. Kalau anda menerima panggilan seperti ini dan dia tak berhenti bercakap, gunalah trick seperti yang aku selalu buat tu,
Hello...hello... h'a apa?? Tak dengar lah.. line tak clear ... Tupp.. matikan henfon.
Mereka cuma nak mencari rezki. Walaupun terpaksa menebalkan muka dan telinga. Kita saja yang kadang-kadang tak faham.
kakpah
10 comments:
Ye, hajah. Banyak-banyak sabarlah salesmen oi! iTapi, harus awas, zaman sekarang ni, entah-entah ada yang tak genuine (penipu, pukau)...fuhhh..abis kau (bahasa orang melaka)
kalau ada salesman/girl [seksi lak tu] msk ofs sy, sy cpt angkat kaki g pantry ke.. msk jamban ke.. filling room ke.. pandai2 la yg tertonggok xsempat lari tu layan. lg pn diorg ni.. mmg sah2 xreti bahasa. org dh tmpl notis kt pintu not allowed pun nk msk gak.. apa2 pn sy tetap tabik gak la.. dorg sggp buat keje camtu. kalau sy, sah2 xnak.... bkn memilih keje, tp tk sggup ooo....
lg 1 kn kak... dtg mntk derma. selalu nau ala2 pak aji dr arab mana tah dtg mintk derma fisabilillah katanya. sy angkt kaki gak. xcaya la. dr bg kt dia, baik sy sedekah kt rmh ank ytim. tentu tuju halanya. pastu.. bau tengit nak mamTUTTT!!! tk behongap dibuek eh...
sat g nk submit kontes dialog lucu.. hiks! dh 4 hr 4 mlm karang nih!
agak2 eh klu acik la jadik salesoldwomen nk jual tempoyak, potai, kakpah ndak tk layan??? ekekkeke..
assalammualaikum kak pah
satu yang respect tentang diorang ni ialah kental dan tabah mengadap semua kerenah kita. apa pun selagi kerja tu halal, biarkan je lah. kalau naj sokong kita beli, kalau tak nak senyum dan angkat kaki je
nora, tu lah pasal. kena hati2.. tapi kita ni tak dapat nak kenal pasti mana yang betul mana yang menipu. macam samaaaa je.
kakngah, ado yang ghoti bahaso tu yang buek paneh yo lam badan ni. kek sini ado gak orang afghan (dio katolah.. siap bojubah lai) datang rumah ko rumah mintak duit. yang paneh hati tu, bagi sepuluh hengget tak mau de. Nak limo puluh. mau yo nak kono hampok..
acik, kalau potai tempoyak dan yang jual tu acik, siap kakpah bukak gate bosa-bosa.... silo masuk.
cikgu, betul tu. nak beli, taknak cakap taknak.
tapi kan cikgu... ada pulak salesman yang tak reti bahasa ni. h'a.. camno.
HAHA..golak bosa den...
kesian ...
acik, golaklah bosa2. tosodak baru tau..
pB. hehe
acik, golaklah bosa2. tosodak baru tau..
pB. hehe
kak.. call kek handpon paling best hehehe.. esok2 den tepon jgnlah buek camtu lak kak.. takpo.. den dah tau trick akak dah hehehe ;)
Post a Comment