Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 7, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU BERSAMA ANAK

Boring? Tak tahu apa nak buat hujung-hujung minggu ni? Dan anak-anak pula cukuplah ligat berlari ke sana ke mari.

Hah, jom buat aktiviti bersama ummu.

Ada penyepit baju tak. Kalau tak ada, tak apa. Kertas manila pun boleh. Kertas manila pun tak ada? La, ambil je lah apa-apa kertas yang agak keras. Kotak pun boleh. Janji kertas tu tak berterbangan bila ditiup angin kipas.

Okay, potong kertas keras tu menjadi square agak-agak lebar 2 inci. Potong sepuluh keping. Kalau malas nak potong kertas, ambil je lah penyepit baju kat penyidai tu. Tulis di atasnya no 1 sampai 10. Siap?

Okay, cari pula benda yang boleh dibuat sebagai pembilang. Butang ke, batu ke, gula-gula ke, kacang ke, guli ke, apa-apalah....
Masukkan benda-benda ni dalam bekas. Kalau tak sayang correlle, bagilah mangkuk correlle tu.

Bila semua bahan dah cukup, buatlah aktiviti ni. Aktiviti ni untuk anak yang dah kenal angka 1 sampai 10. Bagi anak-anak yang belum kenal, ibu kenalah bagi kenal dulu. Boleh juga kalau ibu tulis di atas kertas lain angka 1 - 10 ini mengikut urutan.

Bagi anak yang sudah mengenal angka, suruh dia susun angka-angka mengikut urutan menaik atau menurun. Bagi yang belum mengenal, suruh anak menyusun angka-angka mengikut contoh yang ditulis ibu.

Lepas tu, suruh anak meletak jumlah objek yang bersesuaian dengan nombor. Contoh, tengoklah gambar di bawah. Maaplah gambar tak terang. Guna kamera cikai je.







Selamat beraktiviti.

kakpah

7 comments:

aza ni said...

salam hajah
rajinnya...

Unknown said...

salam kakpah.
terima kasih ya berkongsi idea yg mudah tapi menyeronokkan ni.
kakchik nak guna idea ni utk layan anak2 sedara yg ramai tu.
baca buku saja tak cukup... kena ada aktiviti sampingan.

aNIe said...

Salam Kak Pah...

Aktiviti yang menarik untuk anak2...

kakngah said...

mggu dopan blk kmpg, buleh rembat sopit kayu nenek kehkehkeh!!!

ibundo said...

azani, jadi cgu kena rajin.

kakcik, ramai anak sedara ek. Mesti penat nak layan kerenah dorang.

anie, main sambil2 tu kira belajar gak lah.

kakngah, osah kau ni. poilah boli....

Mak Su said...

nanti maksu songlap sepit kain jiran maksu utk xtvt ni (sbb maksu sidai kain kat hanger) ;)

ibundo said...

maksu, kalo hilang.. tau le sapa yang amek wakaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...