Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, February 20, 2010

Buang yang keruh ambil yang jernih

Beberapa hari lalu ada lagi cerita orang buang anak. Kesian baby yang tak ada dosa apa-apa tu dibuang macam sampah yang tak ada harga, nilai langsung. Macam orang buang sampah merata-rata di tepi jalan, tepi longkang, tepi kaki lima kedai. Hah.. buang. Tak reti-reti nak menjaga alam persekitaran. Tak reti-reti nak jaga moral.

Masa zaman sekolah aku dulu, rafeah buang tengah top. Kejap-kejap lagu kak peah ni diputarkan di corong radio. Masa tu radio tak canggih macam radio sekarang. Tapi asal ada radio tu dah dikira canggih lah tu. Suara kak peah ni memang sedap, lunak, lemak. Lepas tu dia kawin dengan kerabat raja, impian anak-anak dara masa dulu (rasanya sekarang pun anak dara mimpi nak kawin dengan anak raja gak. Mana tau, untung-untung dapat jadi permaisuri). Makin lama rafeah buang makin tak ligat lagi menyanyi. Alfatehah untuk aruah.

Ros, kotak yang ibu letak kat sini, mana?

Yang mana buk

Yang macam ni, besar ni, bentuk macam ni..

Kalau yang ituk saya sudah buang buk

Ya Rabbi.. kau ni main buanggggggg je. Len kali kau tanyalah ibuk dulu nak pakai ke tak.


Aku memang suka simpan kotak. Kotak kecil, kotak besar. Tapi janganlah yang gedabak besarnya. Buat apa. Kononnya kotak tu untuk buat projek. Ala.. projek kecil-kecilan saja. Cukup untuk menyara kehidupan aku sebagai guru tadika yang kecik ini ahaks..

Mak, air kotak dalam peti ais ni boleh amek tak

Amek ar

Tapi ni ada tulis mak punya ni

Haha.. minum boleh minum tapi kotak jangan buang ar

Nak buat apa kotak ni

Buat projek

Boleh dapat duwet ke

Korang ni tak hengat lain. Duuuuuuuwet je


Dah korang nak tau sangat apa projek mak buat. Ni.. mak tunjuk satu.





Mak pegi tesco nanti belikan faris lampin pakai buang !!!.

Ni semua asalnya nak menyenangkan mak bapak. Dah pakai, buang.. Anak aku kecik-kecik dulu pakai lampin kain je. Kena beli berdozen-dozen. Kena musim hujan alamat tak berlampinlah. Aku dulu kecik-kecik mak aku pakaikan apa, lupa pulak nak tanya.

Ada lampin pakai buang ni memang senang, mudah tapi nak cari duwet beli benda yang cuma untuk dibuang-buang ni bukanlah senang dan mudah. Perit jugak wo..
Tapi jaga-jaga ek. Yang ada isi kuning-kuning, melekit-melekit dalam lampin pakai buang tu pastikan diikat betul-betul dalam plastik jangan sampai terburai.

nota kaki:
Jangan suka buang-buang duit belanja menyoping untuk perkara yang tak berpaedah sampai orang kata macam dah buang tebiat.
Kakpah cuma buang pendapat je. Korang nak pungut atau tak pungut tu dah cerita lain.
(hehe.. tajuk tak releven langsung)

Alamak!!! sakit perut nak buang... ooooopsssss


kakpah

14 comments:

kakngah said...

hahaha!! mesti dh terBUANG angin dulu tuh!

Kak Nora said...

Salam hajah,
Nice writeup on "buang". In Melaka , there is 'Air Keroh' 'Air Jernih' n of course popular name, "Buang' n "Pungut".

kayteeze said...

Baguslah Kakpah... bahan buang ni ada gak yang berguna. Iie pun suka simpan kotak.. tapi dah banyak la ni.. mungkin kena juga buang, hehe..

azlina said...

ok lah kak pah buang pendapat ni memberi faedah pada org lain pada buang yang bukan2..he..he..

ashley said...

Sora aku kalau nyanyi ala ala PEAH BUANG gak la...ha ha ha ha.
.
.
harap maklum..

kakpah said...

kakngah, memang dah terbuang punn..

kak nora, macam tulah.. kita pungut, kita buang. kalau orang buang tak kena tempat, kita pungut dan kasi buang. banyak pahala kita dapat haha..

tie, tu la pasal. bila dah banyak simpan kotak dah jadi macam sampah pulak.

azlina, hahaha.. kakpah nak gelak sakan jap.

ashley, ko kan peminat kak peah gak kan...

xiiinam said...

Masa darjah 5 dulu, saya ada nyanyi lagu Rafeah Buang masa Malam Pesta Perasmian sekolah. Pancaragam dah mula...saya duk senyum-senyum lagi...perasan cantik pakai baju maxi kembang yang baru mak buat..ha..ha...



Sudahnya...ketua kugiran suruh mula lagi sekali...keh..keh..keh...

Lady Mia said...

haha
this is interesting :) keep it up

Azita Zain said...

bunag lain tak pe lagi rasnya...janagn buang tebiat (tabiat), dah dekat ler tu...

kakpah, yg keruh jgn terus dibuang, yang jernih pun jgn terus diambil..hehehe

happy weekend!

Erna said...

kak pah..saya ni kalau bekemas..banyak benda yang saya buang..sampaikan..bila saya suroh nak mengemas..saya tengok siap..penuh satu plastik hitam..
bila saya tanta..ape ni dik..dia baloh jawab..emi ikut mak..mak kalau kemas semua buang..Ya allah..kak pah...baru la saya sedar..anak2 perati dan ikut apa saya buat..saya buang barang yang dah rosak..dia buang..sebab tak nak susun balik...

AZANI said...

salam hajjah kakpah
ada yang jadi jutawan dari hasil buangan ini...

a kl citizen said...

assalmmualaikum kak pah

cantik , bahan buangan yang tidak dibuang oleh kak pah tu

kakpah said...

cklah, rupanya cklah ni ada bakat terpendam ek..

lady mia, thanks for visiting

azita, sekarang ni dah ada teknologi menjernihkan yang keruh

erna, hehe.. kena turn back the clock. bagitau balik benda yang patut dan yang tak patut dibuang hikhik..

azani, selalu gak berangan mempunyai daya kreativiti yang cukup tinggi untuk menjdikan akak seorang jutawan

cikgu, hehe...

lupekanje said...

kira dah jauh acik tetinggal komuter ni kak pah..
tpi acik goma lak baca entry akak...
sobab banyak bona buang ehh...hehehe

I laik this entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...