Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 21, 2010

Bunga Rampai Penyeri Majlis

Duduk termenung kat belakang rumah petang tadi aku pandang pokok cili aku yang kurus kering macam kena penyakit bulimia dan hidupnya pun malu-malu, mati apatah lagi tunggu dulu. Macam tu pun masih ada keluarkan buah yang pedas menyengat. Sekali petik cukup untuk buat sambal gesek ikan bilis dan kalau makan dengan nasi tengah panas gerenti meleleh air mata dan air hidung. Bersiut-siut.

Sebenarnya aku nak cakap pasal daun pandan sebab bila aku pandang pokok cili, mata aku terus melerek sampai ke sudut pagar tepi rumah kak maria. Ada pokok pandan di situ tapi pokok pandan tu pun dua kali lima pokok cili jugak. Kurus. Kering. Daun tak sempat nak tumbuh dah kena sembelih. Tukang sembelih di rumah ni siti. Asal buat nasi lemak je, sembelih pandan. Asal buat air tahu je, sembelih pandan. Asal buat kacang bubur je, sembelih pandan.


gambar ni aku amek dari pakcik gugel. Gemuk.

Pandan ni memang wangi, kan. Pewangi semulajadi. Memang sesuai untuk dijadikan bahan pewangi dan juga pewarna natural dalam masakan. Sebab tu boleh dikatakan kebanyakan rumah orang melayu ada tanam pokok pandan. Tapi kat rumah aku ni baru-baru ni aje ada pokok pandan sebab dulu-dulu kalau nak tanam apa-apa kat belakang rumah mesti ada pembangkang.

Takyah tanam serai. Semak. Nak serai beli kat pasar.

Takyah tanam pandan. Kalau nak tanam gak, tanam dalam pasu.

Biasalah. Pembangkang ni selalu diperlekehkan. Tak jalan. Lama-lama dia sendiri yang petik kacang panjang yang menjulur segar di tepi pagar.

Di belakang tadika sebelah luar pagar ada banyak rumpun pokok pandan dan daunnya semua gemuk-gemuk. Bila dah banyak dan rimbun macam tu takut pula aku. Takut kalau-kalau ada ular yang menyorok. Aku panggil Maidin suruh bersihkan dan daun-daun yang dipotong itu terbuang begitu saja. Kalau dah banyak-banyak sangat tak tau apa nak buat dan nak jual pada toke kuih tako, aku tak tau pula mana nak cari.

Man! pegi tadika kejap ambil daun pandan.

Arahan ni aku bagi pada anak aku banyak tahun yang lalu. Masa tu dia masih lagi dalam darjah empat ke lima, macam tu lah. Dan belakang rumah aku pun belum ada tanam daun pandan.

Macamana rupanya mak.

Ala ko ni. Daun pandan pun tak kenal. Yang macam ni, macam ni, macam ni..

Okay.

Nah.. bawak pisau.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mana daun pandan tadi Man.

Kat dapur. Tepi oven.

Mannnnn!!!!! ni daun lalang.





kakpah

23 comments:

kayteeze said...

Uwaaa.... lalang ?

Waakakaa... Tapi kan.. anak2 Tie pun gitu. Suruh ambil daun pandan, diambilnya daun pokok hiasan.. eee.. geram betul. Tak macam kita dulu. Semuanya serai, pandan, daun kari, kita kenal.

Tie suka tanam pokok-pokok gitu. Bila nak guna, kerat je. Serai kat belakang tu dah nak botak, hehe..

xiiinam said...

Pernah suruh anak teruna ckLah ambil daun pandam....




Daun orkid kesayangan ibu dia yang dia taram!

xiiinam said...

'pandam' tu...patutnya 'pandan', okey!

:)

a kl citizen said...

arahan tak jelas tu...
lain kali hantar petugas mesti siap ngan gambar sekali...

Nizam.Ariff said...

Ok la tu... pandan kurus... hahaha

aNIe said...

Hahaha...kalau lah lalang boleh jadi pandan..boleh kaya orang yang ada ladang terbiar tu kak

cikgu_math said...

CM pernah suruh anak ambil daun limau purut dalam pasu, daub pokok bungajuga yang dilurut...
Budak-budak sekarang, pokok pun tak kenal, sbbnya semuanya minta drp makcik kat pasar...

Azita Zain said...

tu pandan x cukup makan tu kakpah! samalah ngan anak2 saya, selalu konpius yg mana daun kunyit, daun kari dan serai. masa tgh hiris daun limau purut, dia kata daun kunyit...tp daun pandan dan kenal!

kakngah said...

kt bwh rmh sy ni, ada rumpun pandan public. xtau sape tnm & sape2 pn blh amik. bila nk msk kete, sambar selai dua. simpul2 selit celah memana la.. xyh beli ambipur. bila nak naik rmh pulak, pun sambar. pastu racik2, letak dlm bilik. hhmmmm.. sentiasa beraroma pengantin baru bilik sy aaauuuwww!!!

kakpah said...

tie, daun-dauin yang selalu kita nak guna kalau ada kat belakang rumah, senang. Nak guna je, amek... takyah tunggu2 kena pegi pasar lagi.

kakpah said...

cklah, daun oked tu ada iras2 pandan

cikgu, hehe.. masa tu henpon cikai. takde kamera nak snap.

nizam, kalaulah lalang tu ada aroma gak..

anie, lalang ni pun satu hal. senang je nak tumbuh. pandan pulak walaupun kita tanam elok2 ada yang tak mau menjadik.

CM, tu la pasal. Penah saya nak buat pecal tapi takde sayur kangkung. suruh pegi kedai beli kangkung dibawaknya balik bayam. Sabau je la..

kakpah said...

Azita, tapi lama-lama dorang kenal gak kan? Kena leter sikit bebudak ni.

kakngah, aww..aww..
orang cakap daun pandan boleh halau lipas gak sebab lipas tak tahan bau pandan.

tasekM said...

hahaha.... daun lalang tu kalau makan mau berdarah tekak tu...



.

Ejamaria said...

ini la budak2 skrang... dia kenal pc, laptop, hp, psp... kite dulu mana ade sume2 ni, main la masak2 kat tepi rumah sambil kenal2 ngan pokok2 tu sumer...

cEngkeriK MaLam said...

WAKAKKAKA... LUCU SGGUH K.PAH DAN GELAGAT ANAK-ANAK NIE...SENYUM SAYA PAGI2 NIE SORANG-SORANG...

kak Pah, saya nak tanye, k.Pah edit gambar cantikla...siap ada signature lagi...k.pah guna program ape?...hehhehehe

ita cutevirus said...

kak pah,

umah ita memang takde pokok² tu sume... tp orang sebelah menyebelah ade tanam... kalo nak, mintak je...
huhuhu.. diorang pown tak kisah... tp bile ngan "bendera jepun", ita tak amek sendiri... takut pokok tu mati... mintak tolong diorang amekkan...

kakpah said...

tasek, ko jangan!!

eja, haha.. nasib baik tak tanya ni ikan ke ayam ni..

cengkerik, kakpah pakai photoscape. tanya pakcik gugel dan download je.

kakpah said...

ita, ada neighbor yang tak kesah kalaiu dikongsi2. Akak tak kesah bendera jepun ke malaysia. Hentam je..kehkeh..

secangkir madu merah said...

antara daun pandan dan daun lalang...lebih kurang sama ja...

Ku Tak Sempurna said...

daun pandan kat umah ni hidup segan mati tak mau je rupanya...

.
.

tapi daun lalang, segar bugar...

pelik betul..

hikhikhik

Erna said...

kak pah lupa nak cakap tu..daun pandan ada bau wangi..he he.

iina said...

wakakakah kak.. tak leh den nak bygkan.. yolah kak rupo lalang tuh ado gak rupo daun pandan hehehehe.. eloklah tanam kek umah sonang nak buek masak.. den kek umah tuh yg rajin nanam pakwe den.. dio bab2 tanam pokok daun buek masak bg kek dio.. den lak suko tanam pokok bungo :)

kakpah said...

smm, haha.. orang buta huruf pun leh kenal

kts, sebab lalang banyak baja asli. kucing ko selalu menabur kat situ kan..

erna, memang lupa cakap

iina, ko untung lah na. pakwe rajin amek port kat dapur hikhik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...