Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 4, 2010

Mari berkreativiti

Menjadi cikgu mesti kreatif. Kalau tak kreatif nanti budak-budak jadi boring. Bila boring belajar pun jadi nak tak nak. Bila belajar nak tak nak mestilah objektif kita tak tercapai. Tak kiralah kita cikgu sekolah rendah ke, cikgu sekolah menengah ke, universiti ke, apatah lagi cikgu tadika macam aku ni.

Mengajar abc pun mesti dipelbagaikan juga caranya. Kalau hari-hari tunjuk ini a, ini b, ini c, budak-budak mesti boring. Cikgu pun mesti boring juga. Tambah-tambah lagi kalau budak yang kita ajar tu tak dapat-dapat.

Aku nak tunjuk satu cara kreatif yang tak makan modal yang banyak pun. Ibu-ibu di rumah boleh gunakannya untuk membuat aktiviti bersama anak-anak.

Kita masak selalu gunakan kelapa kan? Hampas kelapa jangan dibuang. Campurkan sedikit pewarna di dalam hampas kelapa itu, gaul dan keringkan. Buatlah berbagai-bagai warna. Hijau, kuning, merah, biru, oren, apa-apalah. Keringkan betul-betul sebab kalau kurang kering nanti hampas kelapa itu menjadi masam. Seelok-eloknya gunakan terus apabila kering.

Lukiskan gambar di atas kertas lukisan. Apa-apa gambar pun tak kesah. Suruh anak-anak bubuh gam di tempat yang mahu diwarnakan. Taburkan hampas kelapa yang telah diwarnakan tadi mengikut warna pilihan. Sonang. Kacang.






Anak-anak happy. Ibu happy. Cikgu pun happy.



Errr.. apa kena mengena gambar di bawah ni. Ada kena mengena dengan keboringan lah. Untuk elak anak-anak aku boring, aku bawak laptop dan broadband. Sama-sama nyanyi abc. Cikgu pun sama-sama nyanyi gak. Pitching lari? tak kesah. Boleh kejar.



Sekian.

15 comments:

pak long said...

salam buat kak pah....
memang kreatif la....boleh buat modal ngajar seni kat kelas pak long

pak long said...

salam buat kak pah....
memang kreatif la....boleh buat modal ngajar seni kat kelas pak long

lupekanje said...

hampeh kelapo pun leh buat hasil seni kan....memang botul2 kreatip la kak pah nih....tabik spring la acik..hehhe

kakngah said...

sy selalu beli santan je...
xder hampas.
hampeh boto la..

Anonymous said...

Uwaaa.........

Macam guna pasir warna tu kan ?

Memang kreatif ! Dan menjimatkan.. Syabas Kakpah!!

ita cutevirus said...

best!! best!! **double thumbs up**....

Yunus Badawi said...

tabiklah kat otai mcm kakpah ni. Lepas ni tentu ramai yg ikut.

Nak guna teknik ni utk ajar Adam bila dia besar sikit hehehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Very good, tapi nanti tak diserangi semut ke? Semut-semut ingat ada taman bunga "mari kita enjoy"

ibundo said...

paklong, tukar2 idea ar paklong..

acik, kreatip cik, kreatip..

kakngah, osah hampeh e

tie, haah, macam guna pasir tu le

ita, hehe..

yb, tapi ko kena get ready dengan penyapu dan penyodok sebab gerenti bertabur..

nora, erk.. semut tak berani datang

pB said...

Salam Kak Pah ...

memang save sangat duit.

kalau yang kat supermarket yang guna glittering powder tu mahal giler

KTS said...

dapat cikgu camni, kompem taknak balik umah...

.
.


pitching lari tu yg susah nak cari...
hihihihi

ibundo said...

pb, hah.. yang ni tersangatlah murahnya...

kts, lari-lari pun.. serak2 lemak basah. susah nak cari suara cam akak ni.

iina said...

Tingat dulu2 maso sekolah rendah cikgu kelas den ajar buek nasi goreng hampas kelapo.. sobab kak..

Jgn ado lak bebudak buek kerisik warna lak kak.. hehehe makin rondang ada warna warni ;) terus terer eja abc hehehe

ibundo said...

ina, kau bia botul. nasi goreng hampas kolapo? wah.. ni kalau meniago mosti untung bosa ni kehkeh...

SHAFIDA said...

tq akak...wah, tersangat kreatifkan.heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...