Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 11, 2010

If you want to sopeak, sopeak propoly......

Ada seorang sahabat bangsa arab yang suami kenal. Abu Ahmad. Dia pensyarah di ummul qura', Mekah. Kenal pun sebab dia buat PhD di universiti malaya, itupun belum habis lagi sebab tesis masih tersangkut. Orangnya ramah, banyak cakap.

Kami dua kali ke rumahnya yang cuma beberapa kilometer dari kota Mekah. Pertama kali semasa buat umrah dan kali kedua semasa buat haji baru-baru ni. Pergi pertama kali, kami dijamu dengan nasi arab yang tersangatlah sedap lengkap dengan lauk pauk arab. Semua aku bedal melainkan kebab kambing yang memang aku tak suka makan. Kali kedua cuma makan-makan tamar yang pelbagai dan cookies arab.

Rumahnya ada dua ruang tamu, satu ruang tamu untuk lelaki dan satu lagi ruang tamu untuk perempuan. Mungkin sebab dia dah sering ke Malaysia dan tahu budaya kita di sini, aku dibenarkan sama-sama berbual dengannya dan suami. Isterinya tak keluar dan kalau ada apa-apa yang nak diberitahu dia akan bercakap dari belakang pintu sahaja. Selesai minum-minum aku berpindah berbual dengan isterinya di ruang sebelah.

Aku tak pandai berbahasa arab dan isterinya pula cuma tahu sikit-sikit bahasa inggeris. Kami banyak tersengeh-sengeh daripada bercakap. Kadang-kadang anak-anaknya yang boleh berbahasa inggeris walaupun tidak berapa lancar, menjadi translator.

Semasa berbual dengan Abu Ahmad semasa ke rumahnya december baru ni dia berkata sesuatu yang melekat di kepala aku sampai sekarang.

He likes (reffering to his son, Ahmad) to study english.

Then come to Malaysia , suami aku suggest.

No. Malaysians cannot speak english. The malays always speak with la here and there. The chinese dont speak english at all. They just speak chingchong chingchong...

Suami aku sengih dan aku rasa nak tergelak pun ada but the truth is there. How english is our english. Kadang-kadang kita tak kesah pun grammar kita betul ke tidak, pronounciation kita betul ke tidak. Janji cakap dan janji orang paham.

Menjawab kajiselidik waterlily baru-baru ni mengingatkan aku kembali kata-kata abu Ahmad. Kadang-kadang kita ghairah mengajar anak kita bercakap bahasa inggeris. Memang bagus. Cukup bagus tapi pastikan kita bercakap dengan menggunakan grammar yang betul.

Pernah sekali aku pergi kfc dan seorang anak terjerit-jerit berkata kepada ibu,

Mak..mak... nak wash your hand, nak wash your hand, sambil menuding jarinya ke sinki.

Berlaku demikian kerana kita selalu memberi arahan kepada anak, wash your hand, tapi tidak mengajar anak membuat statement I want to wash my hands.

Begitulah adanya. Salam pagi Khamis.


Kakpah


31 comments:

ita cutevirus said...

kak pah,

terus terang ita cakap, ita & hubby tak ajar sangat anak speak english.. sebabnyer kitorang ni takde la brape pandai speaking... huhuhuhuhu..
tp, kalo stakat borak² memang la ade selit sket²..

umi_e said...

salam kak pah... lamat tak jalan2 di sini...

Saya pun nak komen gaklah... mengikut pengalaman saya berada beberapa tahun (lebih 5 tahun)di negara becakap bahasa Inngeris, mereka tidak kisahpun dengan grammar dan spelling yang tak betul - bagi mereka, yang penting idea dan maksud tersalur dengan baik dan mereka faham :S - mula2 saya hairan dan selalu complained kat sekolah anak2 kerana mereka tidak perbetulkan grammar dan spelling anak2 saya - tapi mereka ada alasan yang buat saya terdiam... tapi bila balik ke sini - saya jadi stress sebab apa yang saya khuatirkan itulah yang menajdi pegangangan...

* saya kurang setuju dengan pendapat kawan suami kak pah tu yang mengatakan kita tidak boleh berbahasa Inggeris sebab belajar bahasa kalau dari segi grammar rasanya kita memang baik! Kalau dia inginkan belajar perbualan - saya rasa mat salleh sendiri pun tidak memerhatikan grammarnya dalam percakapan(sama seperti kita berbahasa Melayu) lagipun bahasa lisan dan bahasa tulisan merupakan dua benda yang berbeza...

Bahasa lisan bahasa inggeris di Malaysia merupakan bahasa 'Malaysian English' dan ahli bahasa menerimanya sebagai salah satu variasi bahasa Inngeris :p Malah di singapura juga disebut ada variasi bahasa Inggeris yang tersendiri dan juga mana2 negara lain :D

*** dah panjang lebarlah pulak... kena stop ni... boleh bual panjang2 kalau kita jumpa ya... hehehehehe

chekdenoor said...

Salam,

heheheh...chekdee pun berbelit lidah bila mula-mula kena mengajar subjek chemistry dalam bahasa inggeris...... cuma...chekdee kasi tahu dulu kat student chekdee...... bahasa inggeris chekdee loghat melayu....hehehheeheh..... kalau tak faham...tanya tau..... kui..kui..... cam tulah kita....bila pendidikan menjadi bahan politik.

aza ni said...

salam hajjah


antara yang pertama saya diajarkan...
excuse me teacher, may I go to toilet.....

HaniFadil said...

salam kak pah,

respon kepada komen chekdenoor, saya rasa sayan sangat bersetuju dengan usaha BEM (Board of Engineers) yang memperjuangkan agar matematik dan sains perlu diajar dalam bahasa ibunda pada peringkat asas ( pra sekolah hingga tahap 1), kerana sains dan maths menuntut kefahaman konsep/teori yang betul. Kalau nak kena tackle bahasa lagi, baru nak faham properly, tu yang jadi propoly tu..

Yunus Badawi said...

Salam kakpah.

Lain kali kalau pergi rumah dia lagi ajaklah aku. Boleh aku tolong makankan kambing yg kakpah tak nak tu hehehe

Kambing - yummy yummy

kakngah said...

nk guna BI sepenuhnya dalam perbualan harian dgn anak2, sy mmg kurang mahir. tp kalau setakat 'malaysian inglish' tu.. blh la jugak. jgn tk de lngsung...

ejaMaria said...

anak Maria ckap nak sharp pencil jadi nak cap... cap? cap ayam?...

Mak Su said...

hihihih, betoi tu.

eh... correct, correct

Wansteddy Tales said...

sbb kan segan berbahasa inggeris smpi ke besar takut speaking :P
sbb tu nak latih anak confident berbahasa BM dan BI. insya'allah

Acik Erna said...

n3 kak pah hari ni..buat saya gelak besar..teringat masa keje kat klia..ada kawan yang lansong tak bolih ber BI walau pun yang broken orang kata tu..apa pun yang orang tanya dia akan jawab"outside level 5" he he..tak kan orang tu nak pi washroom pun suroh keluar dan naik tingkat 5...mau ada yang tercicir nanti...

AuntieYan said...

Kak Pah,

Auntie ni, kalau ada orang putih sesat jalan tu, boleh le tolong kabokan dalam bahasa Enggeris tu...:-)

julietchun said...

kalo cina cakap bunyinya cingchong2, org india agaknya bunyi macam mana yer?hahahahaha

lupekanje said...

patot la dia tanak antar anak dia bajar basa inggeris kat Mesia...
org mesia asik cakap 'La.. la...'
dalam basa Arab, La tu maksd dia 'tidak' ato 'jangan' kannn...heheh..
tingat lak kat La taghdab...

pak long said...

salam buat kak pah...
ala kita terjah jer cakap omputih..janji mesej kita sampai....nanti kat sekolah cikgu dia perbetulkan la bab tatabahasa...

indahhouse said...

salam kak pah,
kalu pronounciation, grammar betul, memang org kagum ngan kita, kak. mgkin kita org mesia masih byk kekurangn, sbb tu org luar komen. komen che abu samad bole ditimbangkan. :)

iina said...

Kak itulah uniknya berbahasa english kat mesia.. cuba pergi negara2 lain.. diorg berbahasa english pun ikut nahu dan bunyi bahasa asal..

Bila berbual cara kita bercakap byk pasif sentence.. tapi bila menulis pula berbeza dah gayanya.. Yang penting boleh cakap.. tapi yg kdg2 saya kurg berkenan sikit.. bila org melayu cakap english bunyi cam cina cakap english.. bunyi nada dia.. perasan jugalah beberapa kwn yg jenis cakap camtu.. tapi bila saya dah kat sini.. kdg2 english saya dah bunyi org english ckp.. kdg2 tuh pulak dah gaya org scottish hahahha... sama jek kak.. terpengaruh dengan gaya percakapan org sini.. saya ramai kwn2 europe.. france.. german.. spain diorg speaking english pun kdg2 sesat juga nahu bahasa percakapan diorg.. nampaklah asal mana diorg tuh.. kalau semua ckp cam english ckp hahahaha dah pelik ler pulak

ckLah @xiiinam said...

Setakat ni kita berSMS je ya kakPah...
Belum pernah ber sopeak sopeak...he..he...lupa dah suara kakPah macam mana...

Nizam.Ariff said...

I want to speak english, not i dont want but when i speak english, many eyes looking at me and many mouths also laugh-laugh, not pretty la kak...

last time, my friend sit in the fornt wanted to interbiew me for CD... i said... i no speak english... hahahaa

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Pasti emak anak ini akan membetulkan ayat BI anaknya. Yang penting kita mesti cuba speaking in English, walaupun grammar salah.

aNIe said...

Salam kak pah...anie kadang bercakap Inggeris dengan anak2 jugak...tapi just simple English sebab yang susah2 tu anie tak pandai...

ibundo said...

ita, selitlah mana yang patut daripada tak de langsung. Sekurang2nya buat permulaan.

umi, lama tak datang.. sibuk ek!

Abu Ahmad ni pernah belajar kat US. Dia nampak US is a better place if his son wants to further his studies in english. Dia compare english orang putih dengan english kita. Memanglah orang putih cakap berasap. Kita cakap ikut slang kita, haha..
Tapi it is a bonus if we are good in both written and spoken english.

ibundo said...

chekdee, kakpah sekolah menengah dalam tahun 70han. Masa tu masih ada english medium dan malay medium. kakpah ambil english medium and everything was taught in english except agama and BM of course. Science dalam BI. tapi mungkin sebab dari awal semua dah BI, jadi tak de masalah.

Sekarang ni lain. Budak2 susah nak faham. Cgu pun berbelit lidah nak ajar. Kpah pun berbelit lidah nak explain bila anak tanya.

azani, haha.. tu jugaklah antara yang pertama aku ajar budak tadika.

ibundo said...

asmahani, hehe.. kakpah cuba juga ajar anak murid kakpah konsep volume dan density. Ternganga diorang..
Dorang lebih beri perhatian pada simple experiment yang dibuat. Bila kata 'magic' baru dorang paham..haha..

YB, malam ni kakpah nak pegi kenduri. Kalau ada kambing kakpah pass kat ko

kakngah, hantam sajalah labuuuu...

ejamaria, weh.. sadin cap ayam boleh makan ke. kakpah dah lama tak makan sebab kat internet kata macam2. betul ke..

yan, ala.. janji kita boleh cakap. Bunyi melayu ke bunyi cina ke, bantai je.

juliet, dorang cakap enggaporengge..

ibundo said...

maksu, nak korek apa maksu..

wan, kita tabik pada bangsa lain yang dari kecil lagi dah bercakap english dgn anak. tak kesahlah grammar lintang pukang. Anak2 dorang konfiden je cakap...

erna, haha.. den pun nak togolak ni..

acik, hehe.. botul lah cakap acik tu. asek la... baik tak usah hehe.

paklong, bantai je paklong. janji tau.

ibundo said...

indah, dia cakap secara general. ramai orang malaysia yang pandai cakap omputih dengan excellent..

ina, yolah.. lidah kito dah koreh dongan bahaso kito. nak buek camno kan.
Ado satu budak cino maso sekolah dulu kan, bilo nak tanyo loceng dah bunyik ko bolum dio cakap,
bell ring already 'a..
Lopeh tu dio dapek student exchange, poi england. Bilo balik kan, cakap e dah borubah. bilo nak tanyo loceng dah bunyi ko bolum, dio cakap,
has the bell gone?..

hehe..

ibundo said...

cklah, takkan suara bak buluh perindu kakpah ni ko lupa dah..

nizam, haha.. bantai je lah. janji maksud sampai. akak pun tak kesah sebenaunya..

kaknora, yes.. betul tu

anie, takper. bukan kita nak guna bahasa yang bombastic. simple eng cukup..

kucingorengemok said...

nak belajar membaca dalam inggeris susah, kang jadi c.u-CU, c.u.m-CUM, b.e.r-BER Cu-Cum-Ber, hihihi

secangkir madu merah said...

I look stupid when I speak in malay....hohoho...

ibundo said...

KOG, hahan pandai ko ngeja

SMM, tapi cakap BI bunyik melayu takper kan? hohoho...

Yunus Badawi said...

penat saya tunggu kambing kakpah malam tadi huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...