Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, March 14, 2010

Kebun Pak Awang

Dah lama tak buat gardening. Bukan malas tapi tak ada mood. Aku ni kalau nak buat sesuatu mesti tunggu mood. Kalau mood nak masak, masakkkkkk je. Kalau mood nak buat cake, buat cake je sampai nak makan pun termuntah-muntah. Kalau mood nak bloging, kejap-kejap on laptop, kejap-kejap off laptop lepastu on balik.

Semalam angin nak berkebun datang. Sempatlah juga aku membelai pokok-pokok bunga yang dah kemarukkan belaian kasih sayang aku sebelum guruh berdentum menandakan hari nak hujan. Pokok-pokok yang dah nazak, aku cabut saja nyawanya. Kesian. Aku tak perasan pun yang selama ni diorang sakit.

Kalau sempat harini nak pergi cari pokok bunga menggantikan pokok yang dah terkubur.

Gardening? Eh, sempat berpeluh-peluh. Banyak juga lemak yang terbakar. Terasa pula betapa ruginya sebab tidak melakukannya hari-hari. Bila berpeluh-peluh begitu aku terbayangkan king David yang menang biggest loser asia. Kita yang cuba nak mengurangkan berat badan dan mencairkan lemak asyik menyalahkan metabolisma bila tidak berjaya melakukannya.


Hari ini aku dapati bunga okedku sudah kembang.

gambar aku ambil tiga hari lalu

.
.
.
.

Oh.. sempat juga mengambil gambar paip tempat aku mengambil air untuk menyiram pokok di laman rumah.



Petang ni kalau tak hujan aku nak berkebun lagi.


kakpah

20 comments:

indahhouse said...

salam kak pah,
bagus berkebun kak.
cantiknya...gambar2 tu! kak pah edit guna photoshop atau kak pah setting masa amik gambar? nampak real jer cayalah kak pah...

Hjh Noralenna Abbas said...

Nice shots especially the water tap, hajah. Cepat-cepat pergi beli pokok, takut-takut pak mood lari.

Yunus Badawi said...

Satu tu aje ke pokok orkid kakpah yg berbunga? Elok beli lagi buat kawan. Biar tambah seri rumah. hehehe

Yunus Badawi said...

Pendengaran kakpah ok kan?

Pak Awang tu ada sound trouble setahu saya ngeh3x

pak long said...

salam buat kak pah...
teringat drama radiao bertajuk kebun pak awang tahun 70an....

kakngah said...

dh mondong ni kak..
kompem ujan..

Guru said...

tengah musim berkebun lah ya kak pah??

tuan director said...

berkebun perlu ada minat
cantik gambar kak pah ambik.macam photographer plak

ibundo said...

indah, hehe.. guna dua-dua.

kaknora, dah pergi nurseri tapi tak jumpa pokok yang di cari. Beli tanah je.

yb, oked tu ada kawan tapi banyak yang bedaun je. tak pandai jaga..

yb,sound no problemo.. hehe.. manalah peginya pak awang tu.

paklong, betullah tu...

kakngah, memang konfem dah tak bokobun harini. dah menitik dah tu hujan.

cikgu, hehe.. seminggu..

wan, berkebun kena tunggu mood samping minat. Ambil gambar pun kira minat gak..

lupekanje said...

pak mood main pranan utk sesuatu aktiviti

ASH said...

kakpah,
ko cangkul guna kamera ek?
ha ha ha

ASH said...

....sangat musykil!

Acik Erna said...

teruskan kak pah..saya suka..tapi saya tak tanam bunga...tapi suka tengok bunga cantik2..

ckLah @xiiinam said...

Suka gambar paip tu....

ibundo said...

acik, ko tongah ado mood nak buek apo cik. kpah dah takdo mood nak boronang. dah sakit lutut.

ashley, ko agak2 aku pakai apa, haha..

erna, belakang rumah ada tanam kacang panjang. cukup untuk seisi keluarga. mehlah berkebun..

cklah, tq

ejaMaria said...

umah maria ade balkoni je... takde tanah nak bercucuk tanam... pokok pandan pun duduk dlm pasu... tunggu la bila dah ade umah bawah nnt... insyAllah...

tasekM said...

aku gardening dalam pasu je kak. dh rumah bersimen dr hujung sana sampai hujung sini. alahai...



.

annie said...

kak pah, tanam banyak2 sok buleh bukak nursery, jual, sey datang boli...bagi murah yo lah yo..

ibundo said...

eja, tanam dalam pasu pun cantik per.

tasek, jawapan sama dengan maria. tanam dalam pasu pun okay.

annie, mintak maap la. takdo kojo kehkeh..

Dr Singa said...

gambar titis air yang sangat menarik...
salam...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...