Followers
jom klik
Monday, March 15, 2010
Rumah Kecil Tiang Seribu
Tapi yang ini kecil memang kecil tapi tak ada tiang. Tangga pun tak ada. Hanya ada pintu saja yang boleh di buka katup. Lubang kuncinya pun dah dikorek gara-gara anak kunci hilang.
Rumah kecil ini mempunyai satu nilai sentimental yang tinggi buat aku.
Masa kecil dulu abah membuatkan aku tabung buluh yang kemudiannya dipaku di dinding. Bila ada duit siling berlebihan daripada belanja sekolah ataupun duit siling yang aku keruk dari poket abah yang tersangkut di tepi tiang, aku akan memasukkannya ke dalam tabung. Aku suka mendengar bunyi kelengking duit siling itu bila jatuh ke bawah bertemu dengan siling-siling yang lain. Bila penuh, abah akan membelah tabung itu dan duit siling akan bertaburan di atas simin. Banyak lagi bunyi kelengking di situ. Abah akan menyuruh aku mengumpulkannya mengikut nilai dan kemudian disusun seringgit-seringgit. Lepas itu abah akan membawa aku menyimpan duit itu di pos opis. Dan pada malam itu aku tidur mengigaukan duit yang aku simpan.
Maklang, adik emak, dah suaminya memang tahu aku suka menyimpan duit di dalam tabung. Masa itu maklang mengajar di sekolah rendah ulu bendul. Suaminya pula kalau tak silap masih belajar di universiti malaya. Rumah maklang terletak di belakang rumah kami.
Tiap-tiap tengahari selepas balik dari sekolah aku akan ke rumah maklang menghantar surat kabar. Masa itu aku dalam darjah satu dan berumur 5 tahun. (Ya.. aku masuk darjah satu masa umur 5 tahun). Entah untuk berapa lama, aku sudah tak ingat. Yang aku aku ingat pada suatu hari maklang dan suaminya menghulurkan satu bungkusan kepada aku.
Nah! ambil ni. Upah hantar suratkabar.
Aku membuka bungkusan dan ia adalah rumah kecil tidak bertiang dan tidak juga bertangga. Pintunya boleh dibuka dan dikatup. Apabila anak kunci diputar ke dalam lubang kunci, atapnya akan terbuka.
Rumah kecil itu adalah sebuah tabung. Dan tabung ini telah bersama dengan aku hampir setengah abad lamanya.
Melihatnya pada hari ini mengingatkan aku kepada maklang yang telah kembali kepadaNya selang beberapa bulan selepas pemergian emak. Aku rindu kepada maklang seperti rindunya aku kepada emak. Alfatihah........
kakpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Wah kak.. nostalgia tuh kak rumah kayu tuh.. den pun xponah tgk.. leh bg kek faris hehehe suh dio nabung dr kocik laei..
kak pah..al fatihah..untuk arwah mak lang kak pah..memang rindu pada yang telah pergi ni kak pah..tapi nak buat cemanakan...
kak pah..hensem hero2 kata atas tu..mana poie putri2 yang comel tu kak pah...gilir2 yo kak pah...
Wah...cermatnya kakPah menjaga barang...setengah abad dah...
Tapi....kakPah nampak macam baru 32 tahun je..
lagi lama disimpan lg tinggi nilainya...
.
.
.
.
kosong ke ada duit dlmnya tu?? ;D
Tak nampak pun lubang tabung tu?
Err... masuk duit syiling ikut pintu depan kut....ek?
Hajah,
Bila rindu pada yang telah pergi yang takkan kembali....hadiahkanlah Al Fatihah. Saya juga ada tabung rumah satu masa dulu.
eh best... ada pokok kon depan rumah
dulu arwah mak ada belikan tabung. bentuk cam lemari ada cermin dan 2 menara. 1 menara utk saya 1 lg utk adk saya. hari2 lbih belanja sekolah saya masukkan dlm tabung. saya pun suke keruk poket suar motong ayh. kompem bnyk duit siling. ye la.. lpg g menimbang getah, ayh g mengeteh. pasti belen duit siling tu ada.
tapi sygnya...
bila along sy blk bercuti dr perantauan.. dia pulak yg keruk tabung kitorg tu.. huwaaaaaa!! sampai dia dh ada ank dara skrg ni sy ungkit kisah silam ni.. bio ank eh tau.. hahahaha!!!
cermat nye kak pah jaga barang... comel je rumah kayu tuh... ni yg buat saya trkenang - mana tabung ikan kelisa saya ye?
ina, nak bagi dio tabung buluh yo hehe
erna, rindu. tambah pulak dia meninggal nun jauh kat texas..
erna,tukar2 gambar biar tak jemu
cklah, tu je lah satu2nya yang tinggal.. yang lain2 dah hancur..
kts, kosong. dah tak leh kunci.
nizam, ada. kat sebelah belakang
kaknora, ye la.. tu je yang kita dapat buat kan?
kog, hehe
kakngah, haha.. tu yang tak best tu. sobab tu simpan tak ponoh2.
ejamaria, kakpah pun terpikir2 gak ni...haha..
Post a Comment