Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, March 13, 2010

TAKE AWAY, PLEASE!!!!!!

Satu lagi cerita tentang abu Ahmad, kawan bangsa arab yang duduk di pinggir kota mekah tu.

Semasa berkunjung ke rumahnya tempoh hari, isterinya menghidangkan sejenis kopi arab. Memang pekat dan pahit tetapi oleh kerana tidak mahu memalukan tuan rumah dan juga memalukan diri sendiri, aku teguk juga sampai habis. Bila aku meletakkan cawan (err.. cawan ke. Ia cuma mangkuk kecil besar sedikit daripada tuang kuih lompang), anaknya mengisi semula sampai penuh. Aku biarkan dulu lama-lama atas meja baru aku minum kembali takut nanti bila habis diisinya semula sampai penuh lagi.

Sambil itu dia bercerita tentang minum kopi dah teh semasa di malaysia.

If you ask for take away, they just put the tea or coffee into a plastic bag and tie it with a string. It is funny. We dont do it here.

gambar ihsan pakcik gugel


Semasa di Mekah, kami sering juga singgah di kedai-kedai tepi kaki lima membeli teh panas. Memang tidak pernah lagi berjumpa teh yang kami beli itu dibungkus dalam plastik. Teh di isi dalam cawan kertas seperti dalam gambar di bawah. (Tolong abaikan kotak buat pengalas tu. Kotak tu kami cari sendiri sebab kami minum duduk lepak-lepak tepi masjid).



Yang di bawah ini pula siap dengan tray sekali. Sila abaikan juga mee segera di belakang tu ahaks..

Kita sendiri tidak sedar kekurangan kita.

Kedai makan di tempat kita ini sudah banyak yang menyediakan bekas minuman yang cantik dan canggih walaupun kita tidak dapat nafikan yang kita masih lagi membeli minuman untuk di bawa pulang yang dibungkus dalam plastik.

Moral of the story: Kalau nak beli air bungkus, pastikan bawa tupperware dari rumah.

kakpah

14 comments:

Ms.Lilies said...

baguih gak ek depa buat gtu..nampak elok je..tp pakai plastik senang nak sangkut ekekeke

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Masa kecik2 saya kata mana boleh teh, cendol ke, dibungkus. saya gelak bila kata 'cendol bungkus satu"
Sekarang, bungkus bermakna in plastic bag.

kakngah said...

bungkus dlm plstik dpt lebih... hihihihi!!!

aNIe said...

Betullah kak Pah...kita kena mengajar diri kita...bawak tupperware...boleh pakai sampai bila2...boleh mengurangkan penggunaan plastik lagik...

Yunus Badawi said...

Oh Malaysiaku. Bukan saja teh dalam bungkusan plastik tu yg unik bagi negara ni tapi juga tisu tandas diletak atas meja utk lap mulut lepas makan.

Ada mat salleh kata dia nak termuntah masa tengok benda tu. Ek alah hehehe

ASH said...

Apa yang YB cakap tu memang benar..
tapi
lain padang lain belalang..
lain orang lain ragam..
lain negara lain pemikiran..
lain bangsa lain budaya..
camnorrr..
.
.
smile

ckLah @xiiinam said...

ckLah selalubawa 'sia' ke restoren.


Errr...'sia' tu, kena sengaukan sikit tatkala menyebutnya.

pak long said...

salam buat kak pah....
nampak kan kak lecehnya kita...beza isi teh dalam cawan dan dalam plastik...tapi plastik ni nampak seni jer....hehehe

aza ni said...

salam hajjah
idea yang baik...nanti saya bawa termos.....tapi mamak tu charge ikut berapa gelas boleh sumbat kan...?

iina said...

Kak kalau kek pasar malam air mmg bungkus kek dlm cwn plastik tapi air sejuk.. klu air paneh xdo jual de.. lgpun ramai jrg bungkus air paneh.. selalu mmg bungkus air sejuk berais kan sobab cuaca kan paneh.. hehehe..

ibundo said...

lilies, betul.. senang sangkut dan senang pegang

kaknora, teringat pulak haritu kakpah beli cendol bungkus dalam plastik tu

ibundo said...

kakngah, kalau boli yang ado ais, yang lobeh tu air batu yo kikkik..

anie, dorang ni pun kena ikut saranan kerajaan supaya kurangkan penggunaan plastik, betul kan? hehe..

yb, bukan orang putih je nak termuntah. kita pun nak termuntah gak.
hehe.. itu namanya penjimatan.

chow.... nak pegfi joging dulu. Balik kang sambung.

ibundo said...

ashley, betui..betui.. kalau semua ikut orang takde lah uniknya kita. tapi kalau yang elok tu oka gak kalau kita ikut.. hehe..

cklah, hehe.. kakpah ni cakap je. tak penah pun bawak tupperware ke si'a ke hehe...

paklong, sesungguhnya paklong seorang yang berjiwa seni haha..

azani, betullah tu..

iina, bungkus air batu campur paneh-paneh ni sodap... waa.. ko tak teringin minum air batu campur ko. kek sanun lagi sonang. kopal2 snow tu taruk sirap...

Azita Zain said...

kakpah, teh tarik halia satu! take away ya!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...