Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 23, 2010

Death Trap

Salam.

Satu ketika dulu aku sering ke globe silk store untuk membeli-belah terutamanya bila tiba musim perayaan. Di situlah tempat aku membeli 'kain ela' untuk dibuat baju raya anak-anak yang masih kecil-kecil. Suami akan menunggu di ruang yang sempit di depan lift lantai tersebut sambil melayan anak-anak. Kalau bernasib baik, adalah kerusi yang kosong untuk melepaskan penat berdiri.

Sekarang Globe dah tinggal aruah.

Apa yang nak diceritakan ialah aku dan suami sering melihat gedung itu sebagai perangkap maut. Globe ketika itu mempunyai pelanggan yang tersangat ramai. Penuh. Katalah berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran, pasti akan terjadi perkara yang teramat buruk kerana ruang tangga yang ada tersangat sempit untuk menampung pelanggan yang beribu.


Aku lihat sekarang pun masih ada pusat membeli-belah yang tidak memperdulikan keselamatan pelanggan. Aku mengambil contoh WARTA sebab aku tinggal di bandar baru bangi. Setiap kali aku ke warta aku akan bersungut-sungut sendiri (sebab aku selalu pergi sendiri) kerana ruang untuk aku masuk ke bangunan itu dihalang oleh rantai besi yang merintangi kereta-kereta baru dan meja makan restoren mamak.




.
.
.

Cuma ruang yang sekangkang kera ini buat laluankan masuk dan keluar. Ruang legar di dalam bangunan pula dipenuhi dengan kiosk.





Setiap kali musim orang bershopping, warta menjadi teramat sempit dan sungguh tidak selesa.

Begitulah......

kakpah



17 comments:

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Memang betul. Warta ni dah "sendat". Kalau tengok dari luar, macam tak menarik langsung, tapi kat dalamnya....happening...pergilah waktu mana pun macam tulah jugak.

Satu lagi, lift dia...ngalahkan lift tahun-tahun 70 an...

Rasanya Bandar Baru Bangi dah patut sangat ada satu shopping mall yang besar dan moden.
Penduduknya dah ramai, kedai-kedai baru pun dah berderet-deret.

kakngah said...

mereka hny fkrkn keuntungan shj....

Yunus Badawi said...

Masa saya kecik dulu kalau nak raya tak pergi shopping kat globe mcm tak meriah raya.

Teringat gadis2 yg jaga lif hehehe

kucingorengemok said...

ada sorang kakak di ofis ni, otai kajang, kalau beli apa² semua kat warta... sampai budak² tanya, kat kajang dengan bangi tu takde kedai lain ke kak? hehehe.. (teringat kak pah dan kak ash!)

Ms.Lilies said...

globe silk store kan nama dia?
time form 3-5 mak mmg bawak shopping sini yo la

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

warta bangi....pernah pergi dua kali...pertama, pegi cari baju batik....emergency nak guna..kedua, pekena teh tarek, dekat kedai mamak tu la...

betui..warta, cukup kelam kabut...

julietchun said...

setuju dgn komen yb, awek2 yg jaga lif globe tu macam artis,hahahahah.

Mak Su said...

saya baru jer sesat kat warta bandar baru bangi, memang sempit :(

Kak Nora said...

Hajah,
Pergi Globe Silk Store cari kain cotton dan house coat. Punyanye sesak. Kemudian makan murtabak kat Restoren Kassim disebelah. Tak taulah, agaknya bila dah ada kejadian kemalangan berlaku, barulah 'shopping centre' akan ambil tindakan.

pak long said...

salam...
haah la kak pah..tak terpikir lak bab yg akak pikir tu....asik soping jer...

Aida Ali said...

Globe memang nostalgik...

umi_e said...

Salam... saya rindu dengan GSS :(

* Satu lagi yang menjadi kenagan - BATU ROAD SUPERMARKET :D

iina said...

Boleh bygkan kalau time nak raya.. mesti nak lalu pun berlaga bahu ngan org

kakpah said...

yan, kakpah duduk bangi sejak 80han. masa tu tempat jin bertendang lagi. dah berpuluh tahun tempat shopping tu lah warta dan pkns. Kalau buat tempat shopping yang besar, mesti happening.. Punyalah lambat nak membangun..

kakngah, tu la pasal.

YB, tak sah kalau pergi kl tak pergi globe.

KOG, orang bangi kalau nak beli brg emegensi, gi warta lah. Kalau nak grand sikit pg alamanda dengan metro.

kakpah said...

Lilies, globe silk store.. satu nama yang grand satu masa dulu.

cikgooden, betui cakap hang. warta tempat nak shopping emergensi.

juliet, haha.. ala ala pelayan kapal terbang jugak

maksu, lenkali takyah datang pun tak per. Tak ada menda..

kakpah said...

kaknora, kain cotton banyak pilihan dan begitu juga kain langsir. Segala tinggal kenangan. Sayang.....

paklong, haha...

aida ali, tempat u bershopping sakan jugak? hehe..

umi-e, ha'ah.. batu road. Lupa plak..

iina, tu yang buat maleh nak pegi time orqng ramai.

beba said...

saya dlu kecik2 mak ayah slalu bawak pergi globe..tak berapa ingat sgt pasal kecik sgt baru 4-5 tahun kot..pergi jek KL mesti singgah globe..pastu pergi makan kat food court kat tingkat atas tu..cam dah jadik rutin jek dlu..tpi skang ni cam dah tak pernah jejak dah kat situ..hehee..

warta tu mmg dah dari tahun 80an ke? mak ai..lama tol..time keja kat bangi dlu slalu gak la singgah warta tu..nak parking punye la susah..kat depan2 tu mesti penuh..nak parking bawah kat basement tu..kalau sorang mmg tak laa..tak berani..huu..seram jek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...