Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 10, 2010

Menghitung Hari?.....

Bila sesekali bertemu kawan lama di antara soalan yang timbul:


Dulu..dulu..dulu..

Kawan kita sipolan sipolan tu dah kawin ke..


Kemudian..

Dah berapa orang anak kau sekarang..


Kemudian lagi...

Anak kau dah abis masuk universiti dah?


Kemudian kemudian lagi..

Kau dah ada berapa orang cucu...

.
.
.
.

Dua minggu lepas aku menghadiri kenduri kahwin anak kepada kawan. Bertuah kawan aku ini kerana anaknya seorang doktor dan dapat pula jodoh seorang doktor.



Kelmarin datang sepasang suami isteri yang telah lama tidak aku jumpa kerana mereka telah berpindah ke Bangi lama. Mereka menghulurkan sekeping kad jemputan kahwin.

Saya nak buat kenduri nikah anak saya kaklong 2 Mei nanti.



Pagi tadi datang pula sepasang jiran lama yang telah lama berpisah. Sudah hampir lima belas tahun tidak berjumpa dan hampir-hampir aku tidak mengenalinya lagi. Aku dan Yong bersalaman, berpelukan sambil bibir menyebut-nyebut lamanya tak jumpa.

Kami nak buat kenduri nikah anak yang sulung 2 mei nanti. Datang ya..

(Hmm 2 mei ada dua kenduri. Kita pergi Subang dulu lah bang. Kemudian baru pergi Bangi lama)




Selepas mereka beredar, kami bersiap-siap pula untuk menghadiri jemputan kenduri mama kiter. Mamakiter juga buat kenduri mengahwinkan anaknya hari ini.




(Dalam gambar ini ada kakpah, ucu, mimieloma dan mamakiter. Dan bagi siapa yang belum kenal kakpah, tekalah yang mana satu. Yang pastinya bukan yang mendukung anak itu sebab kakpah dah pencen lama dah.)

Moral of the story:

Anak aku dan anak kawan lepas sorang, sorang kawin dan kemudian bercucu. Aku macam menghitung hari berapa lama lagi aku dapat menghirup udara di sekeliling.....

p/s mimie, ko tanya gambar tu nak masuk dalam majallah mana. Haha... Nilah majallahnya..


13 comments:

Ena said...

mrm cam tu la putaran hidup kan kak pah..
tp sekarang nie.. DIA menjemput sudah tidak kire usia.. huhu..

kakngah said...

tunggu kad jemputan kakpah yg seterusnya..
hihihi!!!

Anonymous said...

Ooo... sibuk dengan jemputan kahwin pulak daa....

Acik Erna said...

kak pah..saya ketinggalan la kak pah..kawan2 ada yang dah bercucu..saya menantu pun belum...seronok numpang sayang cucu sedara je la...

Ms.Lilies said...

saya pun nak folo kakngah hahahaha....tak malu sungguh...jemput kami lg ye kak

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah nampak berisi lah...apa kah rahsia anda....

lupekanje said...

betul makcik blogger, kak pah da makin berisi nmpaknya....
kak...ni misti sobab lamo tk brenang..
takpun, akak da tk jago pemakanan lagi.....haha

miemiey said...

salam kenal...pejam celik sekejap je kak kan....saya belum sampai tahap ank nak kahwin lagi...hehehe..anak2 pon baru nak membesar...agaknya saya cam tu laa nnti kan....

ibundo said...

ena, tak kenal usia, betul..betul..

kakngah, lamo lagi

tie, jemputan ni. Ada satu lagi jemputan blogger tak lama lagi..

erna, tak lamo lagi tu erna. tunggu je..

lilies, kalau ado yang nak kawen sok, tunggulah jemputan..

ibundo said...

ezza dan acik.... wakaka.. tu sobab baju yang dipakai bosa goloboihn kahkah..

miemiey, salam.. putaran alam. Nanti akan sampai ke tahap kakpah sekarang.. Lama tapi rasa cam sekejap..

KTS said...

yang mana satu kakpah ni?? susah nak teka

.
.


.
.


sumer nampak muda belia je.... mcm anak baru sorang :D :D :D

Hjh Noralenna Abbas said...

Yang macam guru besau tu lah kak pah. betul ke?

Yunus Badawi said...

dah dapat cucu menghitung hari tu mmg patut. Tapi yg muda pun ada yg pergi dulu.

Jadi semua kita kenalah menghitung hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...