Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, May 14, 2010

Aku tak mahu menjadi mat jenin

Salam.

Bila kita lihat kejayaan orang, kita berangan-angan hendak berjaya seperti orang itu. Hati juga berkata-kata kalau orang itu boleh berjaya dalam hidup, kenapa kita pula tak boleh. Maka kita pun beria-ia mencuba untuk sepertinya tetapi masalahnya kita tetap juga seperti itu. Di tahap itu.

Aku juga seperti setengah orang yang suka memasang angan-angan. Angan-angan aku ialah supaya angan-angan menjadi kenyataan.

Tengahari tadi bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang, aku memasang angan-angan lagi:
- ni buleh buek bisnes ni
- amek oder untuk door gift
- amek oder untuk mother's day
- amek oder untuk father's day
- amek oder untuk teacher's day
- macam-macam buleh
- buleh tambah dongan cupcakes jugak
- ish... lamo-lamo buleh bukak kodai nih.....




Kalau dah beriya belajar sampai dapat certificate (haha.. certificate of attendance je pun), takkan lah tak boleh berangan macam tu.

Okay.. okay.. Tolong jadikan angan-angan aku satu kenyataan. Oder la.. oder la.. Sesiapa nak kenduri kendara tu, oder la kat kakpah ni.

.
.
.
.

Ini yang aku buat masa kelas tadi. Itu hanya beberapa contoh. Banyak lagi design lain boleh dibuat. Pokoknya, kreativiti.





Yang ni sememeh sikit.
Lupa pula nak sapu gula yang berterabur sikit tu sebelum ambil gambar.




Bila diwrap dan diikat riben ataupun di letak dalam gift box, kekiutan cookies ini akan lebih terserlah.

Silalah buat tempahan. Mehlah buat tempahan. Tompahlah sokarang!!!!
(Apasal pulak pakso-pakso orang nih..)



Kakpah

24 comments:

ckLah @xiiinam said...

Angan-angan tak payah bayar...
...tapi syok!

Acik Erna said...

kak pah..macam ck lah cakap..la..angan2 free..saya pun suka juga berangan kak pah..tapi selalu nya angan2 tinggal angan2 je...
tapi..memang suka la tengok apa yang kak pah buat ni..cute semua nya..insyaallah kali ini akan menjadi kenyataan angan2 kak pah..ni..

Unknown said...

salam kak pah ...

ok ler tu angan2 tp dh ada gak menda alah tu depan mata , he he he

nmpk sedap jer tp kak pah x letak harganya camna nk oder ,,,

ijayuji said...

Salam kak pah! mekaseh dtg singgah mekaseh jugak ingat kat umah kita tu.. kita lah salah sorangnyer yg suke angan2 hihihi... kdg dpt kdg angan2 kosong tu yg tak nak tu tp nak jugak angan2 :D

Kak Lia said...

ayuh kak pah...sengsama kite menuju puncakkk.....saya pun berangan gak...skang ni dh jd kenyataan....walaupun baru nk bertatih.... :)

jamie said...

go kakpah go! moga cepat kayo iyo.

Ms.Lilies said...

ok kak...den tompah...
.
.
.
.
foc la ek
akakakaaka

cheryna zamrinor said...

kak pah kena bgtau brape harga pakej k:)

Yunus Badawi said...

Bagilah senarai barang dan harganya sekali. Baru senang org nak order.

Dah kaya nanti jgn lupa saya tau

kakngah said...

kakpah.. buleh edar quotation dh ni..

uji6june said...

wah! .. seninya tangan Kak Pah

iA.. kalo ada keperluan untuk menempah nanti,
uji carik Kak Pah, ok..

Guru said...

nantilah kita tempah.
tapi kena tahu gak syarat2 tempahnya, berapa ringgit, boleh hantar ke rumah ke.....
dan macam2 lagi

kena buat blog khas ni kak pah
tunjuk contoh2 ...

Hjh Noralenna Abbas said...

Perlu ada kesabaran buat yang kocik-kocik comel ni. Jadikan business ini satu hobi, InsyaAllah menjadi.

Tijah said...

lawa. lawa. akak kasi la quotation eh cano...

Ena said...

wahhhhh..

cun la cupcakes tu kak pah..

bukan ke setiap mende sblm jd kenyataan kite mulakan denngan angan2.. lepas tu jd impian & azam kan dalam hati..

Ena rse kak pah boleh nak buat seme tu
sbb kakpah rajin, creative & berkemapuan.. hehehe

ibundo said...

cklah,berangan ni lupa dunia nyata jap hehe..

erna, ko doakan ek. Dalam kopalo ni mcam2 nak buek.. borangan la tu.

umi, ni baru gezet. nanti ar.. kita buat contoh bebanyak pastu siap posting dgn harga sekali.

ibundo said...

ika, ko bukak restoren je kat siam tu. mesti laku.

mamarempit, yea.. ada pun orang yang menuju puncak bersama akak. Jomm..

jamie, jom jamie..jom. Kito kayo samo2

lilies, ekau nak foc yo kan..kawan kawan gak. bisnes bisnes gak kihkih..

ibundo said...

sha, haa.. nanti kakpah bagitau. Ni gezet je ni. Ko nak kawin nanti boleh buat door gift. special discount hehe..

yb, nanti akak bagi harga. Ko tak oder, siap!!!

kakngah, iyo ko.. hah.. tongah pasang angan-angan ni.

uji, haa.. carik akak ji, jangan tak carik..

ibundo said...

cikgu normah, insyaAllah cikgu. Tengah berangan2 nak buat contoh bebanyak ni. Berangan gak nak bukak satu blog khas. Ish.. berangan lagik..

kaknora, kat melaka pun boleh hantar kak nora, hehe..

tijah, kau nak jadik ejen akak tak.. ado persentej..haha..

ena, amin..amin..amin... masin mulut kau ena oi..

Anonymous said...

MAK SAYA BUAT SEDAPPPPPP!!!

NYUMMMMMMM

Zaitun said...

Salam kakpah

Takpe berangan sekurang2nya mencuba, kalau tengok benda yang comel kakpah buat ni ramai yang suka.Saya pun sukaaaa......

iina said...

Kak pah

Den nak tempah buek raya sok leh tak?? hehehe ;)

KTS said...

tak smpi ati den nak makan
.
.



kiut la kak pah.. errr.. bukan kak pah kiut, tp cookies tu yg kiut ya :P

hihihi... serius kiut.. mcm tak sggp nak makan :D

ibundo said...

imah, hehe

zaitun, kakpah suka bila tun suka

ina,kalau rayo untuk tayang2 buleh lah wakaka..

kts, trima kasih sebab cakap kakpah kiut oopps, cookies tu kiut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...