Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, May 14, 2010

menghisap dadah?



Salam.


Permit kerja ros akan tamat tak lama lagi. Bulan lepas bawa ros ke seremban untuk medical check up. Kenapa Seremban? Sebab Fomema di Seremban tak ramai orang dan parking kereta pun senang. Di Fomema pilih klinik yang kami biasa pergi untuk buat cekap TKI ni. Klinik Chen Man Hin. Klinik ini sungguh antik, sama antik dengan doktor Chen. Aku rasa dia ni dah patut berehat di rumah saja sebab nak bercakap pun dah tergigil-gigil.

Selepas lebih kurang seminggu berlalu, kami menerima surat daripada fomema. Surat itu dialamatkan kepada suami tapi aku buka juga kerana curiousity. Selalunya fomema tidak menghantar surat kepada majikan. Kalau menerima surat seperti itu mesti ada yang tidak kena.

Sangkaanku tepat. Surat itu mengatakan ros tidak layak berkerja di malaysia kerana ujian medikal tak lulus. Dalam kata lain aku kena hantar Ros balik. Dengan rasa gelabah aku cari fail ros sedangkan kepala ligat mencari kesilapan. Takkan sekarang tak lulus. Dah dua kali buat medikal, semuanya okay. Dari fail, aku cabut surat klinik dr chen dan aku telefon. Jawapan nurse amat memeranjatkan. Dalam darah ros ada dadah.

Dadah?
Ros menghisap dadah?
Sejak bila pula jadi penghisap dadah.
Biar betul!!!

Aku mengadap ros dan pastinya dia terperanjat besar. Matanya merah hampir menangis. Bermati-matian dia mengatakan tidak mengambil bendaalah itu. Merayu-rayu tidak mahu pulang.

Baru aku teringat. Beberapa hari sebelum buat medikal ros batuk teruk. Aku memberinya ubat batuk yang doktor bagi aku semasa aku kena admit di Kedah Med Centre dulu. Aku suruh dia minum ubat batuk itu sebab aku kata ubat itu mujarab. Minum beberapa kali nanti batuk terus baik. Pagi sebelum buat medikal, ros teguk lagi sesudu besar.

Manalah aku tahu ubat batuk itu mengandungi dadah. Aduyai..

Suami buat appeal di fomema. Ros pergi mengadap dr Chen sekali lagi. Sekali ini untuk buat blood test saja. Kelmarin aku telefon dan alhamdulillah clear. Jadi satu pengajaran pada aku dan pada sesiapa yang ada maid. Kalau nak buat medical checkup, jangan ambil ubat-ubatan. Pagi jangan breakfast dulu. Biar darah clear dan cantik.

Buk, kutu saya belum habis buk.

H'a?...Engkau ada kutu ?

Bukan buk. Kutu yang ituk... yang saya main dengan kakyah... yang saya bayar seratus ringgit bulan-bulan.

Ooo.. patutlah...


kakpah

22 comments:

ejaMaria said...

seriau... ingat ye la Ros isap dadah... takkan la... terlebih ubat je tu... sabar...

lupekanje said...

kira nya akak ni pembekal dadah ye kak...bahya nih kak...haha..

tasekM said...

lawa la bibik ko kak.... he he.


.

indahhouse said...

salam kak pah,
terkejut saya. hehe.. ya jugak, kalu wat medical check mmg tak bole makan ubat..

uji6june said...

cian dak Ros tu
tak pepasal disyaki.. huhuhu

takpelah,
papepon.. semua dah selesai

pandai lak dak Ros tu
main kutu ye kak?.. hehehe


p/s: lawo gak dak Ros tu..
rupa paras tak nampak cam orang
seberang..

Kaktiny said...

hahaha.. terkujat dengar..
rupanya akak lah yg bagi galakkan utk dia amik dadah yer kak.... (gurau jer..)..

mmg la semua ubat ada dadah kak... cuma dos nya je yg dibenarkan.. sbb tu penagih dadah gian nk minum ubat batuk.. sbb dadah ubat batuk ni tinggi skit kuantitinya...

Azita Zain said...

oooo..kakpah ni salah sorang PENGEDAR DADAH ye..? repot polis...! hehehe...kakpah, tu sbb klu minum ubat batuk kita rasa ngantuk dan HAI-HAI jer...
bibik kakpah comel jer...

kakngah said...

rupa2nya.. kakpah yg mengsupply dadah kt rose..

patut pun rose ngs kak.. sbb kutu tak hbs lg.. kehkehkeh!!

apsal akk xjwp.. "tak pe rose.. ibuk smbg bayarin.. ibuk yg ambil.."

Zaitun said...

Salam kakpah

Kalau nak ambil darah memang doktor selalu pesan jangan makan apa2 kecuali air putih.

Cemas agaknya maid kakpah tu.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

A..yok, kapan Ros jadi drug addict. Klu darahnya ngak clear bisa join sama Benjy di Muar.
Tlg bilang sama Ros mau pinjam wang kutunya buat enjoy di Cameron Highlands nanti ya buk.

Acik Erna said...

kak pah..alhamdulillah..ros tak ambik dadah...saya ni kak pah..jenis yang tak makan ubat batuk..walaupun batuk saya terok..sanggup makan madu..campur perahan air limau nipis..kot tak pun..sapu leher dengan kapur campur limau.ataupun...minum air panas kosong masa batuk terok..
sebebnya satu je..saya tak lalu makan ubat air..

Guru said...

kesian si ros tu ya.
mencari maid yang baik sekarang memang sangat payah, kan kak pah

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

suspen sungguh! sian ros kalau betul dia kena hantar balik. nasib baik sebab ubat batuk, ye kak pah...

julietchun said...

kalo ros balik sapalah nak tolong kakpah ngan siti tolak troli tesco yg senget cam ketam tu ye :P

Tie said...

Hihihi... terkejut tengok rupa comel cam gitu pun boleh hisap dadah.. uwaaa... rupa-rupanya KakPah punya angkara, waaakakaa....

iina said...

Yolah kak.. duit kutu den pun lagik 2 mggu nak abis nie.. yey lopeh tuh selamat ler den..

Nasib perasankan kak.. yelah mana nak sangka kan.. sebab itu jgn isap dadah.. isap benda lain xpo hehehe.. ;)

kucingorengemok said...

orang sibukkan dadah, dia sibukkan kutu ye, hehehe

aNIe said...

Hehehe...terperanjat jugak kan kak kalau kena camtu...memang adik ipar saya pun ade cakap...dia asthma...kalau kena tahan roadblock cek air kencing memang dia kena...sebab memang ubat dia ada dadah..

ibundo said...

ejmaria, tu lah.. tak tau punya pasal.

acik!!!! jangan buek tuduhan melulu..

tm, sebaya dengan anak aku si imah.

indahouse, tak ingat langsung. Konfiden je.

ibundo said...

uji, main kutu dapat seribu lebih. Turn dia belum dapat lagi. bayar2 bulanan dah.. haha.. tu yang gelabah kena hantar balik tu.

tiny, yang doktor bagi akak ni memang dos tinggi agaknya sebab masa tu memang peparu akak ada jangkitan kuman. Mana la aku tau..

Ita, dah taknak makan ubat batuk lagi dah..

ibundo said...

kakngah, si ros ni cerdik drpd akak dia aini dulu. Tak mudah kono tipu doh..

zaitun, mau tak cemas. Akak lagi la cemas. nak cari pembantu sekarang ni 7 ribu tak kurang...

yati, haha.. kau cakap la sendirik kok di bagi eh.. kehkeh..

erna, rasa2nya kakpah pun dah taknak makan ubat batuk gak dah ni..

ibundo said...

cikgu normah, yang baik dan sempurna memang susah nak cari.

Naima, memang saspen.

juliet, tu yang aku pun susah hati tu juliet oi...

Tie, apo kan dayo..

Ina, akak dah lamo tak main kutu. Akak main kutu sondiri2 yo. tiap2 bulan masukkan lam bank kehkeh..

kog, pikiran bercelaru tu kog. Ingat dadah, ingat kutu. Ingat kutu ingat dadah plak.

anie, kalau makan ubat ni memang kena bawak kot. kalau kena cek air kencing, boleh tunjuk bukti. Agaknya la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...