Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 16, 2010

Gangguan Makhluk

salam.

Bila mata mengantuk, jangan ditahan-tahan. Kalau anak2 sibuk komplen ngantuk..ngantuk.. aku akan jawab. Ubat mengantuk ni lah yang paling senang. Tidur. Habis cerita.

Malam tadi aku tidur awal. Cadang nak tengok Lost pukul 10.30 tapi aku dah lost dulu. Aku rasa aku dah tidur lama dah bila terdengar sayup-sayup bunyi telefon. Masuk Man kejutkan aku sebab ada orang nak cakap. Aku tengok jam baru pukul 11 lebih.

Kak, boleh bagitahu Nani tak nenek dia meninggal. Saya telefon dia, tak dapatlah.

Dalam terpisat-pisat aku iyakan saja. Lepas tu baru aku teringat yang si Nani duduk di taska. Kalau dia tak dapat hubungi Nani, mestilah aku tak dapat juga. Dalam keadaan terkejut dari tidur macam tu memang aku tak boleh berfikir lurus. Lima minit termenung baru aku teringat nak mesej zarwati kawan serumah Nani.

Aku cuba menyambung tidur yang terganggu. Pusing kiri. Pusing kanan. Terlentang. Pusing kiri. Pusing kanan. Terlentang lagi. Lama-lama aku hilang juga ke alam mimpi.

Tapi terkejut sekali lagi bila henpon pula berdering. Punyalah kuat rupanya volume henpon aku. Terpisat-pisat sekali lagi aku capai henpon. Aku tengok jam kat skrin hp dah pukul 12 lebih.

Mintak maaflah ya, ganggu tidur.

Hmmm..

Nak konfemkan petang besok nak jumpa dengan puan. Jadi kan..

Iya..iya.. Besok je telefon.

Maaflah ya ganggu tidur, dia minta maaf lagi sekali.

Apara!!! Nak konfem pun takkan telefon tengah malam buta. Tak considerate langsung.

Padahnya, aku terkebil-kebil sampai ke pagi.

Kakpah

25 comments:

kakngah said...

kalau dh terlayang sekejap, pastu ada gangguan mesti x blh tido blk.
spoil!
apa lagi kak.. gentel biskut ler. kata nak bisnes.. hihihi!!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Yelah hajah, bila dah terjaga tak boleh lelap, buka table, gentel adunan.Don't waste time. Masa penting untuk orang business.

Tie said...

Selamat menyambut hari guru, kakpah.. err.. kakpah, cikgu juga kan?? Hihihi...

KTS said...

bangun bangun bangun!!

.
.



dah betul2 sedar ke belum kak pah ni :D

ieda said...

saya pun sama kak..cukup tak suka bila tidur diganggu sb bila dah terjaga susah nak lelap balik walaupun ngantuk.

Ms.Lilies said...

mohla kita sama2 jd burung hantu bila dh terjaga kak


kikikiki

Unknown said...

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI GURU Kakpah!
Pengalaman menerima mesej yang nadanya serupa dgn kakpah di malam2 hari terutama waktu baru lena memang menggeramkan. Tapi kalau ada mesej sampai dlm jam 4 lebih tu kakchik kira Allah saja nak kejutkan kita bangkit tuu.

cheryna zamrinor said...

selamat hari guru kak pah! heh...mana boleh buat confirmation masa org nak lelap...pelik tul?

MARIA said...

Sian kakpah...diganggu makhluk kepala hitam...hehehehe

Ena said...

alahai.. ciannye kak pah.. terganggu sudaa.. huhu

Zaitun said...

Salam kakpah

Memang tak patut kalau benda remeh temeh nak talipon tengah malam tapi lainlah kalau ada hal yang amat penting.

Selamat Hari Guru buat kakpah kalau pun bukan cikgu tapi tokey yang ada ramai murid.

iina said...

Klu tidur awal mmg camtu kak.. klu dah terjaga tgh malam mmg susah nak tido balik.. ;)

ibundo said...

kakngah, apo loa kau ni. takkan nak gentel biskut tongah malam.

kaknora, haha.. tengah pikir2 gak ni... aku ni larat lagi ke nak gentel biskut.

tie, kakpah bekas cikgu dan masih cikgu .. tk.

kts, mata dah terbeliak dah

ieda, tension bila terganggu macam tu

ibundo said...

lilies, haha.. taknak la aku sampai jadi burung hantu

kakcik, kalau dah terkejut awal pagi macam tu kenalah bangun terus kan..

sha, tenkiu. orang tu akal letak kat lutut

tokma, puas dah jampi serapah hehe

ena, nak buat camno

zaitun, tu lah pasal.. tak pikir ke. kakpah cikgu, tun..

iina, tau tak per. ish..

tasekM said...

kak, lain kali nk tidor off je phone tu kak....



.

Kaktiny said...

antara saat yg paling merentap kesedapan adalah di kala terlalu mengantuk dan dpt tidur lena, tetapi direntap oleh gangguan yg tak diduga akal.. MMG SAKIT JIWA..

pastu pulak.. tidur yg tadi khusyuk... dh melayang, menghilang.. dan akhirnya terbiar si mata menguasai alam di kala org lain dibuai mimpi.. MMG SAKIT HATI!!..

kan akak kan kan kan...

kehkehkeh..

ibundo said...

tm, tak penah pun off hp. Selalu silencekan je. tapi malam tu terlupa plak..

tiny, memang sah sakit hati tiny oi....

ckLah @xiiinam said...

Sejak mutakhir ni...ckLah macam mabuk tidur kakPah. Lepas telan peluru hayat je mesti ngantuk. Nak minum kopi kacip Timah bagai...doktor dah haramkan.

Guru said...

ingat kan gangguan pelesit je hapa, kak pah ni ...
apa pun
selamat hari guru
dah sambut ke kat tadika?

ibundo said...

cklah,doktor suruh cklah berehat secukupnya lah tu.
tidur ni pun satu terapi gak ek..

cikgu, haha.. selamat hari guru gak. Jumaat ni baru sambut.

Nizam.Ariff said...

Mesti syok kan terkebil-kebil sorang-sorang dalam dingin malam ... hahaha...

Aku pulak, kalau dah lepas pulul 2 tak tido lagi, memanglah sampai ke pagi...

Elly Emmy said...

betul tu kak pah.. kalu ngantuk tak payah tahan.. ubatnya tidur jer.. tapi kalau tiba terjaga tgh mlm alamatnya terkebil2 sampai kesiang..

Dr Singa said...

tadak pikir ke ..??? pukul 12 malam punnnn nak koling2 lagi... kalau penting tu takpe lah....
dah tak leh tidur tu....memblog le.. apa lagi....

Sueozana said...

Salam Kak...(iyer ke kkak? Ntah@ sama umur tak? hehe)
Nice blog,santai!Suka blog akak... All in 1,ada makan2/cerita /pengajaran.Very impressive.. I follow. Tk care,wsslm.

ibundo said...

nizam, syok ke hape... Orang sebelah aku kroh kreh kroh kreh berdengkur..

uda, haha.. penat jiwa raga

doc, memblog ni ada mood. Mood takdak, tak leh jadik..

sue, takper.. panggil je paperpun. tk sebab follow. Nanti kita saling menjenguk ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...